Jumaat, 17 Februari 2012

"Jangan kira apa warna kulit atau agama, kita kena tukar kerajaan"

Peniaga akhbar lama dan pemandu teksi

Tengahari Isnin lalu, pintu pagar kediaman saya digoncang kuat. Seorang peniaga akhbar lama tercegat menanti. "Harga sekarang turun sikit, tapi untuk taukeh kita kira harga lama," katanya, merujuk timbunan suratkhabar lama setinggi enam kaki di halaman rumah. 

"Okey, ambiklah," balas saya selepas mengecam lelaki Tionghua dalam usia 30-an itu. Dia bagai pembeli tetap akhbar dan majalah lama saya.

"Harakah? Ini PAS punya, ya?" tanyanya menunjukkan minat, sambil membelek naskhah terbaru di buaian besi, berdekatan pintu rumah.  "You baca Harakah?" tanya saya. "Saya orang roket," jawabnya pantas, tanpa selindung. 

Sambil beliau menyusun akhbar lama secara tertib, kami bersembang santai isu-isu politik. Ternyata dia mempunyai minat yang tinggi tentang perkembangan semasa. 

"Ada minta bantuan RM500?" saya menduganya. "Tak mahulah, lagi pun belum tentu dapat, ramai juga kawan-kawan saya yang susah mohon, tapi tak berjaya,  yang senang, ada bas, dapat pula, " katanya. 

"You sudah kaya, kot?" usik saya. "Tak adalah ... boleh cukup makan aja, tapi biarlah orang lebih susah dari saya yang dapat," jawabnya, jujur. Saya agak terkedu mendengarnya. 

"Kerajaan bukannya ada duit, saya dengar Najib guna EPF untuk beli undi, nanti rosak teruk ekonomi kita," tambahnya lagi.

Mungkin menyedari saya mempunyai minat politik yang sama, lelaki yang kaya dengan senyuman dan berwajah ceria itu ghairah bercerita: "Saya kenal rapat dengan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai." Dia merapati saya, bangga menunjukkan telefon bimbitnya, "tengok ini nombor Tan Kok Wai, dia selalu jawab call saya kalau dia tak sibuk".


Seterusnya dia nampak seronok berbicara tentang  kesederhanaan hidup Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Kawan-kawan saya di Penang suka dengan kerajaan negeri. Rakyat yang susah ditolong, wakil rakyat tak cari untung sendiri," katanya. "Saya ingat, kalau menang Putrajaya lagi senang kita cari makan ... tapi lagi lama BN perintah, negara boleh bankrap," tambahnya.

"Kali ini, kita mesti ajak semua kawan-kawan, adik-beradik, sama-sama undi roket, undi bulan," katanya, sambil memegang tangan saya dan menunjukkan lengannya. "Jangan kira apa warna kulit atau agama, kita kena tukar kerajaan. Ini bukan soal bangsa, kita mesti ubah Putrajaya,"Baca semua di sini. Ahmad Lutfi Othman Ketua Pengarang Harakah

2 ulasan:

  1. allahu akbar HIdup melayu hidup cina hidup india pakatan

    BalasPadam
  2. semalam ada 4 goblok datang berceramah di kinrara kebetulannya saya berada di rumah sepupu sayapun dengarlah ceramah tersebut dari rumah isa samad satin dan dua orang kroni BN berceramah memburukkan nama tuan guru anwar dan isterinya serta kaum cina dan india. mereka mengatakan anwar tok guru nik aziz hadi dap orang cina dan semua orang melayu yang menyokong pas dan pkr durjana.dan mesti dihalau keluar dari negara ini. seterusny abangsat umno itu bercakap lagi rakyst selangor kini di perintah oleh ronin dan elisabeth wong .pas dan pkr boneka sahaja. bangsat itu juga menambah najib dan romah langsung tak rasuah mereka menaikkan hg barang kerana terpaksa, cincin pula dikatakan untuk tujuan pameran banyak lagilah dia orang kalaulah orang pas dengar tentulah marah aku pun tak tahan dengar ceramah bangsat ini buatkan bayi kecil saya tak tidur. begitulah bisingnya penyokong indon bangla dan melayu bodoh. misai merah kalulah hang dengar tentu akan naik darah dengan perkataan durjana.

    BalasPadam