Jumaat, 3 Februari 2012

Najib puji Hasan bela Palestine konon

Dok tengah minum kopi radix syok hirup petang tadi muncul muka PM Najib dalam tv bodek Hasan Ali yang digambarkan sebagai pejuang Islam, pejuang akidah dan orang yang kuat iman.Walaupun Najib tak sebut nama jelas ayat tersebut ditujukan kepada Hasan Ali yang kena pecat sebagai ahli Pas.Beliau juga kata Pas kini dalam keadaan kacau bilau.Yang berangan nak jadi MB tak kacau bilau dan huru hara ka?

Adakah orang yang kononya nak bela murtad tapi jadikan pentas ceramahnya kutuk kata MB Selangor baca fatihah pun tak betul dan mengaku hebat besa jadi imam 16 tahun layak digelar pejuang Islam?Kalau besa jadi imam 16 tahun rasa hebat sangat pi la ganti imam besar Masjid Negeri Shah Alam.Jangan takbur dan bongkak setakat jadi imam 16 tahun ramai lagi yang sampai mati jadi imam tak dabik dada kata dia hebat.Takbur pasti lebur.

Najib tak pulak puji pemimpin Umno yang bertungkus lumus untuk rampas Selangor daripada PR.Mungkin kerana Najib sendiri dah tak larat tengok kelaku pemimpin Umno sendiri sarat dengan segala kes pecah amanah macam Menteri Agama Jamil Khir Baharom yang didakwa tibai duit zakat dan terkini dikatakan pulak guna duit Yayasan Taqwa yang terletak di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk kepentingan politik di kawasan parlimen Jerai.

Kawan saya bagi tau riuh rendah macam Hasan Ali tak lama.Lebih kurang macam musim buah rambutan ja.Mai keluang pakat serbu tak dan orang nak kait buah rambutan dah habis.Sat saja! Umno kutip la orang macam Hasan Ali dalam masa yang sama bekas veteran Umno seorang demi seorang meloroih masuk parti Dap yang dikatakan Umno parti perkauman Cina.Parti yang dituduh Umno dan Hasan Ali nak murtadkan orang Islam kini jadi kesukaan pemimpin veteran Umno untuk berpolitik.Padan muka Umno.

Apa rasa Noh Omar Timbalan Ketua Umno Selangor yang juga teringin nak jadi MB macam Hasan Ali, bila Najib puji Hasan.Takkan tak rasa apa-apa?

PM Najib juga ambil kesempatan di atas sikap Anwar Ibrahim terhadap Israel Laknatullah cakap berdegar-degar dan berdentum dentam bela rakyat Palastine kononnya.Lupakah kita dengan syarikat Israel Apco Worldwide yang dibayar RM77 juta setahun sebagai penasihat kerajaan Umno-BN?Saya rasa nak termuntah dengar bila Najib kata nak bela rakyat Palestine!

Eloklah tu masa Anwar dedahkan hubungan kerajaan Malaysia dengan Apco, Anwar kena gantung 6 bulan daripada hadir ke parlimen.Kini bila Anwar pulak kata kena wujud dua negara iaitu Palestine dan Israel di atas tanah dan darah orang Palestine sekiranya Israel berhenti lakukan kekejaman terhadap orang Palestine Umno pulak ambik kesempatan di atas sikap Anwar kata Anwar sokong Israel.Yang pasti duit rakyat dah mengalir bayar kepada syarikat daripada Israel itu.

Saya tak sokong Israel jauh sekali mana-mana pihak yang berangan nak wujudkan negara halal Israel.Saya tak halal satu sen pun duit saya seperti yang pihak kerajaan bayar kepada Apco Worldwide yang jadi syarikat perunding untuk baik pulih imej kerajaan Umno-Bn di luar negara.Pergi mampos la hang pa dengan Yahudi laknat tu.

Pru 13 dah dekat marilah kita tanamkan azam dan berdoa semoga regim Umno-Bn dikuburkan dalam pru 13 akan datang.Biarlah Najib dibuai mimpi indah tarikh yang sesuai nak buat pru 13 tapi kita rakyat berdoa setiap hari dan setiap solat agar Umno-Bn dan konco-konconya termasuk musang berbulu ayam diranapkan menyembah bumi.

4 ulasan:

  1. Bukan negara Palestine..Tapi tokoh umno Sulaiman Palestin..hahahahaha.!

    BalasPadam
  2. INSYALLAH...ALLAH TAK MENGIZINKAN ANWAR IBRAHIM MEMIMPIN NEGARA INI.APATAH LAGI DENGAN GUAN ENG.
    YA ALLAH BUKALAH PINTU HATI PEMIMPIN PAS.
    BIARLAH PAS MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA...BUKAN DAP..BUKAN PKR...BUKAN BN...HANYA PAS ..PAS..PAS..PAS..PAS .SAHAJA.

    BalasPadam
  3. najib baruah punya bapa hasan ali datuk baruah muhidin penasihat tai baruah baruah ini

    BalasPadam
  4. tadok kerja lain hang ni...asyik nok kutuk orang je...ingat gok sikit..hari ni orang sambut Maulidur rasul.

    BalasPadam