Rabu, 22 Februari 2012

Hakim kata kes sejarah boleh dibicarakan di mahkamah

Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak-M'kini

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu - untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada bulan Ogos.


Peguam Hanipa Maidin  yang mewakili Mat Sabu berhujah bahawa kes itu berdasarkan perspektif sejarah dan mahkamah bukan platform untuk membincangkan perkara itu.

Hanipa juga berhujah bahawa kes Mat Sabu bukan mengenai mangsa kes sejarah menuntut gantirugi.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah mengenai tafsiran sejarah dan mahkamah bukanlah platform untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk  Mohd Amin Firdaus berkata, kes sejarah seumpama itu dibenarkan disebut dalam mahkamah.

Beliau memberi contoh kes saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkannya kembali ke tanahairnya.-M'kini


Kalau kes sejarah semua kira boleh naik mahkamah bagaimana dengan Prof Khoo Kay Kim yang kata Hang Tuah tak wujud kenapa tak dakwa?Dakwa la kat mahkamah.


Bagaimana dengan MB Johor Ghani Othman yang iktiraf Mat Indera sebagai pejuang Melayu Johor bukan pengganas kenapa tak dakwa?Dakwa la sama penulis buku Pengukir Melayu Johor yang turut iktiraf Mat Indera sebagai pejuang.


Ini semua tak lain tak bukan hanya modal kempen Umno dan gerombolan.Memali juga adalah sejarah, peristiwa Lubuk Merbau juga adalah sejarah.Dua tiga hari selepas semua jadi sejarah dahhh.


Makan duit NFC RM250 juta juga adalah sejarah.Tibai duit Melayu-Bumiputera RM52 bilion juga sejarah.Jambatan bengkok juga sejarah.Semuaaaa sejarah laaa.Bawa lari duit ke Australia juga sejarah.Bawa lari anak raja juga sejarah.Bawa lari duit haram ke luar negara juga sejarah.Umno kena haram juga sejarah.


Ini bukan fitnah tapi saheh.Mereka penyamun-penyamun ni tak didakwa di mahkamah.Mereka kebal.Hakim takut kepada Tun Mahathir juga adalah sejarah.Umno hilang Putrajaya juga akan jadi sejarah dalam pru 13. InsyaAllah

4 ulasan:

  1. Nk dakwa buat la rep0rt.. Xda rep0rt cm mana nk dakwa..

    BalasPadam
  2. kalaulah yg kata Hang Tuah x wujud tu mat sabu......habis lah semua pertubuhan pro melayu umno pakat dok demo sana sini,kene bakor pulak ler rmh bg mat....

    BalasPadam
  3. Ikut hati, aku pun terasa-rasa nak membaling terompah jamban pada refree dalam perlawanan ikan laga cantik semalam.

    BalasPadam
  4. klu nk wat sejarah ok juga yopp

    BalasPadam