Rabu, 15 Februari 2012

'Kalau semua kira hak asasi pi la tidur atas rel keretapi, makan la daging babi'

Isu mutakhir yang libatkan orang Islam dan agama Islam yang kita cintai ini ialah isu PM Najib pi berthaipusam di Batu Caves sempena upacara keagamaan orang Hindu.Ada orang India kata kat saya ,"kami pun keliru mana satu lagi besar itu patung Najib ka atau patung dewa murugan yang besar.Itu patung dewa murugan bunga malai banyak kecik itu Najib-Rosmah punya bunga malai banyak besarrr."Mungkin ada yang kata ini hak asasi PM Najib-Rosmah nak berthaipusam peduli apa!

La ni semua kira hak asasi.Yang Islam plural atau Islam liberal dan macam-macam lagi fahaman yang semata-mata berdasarkan hawa nafsu dan akal mengatasi ketentuan hukum agama.Janji buat apa pun tak bercanggah dengan perlembagaan Malaysia kira ok.Kepala b#**H hang pa!

Orang bukan Islam juga sibuk dengan hari kekasih atau Valentines Day bila golongan ulama kata orang Islam tak boleh sambut.Larangan ini hanya untuk orang Islam, bukan Islam atau kapir ikut suka la nak sambut.Maka kata puak -puak pejuang hak asasi  termasuk pemimpin Umno lawan pulak pandangan ulama dengan kata ini juga bercanggah dengan hak asasi.Adakah golongan ulama kata orang bukan Islam jangan sambut Valentines Day? Tak ada!Kalau semua kira hak asasi pi la telanjang bulat jantan betina beromen atas jalanraya raya.Peduli apa ni hak asasi.

Orang bukan Islam juga menyibuk apabila rakyat Arab Saudi Hamza Kashgari yang menghina Nabi Muhammad SAW ditahan di Malaysia dan dihantar pulang ke Arab Saudi.Kata mereka ini bercanggah dengan hak asasi manusia.Ada juga NGO yang Melayu-Islam  bantah bila Hamza dihantar pulang untuk dibicarakan di negara asalnya.Mereka hanya fikirkan nasib Hamza tapi mereka tidak fikirkan kesan daripada penghinaan Hamza terhadap Nabi Muhammad SAW.

Hak asasi jadi lesen besar untuk hina Islam dihalalkan oleh golongan Islam dan bukan Islam.Boleh ka macam tu?Apabila rakyat Denmark buat kartun hina Nabi Muhammad SAW seluruh dunia Islam bangkit dijalanraya termasuk di Malaysia yang diketuai Pas lancarkan demontrasi depan kedutaan Denmark beberapa tahun yang lalu.

Kalau semua kira hak asasi pi la tidur atas rel keretapi peduli apa ni hak asasi.Kepada orang Islam yang sokong Hamza makan la daging babi peduli apa ni hak asasi.Kita hina dan benci kes buang anak, bapa rogol anak, tok wan rogol cucu tapi apabila Hamza tu hina Nabi Muhammad SAW kita kata ini hak asasi!

Di Malaysia ramai pemimpin Islam hina Islam termasuk ada golongan yang tolak hadis atau anti hadis tapi mereka tak didakwa dan diheret ke mahkamah syariah.Mungkin ini juga kerana hak asasi.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah, tuan sgt berpandangan luas dlm hal ni...kita tolak mereka yg fasik~

    BalasPadam