Rabu, 30 September 2009
PRK Bagan Pinang: Calon Bersih Lawan Calon Politik Wang
Calon Pas bagi prk Bagan Pinang seperti yang dijangkakan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45 tahun masih muda dan tidak rasuah, berkelulusan Master In Science daripada Universiti Putra Malaysia.
Sudah tentu peribadi Zulkefly lebih baik daripada Isa Samad yang bangkrap politik, perasuah dan pengamal politik wang yang bebas daripada undang-undang Malaysia hanya bersalah dalam kerangka Umno saja.
Prk Bagan Pinang amat berbeza dengan lain-lain PRK yang dah berlalu kerana undi pos 4604 undi tidak ada sejumlah yang banyak itu dalam lain-lain prk. Peluang untuk Pas menang tetap ada dengan izin Allah. Ini kena yakin, yang penting bekerja keras dan berserah pada Allah .
Pengundi yang bijak tidak akan pilih calon BN yang dipandang tidak bersih, hatta oleh orang Umno sendiri. Mahukah anda bersubahat untuk menangkan calon macam Isa Samad yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, kerana amalkan politik wang atau merasuah perwakilan untuk menang jawatan Naib Presiden Umno dulu.
Pengundi yang bijak tidak memandang pada kedudukkan Isa Samad yang hidup senang lenang tapi amalkan gaya hidup sebagai perasuah untuk menang jawatan dalam politik. Kalau diluar negeri orang macam Isa Samad dah ditolak awal-awal lagi , mungkin dibaling telur ayam kemuruk.
Umno sedang menyabung nyawa untuk menang tanpa mengira Isa Samad yang perasuah ,janji ada pengaruh dan boleh menang, ini yang Umno fikirkan. Soal maruah Umno tolak tepi dan sepak masuk longkang, yang penting Isa dan Umno menang. Walaupun dengan perkiraan undi pos, Umno dah boleh menang , tapi Umno sanggup pertaruhkan pengamal politik wang dan perasuah untuk calon Umno di Bagan Pinang.
Selasa, 29 September 2009
Umno Parti 'Private Sapu'
Main dengan kalah teruk dalam pru yang lalu BN sudah tentu PM Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional tak akan fikir panjang untuk terima parti-parti orang India seperti Makkal Sakhti, Kimma dan IPF.
Parti baru kaum India, Makkal Sakhti yang baru ditubuhkan dan sudahpun diluluskan pendaftarannya dan akan dilancarkan 10 oktober akan datang dan dikatakan ada 50,000 ahli . mereka dilaporkan akan sertai parti komponen BN-utusan malaysia online
Semasa Pru -12 yang lalu Pas melalui Kelab Penyokong Pas telah berjaya tarik minat 20,000 orang bukan Islam untuk bersama parti Pas dan inilah yang dibimbangkan Umno kerana Pas telah berjaya tarik minat orang bukan Islam untuk sokong parti itu.
Jadi bila ada saja parti orang India nak sertai Umno-Bn dalam keadaan umno-Bn tengah teruk ni maka jadilah Umno-Bn macam 'Teksi Private Sapu' , janji mau naik dan bayar tambang sudahlah.
Sama la macam calon Umno di Bagan Pinang, Isa Samad , sebab dah tak ada pilihan lain yang boleh menangkan Umno maka 'disapunya' Isa Samad untuk menang di Bagan Pinang walaupun Isa samad tidak dipandang bersih kerana imejnya yang amalkan politik wang atau rasuah dalam pemilihan Umno.
"Mereka katakan Isa! Isa! Isa! tiga kali"- Muhyidin
Mahu tidak mahu , rasuah atau tak rasuah, politik wang atau tidak Isa Samad juga yang jadi calon Umno di PRK Bagan Pinang. Janji Umno mahu menang. Umno dah tak mampu lagi tanggung kekalahan kepada Pakatan Rakyat dalam 8 prk yang diadakan di mana Umno-BN kalah 8-1 kepada Pakatan Rakyat.
Bagi Umno, Isa Samad bekas MB Negeri Sembilan dan juga bekas Naib Presiden yang dilucutkan jawatan oleh Lembaga Disipilin Umno itu dan digantung keahlian selama 6 tahun adalah seorang tokoh yang paling layak untuk jadi calon di Bagan Pinang. Hanya perasuah politik wang saja layak untuk menang di Bagan Pinang. Kalau tak amalkan rasuah Umno tak boleh menang!
Kata Timbalan Presiden Umno, Muhyidin sewaktu umumkan nama Isa sebagai calon Dun Bagan Pinang:
"Saya tidak buat keputusan sendiri dan mereka katakan Isa! Isa! Isa! tiga kali disebut baru saya umumkan kerana itu adalah kehendak daripada pengundi di sini."-bernama
Kata Isa Samad pula selepas dicalonkan -"Saya bukan lakukan jenayah, ini merupakan pelanggaran kod etika pemilihan, itu istilah pertama yang kita gunakan."-bernama
"Malah seperti yang saya katakan, kes2 jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri, dan ada yang bercita2 nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah?"-bernama
Apa pula kata Mahathir yang jadi penentang kuat Isa sebagai calon prk Bagan Pinang sebelum nama Isa diumumkan- "Jika saya(Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan calonkan saya, kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya."-malaysiakini 26-09-09. Kata Tun lagi:
"Tetapi di Malaysia budaya seumpama itu tidak wujud."-malaysikini 26-09-09.
Calon Politik Wang Pilihan Umno di Bagan Pinang
Apa boleh buat salakan dan jeritan Mahathir dah tak laku lagi , hanya Berahim Ali pakar lompat tu saja yang agung-agungkan Mahathir dan Mahathir pula puji sampai kelangit akan Si Berahim Ali yang kutuk dan hina TGNA.
Mahathir benci akan Isa Samad jadi calon di Bagan Pinang kerana Isa Samad dituduh bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana amalkan politik wang untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno yang lalu. Isa menang Naib Presiden tapi dibatalkan kemenangannya pada pemilihan 2004-2007. Digantung selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno.
Dengan undi pos mencecah 4600 undi mungkin Umno akan menang selesa , tapi sebelum wisel penamat bunyi kita kena lawan , janji kita lawan atas nama benci perasuah, benci ketidak adilan dalam undi Pos dan bencikan Isa Samad yang dituduh sebagai perasuah dan pengamal politik wang untuk menang!
Lembu binatang popular 2009
Sepanjang tahun ini dirasakan cerita lembu sentiasa ada dalam media massa dan jadi bahan sensasi untuk dibaca. Bermula dengan lembu korban MB Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim yang jadi isu politik di Selangor tahun lepas hingga lah kepada Demo Kepala Lembu yang sensasi dan sensitif. Mereka yang terlibat dengan Demo Kepala Lembu depan Bangunan SUK , Selangor telah didakwa di Mahkamah dan dibenar ikat jamin. Gambar lembu di atas copy daripada mStar online.
Terkini pula 70 penternak binatang lembu, termasuk kerbau dan kambing buat demo dan bantahan depan Bangunan SUK, Selangor kerana tidak puas hati kononnya binatang mereka yang mati tidak dapat bantunan Kerajaan Negeri Selangor. Ternakan mereka mati kerana runtuhan tempat buangan sampah haram di Kg Sungai Kertas, Ulu Yam.
Lagi satu pula cerita seorang surirumah , di Alor Setar yang beli daging lembu , apabila beliau memotong daging lembu tersebut tertera kalimah Allah pada 6 kepingan daging yang dipotongnya.
Wanita tersebut menyimpan kepingan yang tertera nama Allah tu untuk tujuan perubatan-malaysiakini
Dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (lembu betina) ayat 67 hingga 74 yang mengisahkan penyembelihan lembu betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israel, yang menjelaskan watak orang Yahudi pada umumnya.
Politik Selangor yang sentiasa panas dan tak pernah diam daripada sebarang isu sama popular dengan binatang yang bernama lembu tu. Bermula dengan kematian Teoh Beng Hock di Bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9 akibat disiasat SPRM (tak tau sapa yang bunuh atau bunuh diri sendiri) , isu arak dan terkini SELCAT antara sesama pemimpin Pakatan Rakyat, tah sapa punya batu api , sampai tuduh menuduh dalam media tak habis -habis lagi, Teng yang jadi Pengerusi Selcat kata DR Hasan Ali bohong, tah siapa yang bohong siapa Wallh hu a'lam.
Umno pun buat-buat sokong Hasan Ali kot2 boleh tambah 'penyokong'. Kita yang jadi rakyat ni dok perhatikan saja gelagat pemimpin -pemimpin bila dah berkuasa. Media pro -Umno tambahkan lagi gamatnya politik Selangor seolah-olah Pakatan Rakyat di Selangor dah bercerai talak tiga.
Isu arak libatkan Hasan Ali, Isu Selcat juga Hasan Ali, nama Hasan juga popular di Selangor. Aku teringat lagu lama Melayu Klasik tapi tak ingat habis:
"Hasan budak jaga lembu
Hari-hari curi jambu
Kalau tahu Tok Penghulu
Tentu dia kena palu"
Hanya sekadar lagu kebetulan nama Hasan , politik Selangor dan lembu jadi popular kat Selangor.
Isnin, 28 September 2009
Brahim Ali Tu Memang Umno
Brahim sekarang ni kembali jadi budak 'suruhan Umno' untuk menyerang Pas Kelantan setelah usaha gigih Umno Kelantan untuk tumbangkan Kerajaan Pas Kelantan tak berjaya.Maka digunalah Si Brahim tu kot2 boleh tarik minat rakyat Kelantan sokong Umno. Umno lepas tangan biarkan Si Brahim serang Tok guru Nik Aziz.
Kata TGNA- "Tua-tua pun kalau berguna apa salahnya, kalau muda jadi sampah buat apa."Jawab Tok Guru kepada Si Brahim Ali. Malaysiakini
Pemimpin Umno Kelantan tentu ketawa besar dan gelak sampai telinga tengok Brahim Ali kutuk TGNA
Keajaiban Di Bumi Gaza, Palestine
Tapi walaupun banyak umat Islam Palestine dibunuh tapi jumlah kelahiran bayi Palestine oleh 3500 ibu-ibu Palestine melebihi jumlah kematian perang 10 hari antara Hamas dan Askar Israel.Banyak lagi benda ajaib ada di sini .
Sabtu, 26 September 2009
"Nik Aziz Letak Jawatan, Saya Letak Jawatan"-Brahim Ali
"Brahim Ali menang di Pasir Mas kerana undi orang Pas."-kata TGNA
"Saya boleh letak jawatan, tapi kalau saya letak jawatan sekarang, saya tak boleh bertanding selama 5 tahun kerana undang2 SPR berkata demikian. Saya menang bukan kerana undi Pas saja, saya pun ada penyokong dan pengikut saya sendiri."-kata Brahim Ali
"Nik Aziz letak jawatan, saya letak jawatan , kita sama -sama bertanding semula."-Brahim Ali
Brahim Ali yang kembali sokong Tun Mahathir juga mahu Tun Mahathir jadi Penasihat Kerajaan Malaysia. Berapa ramai sangat la penyokong Brahim Ali , yang undi Brahim Ali masa pru-12 dulu. Tak sampai 400 orang pun yang jadi penyokong setia Brahim tu. Kalau Brahim tu bertanding atas tiket bebas bukan atas lambang Pas belum tentu orang Pasir Mas akan sokong dan menangkan Si Brahim tu
Brahim Ali yang juga Presiden Perkasa memang tak sehaluan dengan Pas, tapi tah macam mana pemimpin Pas boleh 'terkena ' dengan si Brahim tu yang memang jadi juara 'melompat' dalam politik.
Rasuah : Malaysia Kalahkan Israel
Sementara negara haram Israel berada pada nombor 33, Bostwana nombor 36 dan Bhutan nombor 45. Bagi negara yang kurang amalan rasuah dan berada di tangga teratas ialah Denmark , diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura yang jadi jiran Malaysia.
Laporan oleh TI itu juga menyebut Malaysia kerugian RM 10 bilion setahun akibat gejala rasuah. Wang RM 10 bilion itu boleh buat projek perumahan untuk rakyat bagi rumah kos rendah sebanyak 150,000 buah unit bagi kiraan pada harga RM60,000 seunit-harakahdaily
Di Malaysia gejala rasuah sudah jadi darah daging dikalangan pengamalnya dan dikenali dengan macam-macam nama untuk halalkan rasuah. Ada yang panggil 'duit teh' dan 'duit kopi'. Panggilan ni popular bagi kalangan rakyat bawahan yang bagi rasuah kepada anggota Polis, JPJ, Imigresen dan lain-lain pegawai kerajaan untuk lepaskan diri atau untuk dapatkan apa-apa yang mereka hajati tercapai.
Tu yang di peringkat bawahan , tapi pada peringkat atasan libatkan Menteri, Perdana Menteri, pemimpin politik dikira sebagai komisyen pula untuk halalkan rasuah. Beli kapal selam 'Scorpene' pun dapat komisyen. Pemimpin politik MCA terima duit Rm 10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd tak dikira rasuah. SPRM siasat pun hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Pemimpin Umno main politik wang dalam pemilihan Umno hanya bersalah dalam Lembaga Disipilin Umno, mereka tak boleh didakwa oleh SPRM dan Mahkamah terbuka.
Rasuah tak kenal Umno, Pas , Parti Keadilan atau Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Main dengan duit ni semua orang kelabu mata, semua orang jadi binau, dah tak ingat haram -halal dah.
Jumaat, 25 September 2009
Tok Imam dan Tok Bilal Masjid Changloon Patut Sedar Diri
Entah macam mana hari ini aku pun tergerak hati pi solat Jumaat kat Masjid tu. Apa yang aku perhatikan langsung tak ada perubahan baik imamnya atau Tok Bilalnya, masih orang yang sama. Dulu masa bujang aku rajin juga solat jamaah kat situ malam2, tapi sejak ada surau yang lebih dekat dengan rumah aku, ramai pula para Imam tahfiz yang bersilih ganti jadi imam kat kampung aku apa guna pula nak pi masjid yang tak ada perubahan tu.
Apa yang aku rasa tak berapa puas hati ialah mutu bacaan Imam masjid Changloon tu yang aku rasa tak begitu fasih lagi menyebut ayat-ayat Quran hingga anak aku yang berumur 8 tahun pun kata Imam tu teruk daripada segi menyebut ayat2 Quran. Perkataan 'Allah hu akbar disebutnya Allah hu akbat, huruf Siin jadi Shiin. Cara pennyampaian Khutbahnya pula masih bawa cara lama, tak malu ka dengan 'Pak -pak Arab' yang jadi makmum kat Masjid tu. Bahasa 'tua' yang digunakan oleh Tok khatib tu patutnya dihentikan. Kenapa Imam tu tak bagi peluang orang muda jadi Imam dan sampaikan khutbah? Jangan terlalu ketegaq atau tak mau bagi peluang orang muda yang berkelayakkan untuk pimpin ahli kariah tunai solat berjamaah.
Begitu juga dengan Tok Bilalnya yang dah tua, nak azan pun dah tak keluar suara tapi tak mau letak jawatan mungkin sayangkan elaun yang dapat setiap bulan takut terlepas kepada orang lain. Hadis yang dibaca peringatkan para makmum supaya diam bila Tok Khatib baca khutbah pun 'tak ketawan kepala ekor' bunyinya tu pun masih tak sedar diri untuk berundur. Langsung tak ada perubahan dulu sampai sekarang, patut ada ahli kariah 'berhijrah' ke masjid lain untuk tunai solat Jumaat.
Tok Imam dan tok Bilal yang dah berterabur sebut ayat2 Quran patut berundur atau sedar diri tentang kemampuan mereka untuk jadi orang yang dihormati di Masjid
Langkawi
laluan menuju ke tempat tempat penternakan ikan dalam sangkar
susur masuk gua buaya
gua kelawar
pulau kasut
bukit batu kapur yang menyerupai 'gorila'
permainan 'caklempong' di kota Mahsuri
Rumah Mahsuri
Telaga Mahsuri
Rumah Panglima Hitam
Sempena cuti RayaAidilfitri ni aku pun pi la berjalan2 kat langkawi Pulau lagenda, pulau yang cantik anugerah Allah untuk lihat pemandangan sambil tengok perangai dan kerenah manusia di sana. Aku pi ke Tanjung Rhu naik bot laju selama dua jam dengan kos bayaran rm 170 pusing-pusing ke Kilim Geoforest Park tengok burung helang yang meragut makanan yang diberikan pelancong. Ramai pelancong daripada Timur Tengah. Mungkin sekarang ni negara depa sedang bercuti.
Seterusnya aku dibawa melawat gua kelawar lebih kurang 20 minit masuk kedalam gua yang gelap gelemat itu tengok struktur batu kapur dan kehidupan kelawar yang jadi penghuni setia gua tersebut.
Banyak lagi tempat aku pi ke Langkawai ni termasuklah ke Pantai Cenang yang jadi tumpuan pelancong asing, juga ke Kota Mahsuri yang menempatkan kubur Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Mahsuri dan rumah kaum kerabat Mahsuri.
Masih ada kerja khurafat orang Melayu yang cedok air telaga Mahsuri sapu muka sapu badan sambil berkata-"Moga hilang la gatai-gatai badan no." Yang sapu muka anak -anak mereka pun kata lagu tu juga. Yang letak pisang dan bunga cempaka kat kubur Mahsuri pun ada, mungkin orang bukan Islam. Kalau yang Melayu Islam buat kerja tu tak ka Syirik namanya!
Kedai Bebas cukai tak payah cakapla arak berlambak-lambak, disusun rapi yang tukang jual anak-anak muda Melayu yang bertudung dan tak bertudung. Mungkin mereka dah jadi biasa jual arak jadi dah tak rasa apa-apa dah samaada rasa berdosa atu tidak.
Selasa, 22 September 2009
Sisters In Islam Musuh Islam Antarabangsa
SIS menjadi musuh kepada semua kerja buat yang berkaitan dengan undang-undang Islam tapi tidak jadi musuh kepada undang-undang yang tidak ada kaitan dengan Islam. Atas nama hak asasi manusia, hak asasi antarabangsa mereka bergerak sebagai sebuah pertubuhan atas nama Islam untuk kelirukan masyarakat Islam. Ketua Wanita Umno , Shahrizat memang sealiran dengan SIS, sebab itu Shahrizat kata hukum sebat 6 rotan keatas Kartika sebagai melampau.
Mana lagi penting antara hak asasi manusia dan hak asasi antarabangsa yang diperjuangkan oleh pertubuhan yang munafik itu dengan hak-hak Allah ke atas manusia yang dijadikannya? Bacaan lanjut di sini, sila klik
Ahad, 20 September 2009
Khutbah Raya Oleh Tok Guru Presiden Di Rusila
Salam Aidil Fitri buat semua yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ini. Aku tahun ni beraya kat Trengganu sebelum pulang beraya kat Kedah. Aku ambil kesempatan untuk solat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Rusila, Marang, Trengganu. Solat sunat Aidil Fitri dan khutbah disampaikan oleh Tok Guru, Presiden Pas, Haji Hadi Awang. Berikut apa yang aku dengar semasa khutbah disampaikan Tok Guru Presiden:
Kata TGHA, sebaik-baik bekalan ialah menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Ramadhan yang dah berlalu mengajar kita untuk jadi insan yang bertaqwa.Moga kita semua akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang. Hari raya merupakan anugerah Allah, kurniaan Allah kepada orang yang berpuasa.
Dalam kita begembira dan berseronok menyambut hari raya ini jangan kita lupa kepada Hari Akhirat, hari dibangkitkan manusia di hadapan Allah.Puasa telah melatih kita menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Manusia yang buat maksiat tak layak dapat pertolongan Allah. Orang2 yang beriman buat maksiat kepada Allah tak akan ditolong oleh Allah.
Umat Islam diberi kemenangan oleh Allah dalam perang Ahzab. Tegakkan jihad dan tegakkan Al-Quran sebagai panduan dalam segala panduan kehidupan. Umat Islam kena bersabar dalam menghadapi segala ujian dan rintangan. Umat Islam kena berjuang dan berjihad untuk menegakkan hukum Allah, Syariat Allah di atas muka bumi ini.Allah pasti akan menolong kita.
Ciri2 kemenangan itu yang dapat pertolongan Allah ialah dengan mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Harta zakat itu merupakan harta yang menjadi senjata untuk keperluan umat Islam yang memerlukan. Jangan tamak dan haloba dalam mengumpul harta seperti Qarun. Manusia Qarun itu wujud sepanjang zaman, hidup di kalangan kita semua.
Seterusnya hendaklah kita menyeru kepada kebaikkan, kepada yang maa'ruf, mengajak manusia kepada kebaikkan. Mengajak orang bukan Islam memeluk Islam, berdakwah kepada mereka tentang kebaikkan Islam tapi jangan memaksa mereka. Umat Islam juga hendaklah mencegah kemungkaran daripada berleluasa. Cegah maksiat yang semakin merebak dikalangan umat Islam. Semua2 kerja ini jika dilakukan akan dapat pertolongan Allah.
Jangan kita lupa kepada saudara2 islam kita yang hadapi kesusahan, disiksa, dibunuh dan ditembak di lain2 negara seperti Palestine, Chechnya, Selatan Thailand, Afghanistan dan selatan Filipina dalam keseronokkan menyambut hari raya.
Wallah hu a'lam
Sabtu, 19 September 2009
Nordin Mat Top Tinggalkan Surat Wasiat
Berapa banyak lagi orang seperti Nordin akan muncul kita pun tak tahu, siapa yang mampu untuk menekanya bahawa segala-galanya sudah aman dengan kematian Nordin. Nordin juga meninggalkan surat wasiat. Baca disini, sila klik
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Adakah puasa kita hanya sekadar tuntutan agama dan adat saja tak lebih daripada itu.Walau apa pun marilah kita berdoa semoga puasa kita diterima Allah. Ada orang yang bersedih kerana berakhirnya Ramadhan.Ada orang yang gembira kerana Ramadhan telah berlalu pergi boleh makan di siang hari tak perlu lagi sembunyi-sembunyi.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, dunia internet, dunia cyber ini aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada sapa2 terasa hati dengan aku sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Jumaat, 18 September 2009
"YB Zul tuduh saya lah tu 'Pak Janggut ' - Khalid Samad
Khalid Samad sedar 'Pak Janggut' yang dimaksudkan YB Zul itu adalah beliau. Khalid Samad turut menjelaskan isu azan yang ditimbulkan oleh seorang penduduk berketurunan India itu bukan mewakili 'orang Hindu' seperti yang dimaksudkan YB Zul. Isu azan dalam majlis dialog itu tak seperti yang dimaksudkan YB Zul.
Cara pemikiran YB Zul itu tak ubah macam cara orang Umno berfikir. Semuanya ada di sini. Sila klik .
"KALAU DI JEPUN , DIA COMMIT HARAKIRI"- TUN MAHATHIR
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri), kita tak lah suruh dia (Samy) commit harakiri."-bernama. Klik di sini untuk bacaan lanjut.
Kata Tun lagi kepada Samy Vellu:
"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah."-bernama
"Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tak boleh tegur?"-bernama
Tun Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak bagi arahan kepada kaum India supaya jangan bina kuil secara haram walaupun Samy vellu tahu ia salah disisi undang-undang.Semasa Pak Lah jadi PM dulu Tun Mahathir arahkan Pak Lah letak jawatan malah Tun pernah berkata beliau tersilap lantik Pak Lah jadi PM. Beliau juga tidak berminat dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah semasa berkuasa dulu.
Khamis, 17 September 2009
Orang Nak Beraya, Mereka Kena Cekup Tak Posa
Mereka yang ditahan telah dibawa naik van Jais beserta sisa bahan makanan sebagai bahan bukti. Pada serbuan yang kedua selang setengah jam kemudian pada lokasi yang sama 2 orang lagi dicekup juga kerana tidak berpuasa.Pusat snooker tersebut beroperasi di Apartment Suria Avenue , tingkat satu . Bangunan bawah adalah restoran 'mamak'.
Aku cerita ni bukan apa pasai aku nampak depan mata aku mereka yang tak berpuasa diarah oleh pihak JAIS naik kenderaan JAIS untuk dibawa untuk diambil keterangan untuk didakwa di mahkamah. Mungkin mereka yang tak posa tu dah jadikan pusat snooker tu sebagai 'markaz' untuk lepaskan lapar dan dahaga di siang hari bulan yang mulia ini. Aku tengok ada yang umur belasan tahun dan orang dewasa yang kena cekup oleh penguatkuasa JAIS tu.
Ketika umat Islam yang sedang bersedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua masih ada manusia yang tidak tahu menghormati bulan Ramadhan, maruah mereka sebagai orang Islam, langsung tak reti nak bezakan bulan ni bulan puasa. Mereka anggap bulan Ramadhan sama saja macam bulan lain.
Rabu, 16 September 2009
Ibu Saudara Bini PM Najib Dapat Duit Raya
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin bersama 10 orang pemimpin sayap kanan parti Keadilan telah mengunjungi ibu saudara dan sepupu Rosmah Mansor, bini kepada PM Najib dan hulurkan bantuan duit raya dan hadiah sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang. Kata Shamsul Iskandar:
"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu."-malaysiakini. Bacaan lanjut klik di sini. Keluarga tersebut tinggal di Kampung Mertang, Kuala Pilah
Mungkin Rosmah Mansor terlepas pandang atau tidak mahu guna wang PM Najib untuk bantu keluarga beliau yang daif itu.
Dalam filem Melayu Purba ada cerita 'Si Tanggang'. Si Tanggang masa kecilnya suka makan pisang salai yang dibuat ibunya. Apabila Si Tanggang bernikah dengan anak orang kaya, Si Tanggang sudah berubah cara hidup. Kepulangan Si Tanggang kekampungnya sebagai orang kaya telah menjadi anak derhaka kepada ibunya. Tanggang sudah tidak kenal lagi ibunya yang miskin itu. Pisang salai kegemaran Tanggang yang diberikan ibunya dibuang dan menendang ibunya sendiri. Cerita ini tidak ada kena mengena samaada yang hidup mau pun yang mati.
Acheh: Pro dan Kontra Macam Di Malaysia
Di Indonesia pun sama, bila parlimen Acheh luluskan undang-undang Syariah ada yang kutuk hukum tersebut. Mereka yang sekular anggap Acheh kembali ke zaman batu dan mundur ke belakang. Badan-badan hak asasi yang sekular menentang keras pelaksanaan hukum Syariah di Acheh. Sila baca di sini .
Berkata seorang ustaz dalam tazkirahnya-" Kalau kita tak mau berpandukan Al-Quran dalam segala urusan kehidupan, kita jangan duduk di bumi Allah ini. Pergilah duduk di bumi lain, jangan bernafas dengan nafas yang diberikan Allah, guna nafas lain."
Parlimen Acheh Luluskan Undang-Undang Syariah
Di Malaysia hukuman sebat ke atas Kartika Sari kerana bersalah minum arak oleh Mahkamah Syariah, Pahang jadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat dan pemimpin . Ada yang sokong dan ada pula yang mempermainkan hukuman sebat ke atas Kartika. Hukuman sebat ada tapi rotannya tak ada. Tukang sebat pula tak dapat cari, sebab ini kes pertama pesalah minum arak kena sebat.
Selasa, 15 September 2009
Alhamdulillah 5 Tahanan ISA Dibebaskan
Mana Lagi Hina Gantung Selipar Dengan Baling Kasut?
Perwakilan yang syorkan gambar Mahathir digantung selipar tu belum lagi buat kerja tu , cuma syorkan saja, tapi dikira menghina Tun.Samy Vellu kononnya akan ambil tindakan terhadap perwakilan tersebut-malaysiakini
Kalau bekas Presiden USA, Bush telah dilempar dengan kasut oleh seorang wartawan di Iraq, sewaktu beliau sedang berucap dan merupakan satu penghinaan terhadap Bush dan memang elok pun Bush dilempar kasut kerana telah membunuh puluhan ribu rakyat Iraq yang tak berdosa, tapi adakah kerana kritikan Mahathir terhadap MIC beliau dilayan begitu oleh parti yang juga kawan Umno dalam BN? Bukankah Umno dan MIC 'abang-adik' kenapa nak gantung selipar kat gambar Tun?
Inilah perangai samseng orang BN , tak kira Umno ataupun MIC sama saja. Kalau kepala lembu dipijak-pijak dan buat honar tak ketawan hala, apa pula masalahnya nak gantung selipar kepada Tun.
Aku dengan orang Umno ni setakat bercakap mulut saja, biasala Umno kata kat Pas, Pas kata kat Umno, tapi tak la sampai nak lebih2.Umno dia gamak buat apa saja 'main' dengan hilang 5 negeri ni. Umno yang tak puas hati pun kata macam2 kat Mahathir, nak kira apa kalau MIC nak gantung selipar kat Tun.
Buat sementara waktu ni Tun janganla keluar rumah takut-takut kena baling kasut pulak dengan orang MIC yang jadi pembela kepada Samy Vellu.
Tambahan:
Hina sungguh nasib Tun Mahathir di penghujung usia dan di hujung2 nyawa ni ada orang nak kalungkan selipar buat potret beliau. Tak dinafikan ada buruk ada baik yang dilakukan Tun Mahathir, mungkin yang buruk Tun lakukan itu lalu nak dikalungkan selipar.
Isnin, 14 September 2009
PRK Bagan Pinang: Tak Kira Lagi BN Dah Dapat 4604 Undi!
Undi Pos bagi prk Bagan Pinang berjumlah 4604 dan pengundi biasa ialah 9060 orang. Jumlah semua 13664 pengundi semuanya-klik di sini
Masa tahun 2008 dulu calon Pas dapat 4097 undi dan calon BN dapat 6430 undi. BN menang dengan majoriti 2333 undi. BN menang tu atas undi pos yang boleh dikatakan seratus peratus pangkah BN. Lain la kalau undi pos di sekitar 40-50 orang saja, nasib BN belum tentu selamat di Bagan Pinang.
Bagan Pinang memang jadi kubu Umno sebab ada undi pos, tapi kalau undi pos dihapuskan nasib Umno-Bn akan jadi macam prk Manek Urai dan Prk Permatang Pasir. Jika semua tentera dan polis bersama rakyat beratur untuk mengundi baru tau nasib Umno jadi lagu mana. Sekarang Umno berasa' seronok' kerana mungkin boleh rasa menang selepas kena 7-0 dalam 7 prk yang diadakan.
Umno berada diposisi turun bukit tak payah kayuh gerek (basikal) di Bagan Pinang sebab sebelum kira lagi peti undi Umno dah dapat menang dengan undi pos 4604 undi. SPR pula kalau tempat tu kubu Umno bagi mengundi hari cuti. Penamaan calon pun hari cuti nampak sangat telinga SPR kena tarik dengan Umno!
Ahad, 13 September 2009
TGHA Sampaikan Tazkirah Di Masjid Al- Hidayah, Shah Alam
Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang telah sampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Al- Hidayah, Seksyen 18 Shah Alam malam ini. Ribuan manusia hadir mendengar kuliah beliau termasuk ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad. Dalam ucapan alu-aluan Khalid Samad menyatakan tahun ini seluruh masjid di Shah Alam meriah dengan kuliah-kuliah majlis ilmu tidak seperti tahun-tahun sebelumnya , menandakan kebangkitan umat Islam untuk mendaulatkan Islam di Bumi Selangor yang tercinta ini.
Sabtu, 12 September 2009
Siapa Pak Janggut?
Zulkifli Nordin dilihat cuba membela penduduk Islam yang tak puas hati dengan isu kuil tersebut. Biasalah perbezaan pendapat dalam satu-satu isu yang timbul. Pendapat orang tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Tapi, sapa dia yang dimaksudkan dengan 'Pak Janggut' dalam blog Zulkifli itu? Kenapa tak berani nak sebut nama? Adakah Zulkifli Nordin tau apa yang jadi dalam demo kepala lembu dan majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 dengan pihak kerajaan negeri daripada A sampai Z?
Muka Mana Yang Ugut Rogol Rodziah?
Aku teringin juga nak tengok muka mana yang kata 'Rodziah Pelacur' dan ugut mau rogol Rodziah tu. Tara mana orangnya nak rogol orang depan orang ramai. Kononnya yang hadir tu tak kira parti, ada Umno , Pas dan PKR. Jadi muka Umno ka, Pas ka atau PKR kah yang nak rogol Rodziah.
Jumaat, 11 September 2009
5 Ancaman Utama Kepada Umat Islam- Ann Wan Seng
Ann Wan Seng menjelaskan ada 5 ancaman besar yang dihadapi umat Islam:
1- Golongan Munafik yang kerjanya menjahanamkan umat Islam
2-Golongan yang fasik. Mereka tahu hukum-hakam agama tapi banyak melakukan dosa kecil dan besar kepada Allah Taala.
3-Golongan yang zalim .Mereka menzalimi umat Islam. Tidak menjadikan hukum Islam sebagai hukum tertinggi dalam pemerintahan.
4-Golongan yang murtad. Mereka keluar daripada agama Islam. Menganut agama Buddha, Hindu , Kristian dan menjadi orang yang tidak beragama (Atheis)
5-Orang- orang kafir yang memerangi islam (Kafir Harbi) seperti Yahudi dan Nasrani. Manakala kafir Zimmi adalah orang2 kafir yang tidak memerangi Islam. kita jangan memusuhi kafir Zimmi jadikan mereka sebagai kawan untuk berdakwah kepada mereka tentang kebenaran Islam.
Ann Wan Seng juga hairan kenapa anak-anak muda Melayu yang dilahirkan sebagai orang yang beragama Islam boleh terjebak dengan kumpulan 'blackmetal' yang memuja Syaitan, pijak Al-Quran dan kencing diatas al-Quran dalam majlis yang mereka adakan.
Beliau juga menjelaskan Islam telah datang ke negeri China sejak 1400 tahun yang lalu sedangkan Islam di Asia tenggara dan Nusantara hanya di sekitar 700 tahun yang lalu. Jadi siapa sebenarnya yang jadi 'muallaf'? Jumlah umat Islam di China 10 kali ganda daripada jumlah umat Islam di Malaysia.
Wallah hu a'lam
Siapa kata lembu bodoh?
Dalam demo kepala lembu depan SUK, Selangor, puak-puak yang terlibat demo tu kata tujuan bawa kepala lembu tu nak gambarkan tentang pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat yang bodoh dan dicucuk hidung oleh mereka yang bukan Melayu.
Ada pula yang berkata puak2 yang buat demo kepala lembu tu didakwa kerana Umno sedar akan kesilapan yang telah dibuat oleh anak-anak buah mereka itu dan boleh jejaskan kempen PRK di Bagan Pinang.
Begitu juga dengan isu berebut tarian 'Pendet' antara Indonesia dan Malaysia sampai nak sula2 tu dibesar-besarkan nak 'cover line' isu -isu politik tempatan yang banyak tidak memihak kepada Umno.
Khutbah Hasan Ali Di seksyen 24 Shah Alam
Jadikan ramadhan ini ramadhan yang terakhir, jadi kerjakan amalan puasa ini dengan sebaik mungkin.Jadikan puasa ini puasa yang diterima Allah. Setiap minggu Khatib memperingatkan kepada para jamaah supaya bertaqwa kepada Allah, tapi berapa ramai yang jadi insan yang betul-betul bertaqwa kepada Allah.Berapa ramai orang yang berpuasa tahan lapar dan dahaga tapi tidak tunaikan solat 5 waktu. Dalam dunia ini umat Melayu begitu bersungguh-sungguh berpuasa tapi jadi liat untuk tunaikan solat 5 waktu.
Walaupun puasa sudah masuk hari ke 21 tapi masih ada umat Islam belum buka walaupun sehelai Al-Quran, pegang pun tak ada apatah lagi untuk membacanya. Salah satu amalan mulia di bulan yang penuh keberkatan ini adalah membaca Al-Quran. Masih ramai lagi anak-anak tidak tahu baca Quran, begitu juga dengan ibu-ibu dan ayah-ayah mereka yang buta Al-Quran, malah mereka tidak berusaha untuk mempelajarinya dengan bersungguh.
Beliau juga menyeru supaya kita menjadi pembantu kepada agama Allah dalam menegakkan hukum-hukum Allah diatas mukabumi ini.Berapa banyak langkah kita untuk membantu agama Allah setiap hari. Sudah tentu lebih banyak langkah kita untuk urusan dunia, untuk urusan keluarga dan anak-anak, pejabat dan rakan2 untuk kita bersembang.
Marilah kita berqiyamullail di masjid2 di sepuluh terakhir Ramadhan untuk mendapat keampunan Allah dan dijauhkan daripada azab api neraka Allah. Kemana perginya anak-anak muda kita dimalam-malam bulan Ramadhan? Mengapa mereka tidak ke Masjid untuk tunaikan solat berjamaah? Mengapa mereka jauh daripada masjid?
Wallah hu a'lam
Dulu Berebut P. Ramlee Sekarang Berebut 'Pendet'
Rakyat Indonesia yang tak puas hati itu turut bakar bendera Malaysia dan baling telur ayam kemuruk(busuk) kepada kedutaan Malaysia. Takkan berebut tarian pun sanggup nak sula rakyat Malaysia dengan buluh runcing. Rakyat Indon yang cari makan kat Malaysia ni ada 1.8 juta orang , ni kira ada permit, yang tak ada permit pun 1 juta orang lebih, dok himpun duit kat Malaysia angkut bawa balik Indon, takkan sanggup nak sula rakyat Malaysia pasal berebut tarian 'Pendet' tu.
Dulu ada juga dok pertikai P. Ramlee tu beranak mana, Indon ka Malaysia ka?. Kalau pakat berebut nak buat Undang-Undang Islam ada juga logiknya. Ni berebut tarian, tak malu ka negeri yang ada ramai umat Islam pakat berebut tarian 'Pendet' ni?
Khamis, 10 September 2009
Umno Parti Islam?
Umno yang terkenal dengan parti assobiyah Melayu sejak 52 tahun lalu tiba-tiba saja dah jadi parti Islam, mungkin kerana perjuangan Melayu yang ada pada Umno sudah tidak laku lagi pada orang- orang Melayu sebab tu ditukar pada nama parti Islam.
Adakah layak Umno digelar parti Islam? Kalau setakat bagi bantuan kepada Felda dan para peneroka sudah boleh digelar parti Islam, bagaimana dengan parti2 lain yang terasnya , dasarnya bukan Islam tapi juga bagi bantuan kepada orang2 miskin tidak boleh digelar parti Islam? Adakah Umno yang menjunjung tinggi akta zalim ISA boleh digelar parti Islam? Apakah dalam perlembagaan Umno sudah dipinda dan mengatakan Quran, hadis , ijma' ulama dan qias sebagai rujukan Umno, ada ka semua tu dalam perlembagaan Umno?
Islam hanya sekadar agama rasmi disisi Perlembagaan Malaysia tak lebih daripada itu. Adakah pemimpin Umno pernah sebut "marilah kita semua kembali kepada undang-undang yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup?"
Khalid Samad membicarakan sikap Saidina Umar Al-Khatab
Rabu, 9 September 2009
"Cerita Lama."- Tok Guru Nik Aziz
1- Cerita rundingan Umno-Pas adalah cerita lama.
2-Kalau Umno betul2 ikhlas , Umno kena tukar dasar Kebangsaan kepada dasar Islam baru betul.
3-Mungkin ajakan umno itu sebab dekat dengan prk Bagan Pinang yang akan menyusul.
4- Kelantan dah 20 tahun dah berada di bawah dasar Islam dan ajar rakyat tinggalkan pak turut eropah kepada pak turut nabi.
5-Kalau nak bincang atau runding pasal royalti petroleum untuk Kelantan , Pas setuju runding, selain daripada itu tak ada rundingan lagi dengan Umno.
PM Najib mau runding tapi Muhyidin Yasin , Timbalan Presiden Umno suruh Tok guru Nik Aziz bertaubat kononnya TGNA kata 'ahli Umno Tak Masuk Syurga' yang diputar belit oleh media pro- Umno.
Selasa, 8 September 2009
Dakwa mereka yang ugut bunuh dan rogol
Bagaimana pula dengan orang yang bersikap kurang ajar dalam dialog antara penduduk seksyen 23 dengan pihak kerajaan negeri Selangor dalam isu pindah kuil? Adakah orang yang ugut mau bunuh Khalid Samad MP Shah Alam jika jijak kaki ke seksyen 23 tidak akan didakwa ? Adakah orang yang ugut nak rogol Rodziah Ismail (adun Batu Tiga) dan tuduh Rodziah pelacur tidak ditangkap dan didakwa?
Sepatutnya pihak polis menangkap mereka ini dan dilokap untuk disiasat kerana bersikap ala samseng. Mahukah orang Umno di seksyen 23 berketuakan orang yang mau bunuh orang jadi ketua mereka?
"Saya Tau Islam Tak Ajar Macam Ni"
Kata beliau-"Kenapa orang Melayu buat itu macam, pijak-pijak itu kepala lembu?" Ini macam 'Satu Malaysia' ka? Pakat duduk baik-baik la, lagi ha saya tau Islam tak ajar macam ni punya. Kita pun rasa tak seronok. Bukan kira kita rakyat bayar cukai punya tapi nanti sudah jadi gaduh semua orang susah."
Peguam Negara menyatakan pihaknya akan mendakwa pihak-pihak yang terlibat dengan demo pijak kepala lembu.Mereka akan dihadapkan kemuka pengadilan. Mereka juga akan didakwa terlibat dengan perhimpunan haram. Baguihla kalau betul jangan 'main wayang' sudahla.
Isnin, 7 September 2009
Adakah Tuhan Menyuruh Kita Memijak Kepala Lembu?
Aku baru saja habis mendengar majlis tazkirah Ramadhan yang menceritakan ciri-ciri munafik dalam Islam oleh seorang Ustaz di Masjid al-Falah untuk dikongsi bersama.Kata beliau siapakah itu orang munafik? Dengan memetik ayat Quran surah al-Baqarah ayat 8 yang menceritakan perihal orang munafik, Allah berfirman : "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat,"pada hal sebenarnya mereka tidak beriman.
Orang munafik itu bukannya terdiri daripada orang kafir, bukannya orang yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan lain -lain agama, tapi orang munafik itu berada bersama orang-orang Islam. Orang munafik itu Allah Taala tempatkan di neraka yang paling bawah dan berada di dasar neraka. Mereka menyembunyikan kemunafikkan mereka. Mulut mereka kata beriman tapi hati mereka tidak beriman kepada Allah.
Jelas ustaz tu lagi dalam Surah Al-Baqarah saja ada 13 ayat yang menceritakan perihal orang munafik. Orang munafik itu jika berkelahi atau bertekak melampaui batas (Taghut) tidak mahu bersandarkan hukum agama untuk selesaikan masalah. Orang munafik itu lagi bahaya daripada orang kafir!
"Mengapa kita menghina agama orang sedangkan agama lain tidak menghina agama kita. Kalau kita menghina Tuhan agama lain nescaya mereka tidak akan teragak-agak untuk menghina Tuhan kita (Allah). Adakah Allah menyuruh kita memijak kepala lembu, binatang yang halal di makan dan dalam masa yang sama lembu itu binatang yang dimuliakan oleh agama lain?"
Orang munafik itu menganggap orang yang beriman itu orang yang bodoh. Ustaz , ulama dan orang-orang yang berilmu bodoh, hanya mereka saja yang bijak pandai. Orang munafik itu bersifat talam dua muka, ketua munafik itu Allah gelarkan mereka sebagai Syaitan, mereka mendakwa mereka beriman kepada Allah, beriman kepada Al-Quran tetapi sebenarnya mereka berhukumkan hukum Taghut (hukum selain daripada Allah). Bila diajak kepada Al-Quran dan Hadis mereka enggan, mereka menolaknya.
Zaman Nabi Muhammad SAW mereka membina masjid untuk pecah belahkan umat Islam ( Abdullah bin Ubai) tapi nabi menyuruh diroboh saja masjid yang mereka bina.
Firman Allah-"Dan apabila dikatakan kepada mereka :"Berimanlah kamu sebagaimana orang2 itu beriman." mereka menjawab :"Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang2 bodoh itu?" Ketahuilah bahawa sesungguhnya merekalah orang2 yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahuinya (akan hakikat yang sebenar) Al- Baqarah ayat 13.
Walah hu a'lam.
Adakah orang yang kerjanya tarik kereta, maki hamun orang dalam majlis yang aman, tidak solat, mau bunuh orang ,mau rogol orang depan khalayak ramai, gelar wanita yang bersuami sebagai pelacur ,layak digelar pejuang Islam?
Ahad, 6 September 2009
Surat Terbuka Khalid Samad Kepada Penduduk Seksyen 23
“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.وسلام عليكم Ùˆ السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam
Di copy daripada tvantara.com
Siapa yang bagi lesen untuk bunuh dan rogol kepada samseng Umno Seksyen 23?
Malah pemimpin tertinggi Umno Najib dan Muhyidin Yasin langsung tidak menunjukkan rasa kesal atas kejadian yang memalukan dilakukan oleh anak buah mereka diperingkat bawahan. Najib seolah-olah merestui apa yang mereka lakukan.
Siapa yang bagi lesen untuk ugut bunuh dan rogol orang kepada samseng Umno dalam sesi perjumpaan antara penduduk seksyen 23 dan pihak kerajaan negeri Selangor? Kenapa mereka begitu berani? Kenapa pihak polis mendiamkan diri atas ugutan bunuh kepada Khalid Samad (MP Shah Alam )? Kenapa pihak polis diamkan diri apabila samseng Umno ugut nak rogol Rodziah Ismail ?(adun Batu Tiga). Kenapa mereka begitu berani berkata begini:
"Rodziah pelacur"
"Rodziah saya akan rogol kamu."
"Bodoh punya MB."
" Haji Khalid Samad kau duduk, kau belum kenal aku siapa. Selepas ini kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak kau mati! Ini kawasan majoriti Melayu."
Tv3 dengan bangga menunjukkan 'keberanian dan kejantanan' orang umno untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor atas insiden tersebut tanpa menyentuh sikit pun sikap buruk perangai orang Umno dalam insiden itu.
Sabtu, 5 September 2009
Wah! Senangnya Nak Bunuh Orang !
Segelintir orang Umno dalam sesi dialog itu memaki hamun dan tuduh pemimpin yang tidak menyokong Umno sebagai pengkhianat agama dan merekalah pembela agama , bangsa dan tanah air. Mereka tidak mahu kuil dan dalam masa yang sama jadi kaki yang bangsat terhadap agama Islam sendiri. Mereka berpuasa , tu pun kalau berpuasa tapi syaitan yang dirantai dalam bulan Ramadhan ini berada dikeliling pinggang mereka, turut bergembira dengan apa yang mereka jerit dan tuduh orang lain sebagai pengkhianat agama.
Ketua penaja umno seksyen 23 , Adzmir Mohd Zain itu dalam sesi dailog ugut mau bunuh orang (Khalid Samad) jika jijak kaki ke seksyen 23, wah hebat betul si pengugut ini (harakahdaily), macam Samseng Kampung Dusun saja lagaknya. Mungkin beliau ingat bunuh orang macam sesenang potong kepala lembu saja letak dan pijak depan pintu pagar SUK Selangor! Bulan puasa pun boleh ugut mau bunuh orang ka?
Berani Ketua Penaja umno tu ugut sesiapa yang murtadkan anak Melayu aku bunuh! Berani, berani ka kata macam tu? Berani kata jika orang bukan Melayu buntingkan anak Melayu aku bunuh! Berani, berani kata macam tu? Berani kata jika ada orang Melayu ngaku jadi Nabi akhir zaman aku bunuh! Berani , berani kata macam tu?
Isu Pindah Kuil: buruknya perangai dan biadabnya mereka
Sesi dialog antara penduduk Seksyen 23 , Shah Alam dengan pihak kerajaan negeri berlangsung dalam suasana yang panas dan amat memalukan bagi pencinta akhlak dan orang yang beragama Islam. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, MB Selangor, Tan Sri Khalid dan adun Batu Tiga, Rodziah Ismail mewakili kerajaan negeri untuk berdialog dengan penduduk Seksyen 23 yang rata-ratanya orang Melayu.
Aku bertanya kepada salah seorang yang hadir dalam majlis tersebut betulkah apa yang dilaporkan malaysiakini dan mStar Online tentang apa yang berlaku dalam majlis tersebut. Beliau mengaku , ya memang benar ! mereka mengeboo dan keluar kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada mulut orang Melayu yang Islam terhadap pemimpin kerajaan negeri.
Mereka hanya hormat dan taat pada pemimpin Umno saja , kepada orang lain hanya layak dikutuk dan dihina, tak layak dapat penghormatan dan bernada sopan.Buruknya perangai orang Melayu yang ngaku pejuang bangsa, tak reti nak bersopan dalam majlis untuk selesaikan masalah. Kata salah seorang yang hadir dalam majlis tersebut-"Itulah perangai orang Umno, tak beradab dan biadap, amat mentah dalam berbahasa, hanya orang yang tak beradab saja menyokong Umno."
Menteri Besar yang kena booo itu bukan MB untuk Pakatan Rakyat saja, tapi ia adalah MB untuk seluruh rakyat Selangor yang dapat perkenan Sultan Selangor. Ini orang Umno kena terima hakikat, takkan tu pun nak kena cakap.Aku ingat puak2 ni kalau depan Khir Toyo menggeletar ketakutan, minta untuk dikasihani atau sanggup jilat air liur Khir Toyo kerana sopannya mereka kepada pemimpin Umno. Inilah yang dikatakan bodoh tapi sombong pula untuk menerima pendapat dan penerangan yang diberikan. Perangai mereka lagi teruk daripada kepala lembu yang mereka heret dan pijak itu.
Bukan semua yang hadir dalam sesi dialog isu pindah kuil itu berperangai macam orang hilang akal dalam bulan puasa ini.Turut hadir ialah Ketua Penaja Umno Seksyen 23.
Jumaat, 4 September 2009
Siapa Yang Bodoh Macam Lembu?
Yang demo kepala lembu kata tujuan bawa kepala lembu itu nak bagi tau bahawa pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat dah dicucuk hidung, macam lembu kena cucuk hidung dengan kaum lain.Mereka kononnya tak ada niat nak hina agama lain.
Masalahnya sekarang akibat perbuatan heret kepala lembu berdarah itu siapa yang menanggung akibatnya?Sekarang pemimpin kaum yang agungkan kepala lembu pula tuduh menghina agama mereka apabila kepala lembu yang masih berdarah itu dipijak-pijak depan orang ramai hingga timbul rasa tidak senang kaum lain.
Kita begitu marah apabila Nabi Muhammad SAW dilukis dalam bentuk kartun , dan ribuan umat Islam telah mengadakan demontrasi depan Kedutaan Denmark beberapa tahun lalu membantah negara Denmark yang menghina Nabi kita.
Siapa yang 'telah di lembukan' dalam isu demo kepala lembu? Siapa yang bodoh macam lembu?
PRK Lagi
Khamis, 3 September 2009
Kami Tak Mau Kuil Dan Kami Menentang Demo Kepala Lembu
Aku bertanya kepada Pengerusi Surau Seksyen 23 apa pendapat beliau tentang rancangan pemindahan kuil ke tapak baru di seksyen 23. Kata Ustaz tu- " Kami tidak setuju dengan perpindahan kuil itu ke seksyen 23 ini kerana berdekatan dengan Surau kami. Kami juga tidak setuju dengan demo haram yang mengheret kepala lembu ke pintu pagar Bangunan SUK Selangor. Ini bertentangan dengan ajaran Islam apabila kita menghina agama orang lain. Kami juga telah buat bantahan kepada MB Selangor dan juga adakan pertemuan dengan Sami Hindu untuk nyatakan pendirian kami."
Ustaz itu juga menjelaskan hanya 7-8 orang saja penduduk Seksyen 23 yang sertai demo kepala lembu , selebihnya orang luar. Orang luar itu sudah dikenal pasti ialah adik kepada orang kuat Umno Shah Alam. Dulu mereka ni adalah pemaju ataupun kontraktor yang buat projek perumahan di Seksyen 23. Orang Shah alam semua tahu siapa yang buat projek perumahan di Seksyen 23.
Kata Ustaz tu lagi akhir perbualan "Pengkhianat Bangsa Masuk Syurga, Pengkhianat Agama Masuk Neraka' dalam maksudnya itu
Polis dan Penjara Mana Nak Sumbat Ganesan dan Hee
Ganesan dijatuh hukum denda Rm500,000 dan penjara 6 bulan kerana didapati bersalah kerana engkar perintah Speaker , V. Sivakumar supaya keluar daripada dewan semasa sidang dun Mei lalu. Duduk di meja BN dalam siadang dun dan arah polis alih Sivakumar daripada meja Speaker
Hee Yit Foong pula yang istihar diri jadi adun bebas yang juga Timbalan speaker bersalah kerana ambil alih jawatan Speaker dan benarkan adun2 BN undi untuk pilih Ganesan sebagai Speaker.Nampaknya sekarang Pakatan Rakyat kena buat polis dan penjara sendiri sekiranya polis hanya memihak kepada Umno-Bn
Rabu, 2 September 2009
RON Tu Rosmah Najib..
Aku pun tarik 'pump' yang dilabel RON 95 dan meter minyak ditulis RM 1.80 perliter, sah aku tak salah. Dulu aku isi minyak RON 97 tapi pada harga RM 1.80 tapi sekarang minyak tu dah jadi RM2.05 perliter. Katanya minyak RON 97 tu untuk kereta berkuasa tinggi, habis dulu semua rakyat pakai minyak RON 97 tak kan semua kereta rakyat berkuasa tinggi, sekarang kerajaan cakap ada kuasa tinggi ada kuasa rendah. Dulu minyak RON 92 yang minyaknya berwarna merah tu taukeh mesin rumput saja yang pakai , tapi sekarang minyak tu dah tak dikeluarkan lagi.
Ada orang kata RON tu maknanya Rosmah Najib 95 dan Rosmah Najib 97...
Satu Malaysia Sama Dengan Piagam Madinah?
Apakah tahan orang tanpa bicara (ISA) itu ada dalam Piagam Madinah?Apakah keadilan yang diuar-uarkan dalam konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan itu yang mencekik ekonomi rakyat bawahan, menyempitkan ruang demokrasi, tidak benarkan perhimpunan secara aman, menangkap rakyat yang suarakan ketidak adilan dalam sistem perundangan negara, bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan aman boleh disamakan dengan Piagam Madinah?
Orang-orang Umno mungkin percaya cakap PM Najib itu tapi orang lain akan fikir banyak kali untuk mempercayainya bulat2.
Dulu Bawah Pokok Sekarang Dalam Hotel
Setelah adun2 Pakatan Rakyat gagal untuk masuk bersidang dalam Dun Perak di Bangunan SUK Perak mereka telah mengadakan sidang dun dalam dewan Hotel Heritage, Ipoh. Gambar di atas daripada malaysiakini.
Dulu pada 3 mac 2009 adun2 Pakatan Rakyat telah bersidang di bawah pokok berhadapan Bangunan SUK, tapi pokok itu pun dikawal ketat polis kali ini. Dalam sidang dun di hotel tersebut Speaker V. Sivakumar telah buat keputusan jatuhkan hukum penjara 6 bulan dan denda kepada Speaker yang tidak sah R. Ganesan. Beliau turut menghukum Timbalan Speaker yang cabut lari daripada Pakatan dan istihar bebas tapi sokong BN iaitu Hee Yit Foong.
Krisis di Perak ini tak kan selesai sampai bila2 selagi dun Perak tidak dibubarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Daripada apa yang dilihat adun2 Pakatan telah buat persediaan untuk bersidang di Hotel Heritage itu kerana mereka sendiri telah menjangka tindakan polis dan FRU yang akan menyekat mereka untuk masuk Bangunan SUK Perak untuk bersidang.
Apakah sidang DUN di hotel tersebut sah atau sebaliknya? Apakah sidang DUN jika dibuat oleh adun2 BN di Bangunan SUK sah?Kenapa pihak polis tidak biarkan saja mereka masuk bersidang dalam Bangunan SUK, selepas ini polis boleh bagi pula kepada adun -adun BN pula untuk bersidang. Biarkan mereka silih berganti bersidang hingga dun perak bubar atau sampai pru-13 akan datang!
Selasa, 1 September 2009
Ramadhan: Bulan Ibadah Atau Bulan juadah
Jangan jadikan Masjid macam 'taman rekreasi' yang orang tidak hadir setiap hari. Jadikan Masjid macam rumah kita, pergi manapun kita ingat masjid, ingat mau solat berjamah di masjid bukan sekadar bulan ramadhan kita masuk masjid tapi lain2 bulan penuhkankan lah masjid untuk solat berjamaah disamping mendengar majlis ilmu.
Kenapa Allah letakkan Lailatuqadar itu di sepuluh terakhir ramadhan dan tidak disepuluh pertama ramdhan dimana manusia ramai ke masjid? sekarang ni pun walaupun di sepuluh pertama ramdhan bilangannya yang hadir ke masjid dah nampak berkurang , kenapa jadi demikian? Kalau kerana Allah sudah tentu masjid akan dipenuhi daripada awal ramadhan hingga akhir ramadhan dan di lain-lain bulan.
Wallh hu a'lam
Talian Hayat SPR Selamatkan ADUN Kota Siputih
"Ya ini hadiah kepada saya, hadiah kepada bulan Ramadhan ini, bukan sahaja kepada saya tetapi buat semua penduduk kawasan saya."-kata Abu hasan-mstar Online.
"Hadiah kerana ia tidakmenyusahkan sesiapa, tidak perlu diadakan pilihanraya kecil. Kalau diadakan prk ia akan menyusahkan semua orang."-kata Abu hasan- mstar Online.
Adun tersebut yang tidak hadir mensyuarat dua kali tanpa kebenaran Speaker tentu tarik nafas lega , kalau diadakan prk nasib beliau belum tentu akan terjamin kekal sebagai wakil rakyat lagi. Aku merasa meluat dengan sesetengah adun , tak kiralah dari Pakatan Rakyat ataupun Umno-Bn sendiri seperti Adun Pelabuhan Kelang, Badrul hisyam (PKR) yang langsung tak jijak kaki dalam sidang Dun Negeri Selangor yang juga jadi bualan ramai di Selangor.
Adun-adun yang macam ini memang layak letak jawatan dan bagi peluang kepada muka baru untuk gantikan mereka yang liat dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat kawasan yang mereka wakili. Mereka menjadi 'sampah' saja kepada rakyat di kawasan mereka.
Kegembiraan Adun Siputeh itu kerana mungkin masih laparkan wang rakyat yang disapunya setiap bulan tanpa memikirkan nasib rakyat di kawasan beliau.Tak payah la nak seronok walaupun dah 4 penggal jadi wakil rakyat Siputeh tapi hanya jadi 'hampas' saja yang tak ada gunanya. Abu hasan yang menang dengan majoriti 495 undi saja kalahkan calon Pas, Ismail wan Teh yang dapat 7665 undi mungkin kecut perut jika ada prk di dun Siputeh. Rakyat Siputeh mungkin akan 'ajar' Abu Hasan yang tak pedulikan nasib rakyat jika prk diadakan.