Rabu, 16 Mac 2011

Kuku besi tu adik beradik kepada cabul hak asasi

PM Najib nafi kata Malaysia yang diperintah BN sebagai sebuah negara kuku besi.Bagaimanapun laporan antarabangsa mengatakan Malaysia cabul hak asasi manusia.

Kebanyakkan demontrasi anjuran parti-parti pembangkang semuanya diakhiri dengan tangkapan, kena pukul dan kena maki hamun dengan pihak polis.

Para demontrasi bukan bawa sebarang senjata hanya berkumpul suarakan ketidak puasan mereka terhadap pemerintah tu pun kepung dan tangkap. Contoh demo air Selangor bukan demo lawan kerajaan BN tapi demo untuk pertahankan air Selangor untuk rakyat Selangor tu pun tangkap,tembak gas pemedih mata , bom asap dan water cannon.Ini memang kerja gila pemerintah yang hilang akal bila berdepan dengan demontrasi rakyat.Kerajaan BN memang kaki cabul dan rogol hak asasi di Malaysia.

CHRI:Malaysia cabul hak asasi manusia-Malayiskini

Menurut kumpulan Insiatif Hak Asasi Komanwel (CHRI), Malaysia bukan sahaja meneruskan undang-undang kuku besi tetapi gagal mempertahankan hak kumpulan tertindas yang dijanji negara ketika dilantik ke majlis PBB pada 2006.

"Di sebalik ikrar Malaysia bagi menyokong tindakan antarabangsa bagi memperjuangkan hak mereka yang tertindas termasuk kanak-kanak, pelarian, pencari suaka politik, pendatang asing sama ada sah ataupun tidak, - golongan itu terus merana manakala perkahwinan kanak-kanak pula berlarutan,” petik laporan itu.Baca semua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan