Rabu, 15 Februari 2012

Cakap bohong pun bukan halalan toyyiba



BR1M bukan rasuah-Utusan


Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan Kerajaan Pusat kepada rakyat yang layak bukan rasuah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang menyebarkan dakyah kononnya BR1M haram kerana ia rasuah daripada Barisan Nasional (BN) disebabkan mereka bimbang pengaruh bantuan berkenaan ke atas rakyat.
"Duit kerajaan adalah duit rakyat, jadi kalau sudah duit rakyat dan dapat balik duit rakyat, takkan hukumnya rasuah. Di seluruh negara, kira-kira 79 peratus daripada isi rumah mendapat bantuan ini melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM2.6 bilion. Ini adalah rezeki yang hukumnya halalan toyyiban," katanya di sini hari ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, meskipun bantuan berkenaan memberi manfaat yang besar, masih ada pihak yang cuba menakutkan rakyat supaya menolaknya demi kepentingan politik mereka.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar mereka tidak memutar-belitkan perkara yang memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat dengan fatwa-fatwa songsang sehingga boleh mengelirukan orang ramai.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan untuk pembinaan kantin baru Sekolah Kebangsaan Teluk Jamat sebanyak RM300,000 selain RM1.8 juta untuk membina masjid baru di Kampung Nawa dekat sini.
Peruntukan lain adalah untuk baik pulih Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit (RM300,000), baik pulih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy di Jabi (RM30,000), baik pulih masjid Kampung Panchor (RM200,000) dan baik pulih surau Kampung Lancuk Tok Lit (RM100,000).-Utusan

Muhyiddin kata memang betul duit kerajaan memang duit rakyat tapi bukan duit Umno.Sapa tak ambik rugi.Duit projek lembu NFC hanya satu famili makan RM250 juta.

Kenapa tak bagi atas nama kerajaan Malaysia bukan atas nama Umno-BN.Adakah ini bukan untuk tarik undi supaya pangkah BN pru 13.Gambar di atas daripada FB IAR.Klik gambar untuk besarkan.

Bagi ambik undi parti asalkan bukan Umno (ABU).

Jika pru diadakan secara Bersih sudah lama Umno-BN berkubur.Pertambahan pengundi yang luarbiasa di kawasan tertentu amat memeranjatkan.Jika Pendatang Haram juga boleh mengundi jangan harap PR akan ke Putrajaya.Menipu dan berbohong adalah senjata puak gerombolan untuk terus berkuasa.

1 ulasan:

  1. aku x caya la....aku tetap undi UMNO. aku dpt voucher BR1M tp x de lak gambo pangkah dacing 2...
    gambo mana la ko tambah 2. aku dpt BR1M dr pej daerah...bohong la lu...ye la mana ada cara lain nk burukkan kerajaan melainkan menipu, salahkan umno dll. Pemimpin sokong Israel, salah umno gak kata spin fakta...tp WSJ yg terbitkan artikel 2 x brani lah lu fitnah...he he

    BalasPadam