Ahad, 12 Februari 2012
Samseng taik kucing mengamuk lagi di Klang
Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli-Harakahdaily
Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.
Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.
Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.
Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.
Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.
Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.
Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.
Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.
Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.
Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.
"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.
Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.
"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.
"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.
Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.
Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.
Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.
Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.
Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.
Berkaitan;
Lagi ceramah dibatalkan akibat akibat gangguan samseng-Malaysiakini
Tengok video di sini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Spesis genius lawan spesis melay tak sekolah. Bangang punya pekida. Kecik2 tak nak sekolah. Bila dah jadi bangang menyusahkan orang.
BalasPadamKelihatan dalam gambar tak de satupun meja yang pecah..yang ada hanya kerusi plastik aje..lapuran yang dibuat mesti tepat dan mengikut fakta.
BalasPadamRumusannya disini bahawa Penduduk tidak dapat menerima Adam Adli.Kita harus melihat dari sudut positif jangan melihat dari sudut negatif.
blog depa ni cite je lebih...depa tak nak kluar statement2 adam adli yang macam gangster plak kat alam maya...lagi nak kata genius????ko pun tak tau maksud genius....kalau ko tau elemen genius mesti kau tak senang2 label diorg genius...dah memang dasar "tambah tokok berita + bohong rakyat" jadilah penyokong PR=penipu rakyat....ape kaitan dengan PEKIDA plak?? ko memang takde otak la "Waris"...patutla buta hati...tak boleh buat penilaian secara rasional....orang macam ko baik duk dalam gua lagi bagus... :)
BalasPadam