Ahad, 19 Februari 2012

Dr Asri kata golongan berjubah agama pembodek raja dan sultan

Atas nama Tuhan & agama-Dr Asri (Malaysiakini)

Sokong rejim

Hitler juga mendapat sokongan sebahagian gereja di Jerman. Kedua aliran yang bertentangan - Katolik dan Protestan - menyokong tindakan beliau terhadap Yahudi atas nama Tuhan. Demikian Assad di Syria yang membunuh rakyat sejak sekian lama. Begitulah juga regim-regim yang lain.

Pakaian dan bahasa agama juga digunakan untuk menghiasi amalan salah atau penyalahgunaan nama Tuhan. Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika ada dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis.

Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi. Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan.

Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama' yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri. Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama' tapi bertujuan sebaliknya.

Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja.

Kegerunan mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka membohongi hukum Tuhan.

Sebab itu, ramai panguasa, raja dan sultan dalam dunia dan sepanjang sejarah sekalipun buruk tingkah laku dan ketamakan harta serta kezaliman mereka terhadap hak rakyat, terus merasa selesa kerana ada yang berlidah dan berjubah agama yang membodeknya.

Syurga seakan sudah tempah untuknya, neraka pula seakan sudah tertutup rapat baginya sekalipun dia tidak menunaikan hak rakyat dan memakan harta secara haram.


Dr Asri juga berkata Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya inshaAllah akan bahaskan tentangsecular state dalam tulisan yang akan datang.Baca semua di sini.

Sistem beraja bukan hanya di Malaysia malah ada juga di negara arab seperti Arab Saudi yang dikuasai bani Saud sejak beberapa dekad yang lalu.Nasib baik Dr Asri tidak tunjukkan sokongannya secara terus samaada kepada Pas atau Umno jika tidak sudah tentu Dr Asri akan dianggap sebagai penderhaka.Kita akan lihat apakah reaksi Pas-Umno bila Dr Asri berani kritik secara terbuka golongan berjubah agama bodek sultan dan raja.Apakah Perkasa dan Jati Hasan Ali akan buat laporan polis terhadap kenyataan Dr Asri ini?

Di Malaysia yang berani cabut kuasa raja dan sultan ialah Tun Dr Mahathir yang buat pindaan perlembagaan pada tahun 1993.Yang berani derhaka raja dan sultan dan maki hamun raja juga ialah Umno yang berani kata 'natang' kepada sultan Terengganu selepas pru 12 dalam isu perlantikan MB Terengganu.Golongan bukan Umno jika kritik raja dan sultan maka ramailah yang datang mengampu dan membodek untuk raih sokongan politik istana dengan buat laporan polis.Umno kebal daripada tindakan polis jika kritik raja maupun sultan.


Ada golongan kaya yang mengidam pangkat Datuk sanggup keluarkan duit untuk beli gelaran Datuk malah ada yang tertipu gara-gara kejar pangkat datuk.Yang lebih hairan lagi tu dah dapat gelaran datuk tapi masih lagi dapat pingat dan kebesaran datuk.Berapa banyak datuk untuk seorang individu nak bagi?


Yang tak boleh dibeli dan ditipu ialah Taqwa kepada Allah SWT.

1 ulasan:

  1. dr asri cakap ada baik ckit.....kl dengan kangar tu jauh nanti tak dapat balik kampong koot...islam mana ada demokrasi...sistem amirul mukminin selepas wafat nabi....adalah dari keturunan orang baik*2...meninggikan agama...pelaksanaan siasah syariah kebanyakannya terbeban kepada wazir, gabenor @ paling korang imam*2.sultan*2 sekarang PeM la...yang nak pi pertikai adat tradisional melayu islam tu pasai apa?

    BalasPadam