Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan dan panduan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup dan ikutan, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.
Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)
Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa': 80)
Kita saban tahun menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tapi janganlah dalam masa yang sama kita jadi munafik menentang ajaran Islam, menghina dan mencerca hukum Islam malah sanggup berkata hukum Islam tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia ini.
AKU SAMBUT SABAN TAHUN MAULIDUR RASUL..ALIH..ALIH TOK GURU BERKHUTBAH KATA MACAM AGAMA KRISTIAN PULOK KITA SAMBUT MAULIDUR RASUL..MACAM SAMBUT KRISMAS..ADUHHHH...ADOH...DOH LINTANG PUKANG LENING...
BalasPadam