Khamis, 2 Februari 2012

Adun Sri Muda di hadapkan semula ke mahkamah kes di bawah akta hasutan

Pagi ini jam 9 pagi Adun Sri Muda Shuhaimie Shafie dihadapkan semula ke mahkamah jenayah sesyen 11, tingkat 5,Shah Alam di bawah akta hasutan kerana menulis dalam blog beliau yang didakwa pertikaikan kuasa sultan Selangor.Kes ini ada kaitan dengan tulisan beliau yang pertikaikan perlantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor tahun lepas.

Edit 10.43am;
Terkini kes tersebut ditunda pada 5 Jun 2012 jam 9 pagi.

Puak gerombolan yang tak puas hati tuduh Shuhaimie sebagai penderhaka walaupun beliau tidak mencarut dan maki hamun sultan seperti yang dilakukan puak-puak Umno yang mencarut dan maki hamun sultan di Terengganu dengan kata 'Natang' (binatang) kerana tidak puas lantik Ahmad Said sebagai MB Terenggganu selepas pru 2008 yang lalu.Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Muda turut disimbah cat merah kerana tak puas hati kepada Shuhaimie.

Pada 1993 Tun Mahathir telah buat pindaan perlembagaan yang babitkan kuasa sultan dan raja-raja Melayu.Umno masa tu telah buat roadshow ke seluruh Malaysia untuk dapatkan sokongan rakyat.Tun Mahathir tidak pulak dianggap sebagai penderhaka.Bab ni saya sokong apa yang Tun buat.

Semasa perbahasan di parlimen rang undang-undang (pindaan) 1993 pada 8-03-1993 antara lain Tun Mahathir berkata ;

Tuan Yang di-Pertua, 

16. Perbincangan berkenaan pindaan kepada Perlembagaan untuk memberi perlindungan undang-undang kepada rakyat daripada sebarang tekanan atau penganiayaan oleh Raja telah mengambil masa yang agak panjang. Kadang-kadang kita dengar kritikan bahawa serangan terhadap Raja, tingkah-laku dan cara hidup mereka adalah keterlaluan.

17. Sayugia diingatkan bahawa sehingga tahun 1990 tidak ada sesiapa yang mengkritik atau menegur Raja secara terbuka.Ini mungkin kerana adat resam orang Melayu atau kerana takut melanggar Akta Hasutan.

18. Tetapi selepas Pilihanraya Umum 1990 perasaan marah kepada Raja Kelantan telah meluap kerana Baginda telah secara aktif dan terbuka berkempen bagi pihak parti bapa saudaranya. Rakyat tidak dapat menerima bukan sahaja perbuatan membelakangkan larangan berpolitik oleh Raja, tetapi juga percubaan untuk menaikkan keluarga sendiri ke jawatan tinggi -- satu jenis nepotisma yang amat berbau feudal dan anti demokrasi.

19. Semenjak itu rakyat mula mengkritik Raja secara terbuka. Mereka tidak berasa segan-silu lagi. Apa yang telah dilakukan oleh Raja Kelantan ialah membuka, dengan izin Tuan Yang di-Pertua `a can of worms`. Malangnya bau busuk yang keluar terlekat juga kepada Raja-Raja lain. Bak kata pepatah Melayu kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit juga.

20. Kerana Raja Kelantan, adat resam dan ketakutan rakyat kepada undang-undang telah hilang. Maka apabila berlaku peristiwa Gomez, rakyat membuat teguran dan kritikan terhadap Raja-Raja dengan begitu lantang. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang percaya kepada kedaulatan undang- undang tidak dapat berdiam diri. Untuk memberi perlindungan kepada rakyat maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan seperti dalam Akta yang dibahaskan oleh Dewan ini pada 18 dan 19 Januari 1993.Baca semua di sini.


Kini ada NGO baru tumbuh JATI Hasan Ali nak pertahankan Raja, Melayu dan Islam.Semuanya hanya lakonan untuk popularkan diri sendiri.Mereka kata Malaysia akan ditukar jadi republik.Pembohong tak habis-habis takutkan orang Melayu.Kelantan dah 20 tahun Pas kuasai.Melayu ada, Islam terjaga, Malah Sultan pun masih ada di Kelantan.Woiitt kalau kebulur sangat nak jawatan MB tapi tak dapat janganla nak lepaskan geram dan berak merata-merata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan