Jumaat, 25 Mac 2011

Pengedar CD lucah rasa lega, kenapa polis tak reman Datuk T?

Peniaga dan pengedar CD lucah mungkin 'berasa lega' dengan kata-kata perangsang Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz yang dilaporkan Malaysiakini sebagai berikut;

Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

azlan“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

“Tetapi kita semua tahu beliau tidak ada niat untuk melaporkan (perkara itu) kepada polis dan mendapatkan editor sebagai saksi... tetapi itu bukan perkara pokok.

“Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu).”Baca di sini.

Tu satu bab bagaimana pula dengan layanan pihak polis terhadap tiga Datuk T yang menyimpan dan menayangkan video lucah? Adakah mereka tidak bersalah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah?Kenapa mereka tidak direman?

Kita sekarang hanya didendangkan tentang siapa pelakon dan pemain dalam video lucah berkenaan tapi Tiga Datuk T terselamat daripada dakwaan memiliki dan menyimpan bahan lucah malah boleh menayangkan video lucah di pawagam hebat Hotek Carcosa Seri Negara.Apa yang polis siasat Rahim Thamby Chik dan Eskay berkaitan video lucah tersebut?

Kata Datuk Eskay semasa sidang akhbar mengaku dalang tayang video lucah tu,"Saya dalam video itu".

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.-Malaysiakini.

Apa peranan Datuk eskay dalam video tu?Apa pun tiga Datuk T dapat layanan baik pihak polis walaupun mereka mengaku simpan dan tayang video lucah!

Baca juga;
Rahim di soal siasat 5 jam , video seks diserah Bukit Aman-TMI
Rakaman asal video seks, jam, tangan diserah pada polis-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan