Misai Merah

Malaysia bayar RM81.4 juta kepada BBC promosi luar negara



BBC minta maaf program berbayar tentang Malaysia-Malaysiakini


BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu  telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."-Malaysiakini
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009