Khamis, 10 Mac 2011

Orang Muda sokong PR hanya dongeng?

Pengasas Zentrum Future Prof Madya Dr Abu Hasan Abdullah Hasbullah yang selalu jadi 'rujukan' Pas setiap kali ada isu berkaitan Pas mengulas kekalahan Pas di prk Merlimau dan Kerdau dalam Harakah keluaran terbaru dalam ruangan Fikrah muka 2 ketika ditanya ;

Apakah perkembangan ini memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan Pas dalam PRU 13 nanti?
Beliau menjawab, "Tentulah kekalahan Pas dan PR dalam prk ini akan akan memberi kesan terhadap kepercayaan politik masa depan. Masyarakat tidak akan bertindak hanya ingin bertindak,tetapi masyarakat bertindak kerana ada faktor-faktor yang mendorong mereka bertindak.

PR atau Pas hendaklah mengakui mereka berada di situasi dan potensi yang lemah.Yang melemah.Tidak boleh bergantung kepada dongeng bahawa golongan muda , profesional menyokong mereka .Atas dasar apa mereka akan sokong?

Seperti perbandingan kenapa masyarakat terus memilih untuk terus membeli baju lusuh dan bundle kerana baju lusuh bundle adalah memiliki jenama, sudah teruji kekuatan dan kebolehannya; sekiranya PR beranggapan mereka menawarkan baju baru meski tak berjenama maka hendaklah mempunyai tawaran fesyen , kualiti benang, jahitan, reka bentuk yang lebih baik dari baju lusuh bundle yang berjenama."-Harakah edisi cetak bilangan 1621.

PR ada buku Jingga yang menawarkan bermacam-macam kebaikan untuk rakyat tapi adakah buku tersebut sampai kepada sasaran seperti orang kampung dan Melayu Felda ?Makcik Felda tak baca Blog, media baru yang depa baca Utusan Malaysia, tengok berita Tv3 , RTM dan hiburan.Media -media ini pulak sekarang pagi petang siang malam menjalankan kerja-kerja propaganda bahawa tiada yang terbaik selain Umno-BN.Orang kampung rasa seronok harga getah mahal, kelapa sawit mahal..ini yang mereka fikirkan.

Pada pilhanraya tahun 1999 orang Melayu bangun tolak Umno dalam pilihanraya umum sementara orang Cina dan India jadi aset Bn untuk terus kekal berkuasa.PRU 12 orang Cina dan India pulak terbalik sokong PR dan BN hilang 5 negeri.

Umno pulak jadikan isu 'Pas alat DAP' dan menyerang habis-habisan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selepas pru 12 sebagai senjata utama supaya orang Melayu percaya dengan apa yang difitnah Umno untuk kembali merebut 5 negeri yang hilang selepas pru 12 yang lalu.Isu ini dimainkan habis-habisan dalam prk Merlimau dan Kerdau yang lalu.

Cakaplah sampai berbuih mulut pun bahawa saham orang Melayu dan Bumiputera hilang dan lesap RM52 bilion , tanah rezab Melayu hanya tinggal sekangkang kera, barang naik harga, petrol naik harga, saman ekor tekan rakyat tak masuk lubang telinga yang mereka percaya ialah 'Pas alat Dap'! Kalau kita kata Umno alat MCA buruk-burukkan Hukum Islam itu tak penting yang penting ialah 'Pas alat DAP'...Umno-MCA hina Islam, hukum Islam orang Melayu tak marah tapi orang Melayu kena tipu dengan Umno hanya bila Umno kata 'Pas alat Dap'.Bagi orang Melayu Umno semua OK.Pemimpin Umno hina ulama besar Islam Yusof al-Qardhawi pun tak pa janji pangkah Umno.

Apa pun pola pengundian kawasan luarbandar dan bandar tak sama.

Baca juga;
Buku Mahathir cabar imej Anwar, PR hadapi 'perang persepsi'-TMI
Kerjasama Pas-DAP satu penjelasan-Harakahdaily
Nik Aziz,Farahana dan Ayah Pin-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. mana ada harga getah mahal orang kampong dah merugut dah getah dah turun harga .masa hujan harge melambong bagai nak meletop malaysia .bila hari panas sendiri fikir la.....

    BalasPadam
  2. mari kita ramai ramai tukar kerajaan baru pada pru nanti

    BalasPadam
  3. Kerajaan baru lagi bahaya...nanti kita kena hentam depan belakang...tak rela you....

    BalasPadam