Misai Merah

'Mengendap' punya pasal beli lagi dua biji kondo mewah di Singapura

Ketua Wanita Umno Shahrizat yang kata seorang pemimpin PKR dok mengendap dan mengintai ke mana saja beliau pergi terjerat lagi dengan isu lembu NFC RM250 juta.Pengarah  strategi PKR Rafizi Ramli kata keluarga Shahrizat beli lagi dua kondominium mewah di Singapura bernilai RM34.6 juta.

Dua lagi kondo milik keluarga Shahrizat di Singapura RM34.6 juta-keadilandaily.com


 KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak  berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.
Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).
“Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar?,” Soal Rafizi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurut Rafizi, kemudahan pembiayaan dipercayai diluluskan sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat, mempunyai deposit yang besar di bank-bank berkenaan.
“Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Rafizi yang turut mengakui mengupah penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat itu.
Menurutnya, KEADILAN  sebelum ini mengemukakan bukti S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd, bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010.
“Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.
“KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura,” ujarnya.
Dengan pendedahan terbaru ini, katanya, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC ialah 62,160,913.
Ia termasuk pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar dan sebuah lagi di Orchard Scotts, Singapura,  pembelian Mercedez Benz, dan dua lot tanah di Putrajaya seperti yang didedahkan sebelum ini.

0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009