Rabu, 23 Mac 2011

Tentera Bersekutu Tentera Pembunuh Rakyat Libya

'Ambil balik anugerah nobel daripada Obama'-Berita Harian Online

Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa anugerah Nobel Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditarik balik kerana menyifatkan keputusan pemimpin itu melancarkan serangan tentera terhadap Libya menunjukkan beliau tidak layak mendapat anugerah itu.

“Dua tahun lalu, kita mendengar bahawa Presiden Obama memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi adakah beliau mempertahankan keamanan dunia sekarang, atau tidakkah beliau yang mencetuskan keganasan?” kata Morales kepada pemberita.

Ulasan dibuat beberapa hari selepas Obama mengarahkan pengeboman mensasarkan tentera Libya sebagai usaha yang disokong PBB untuk melindungi penduduk awam.

“Bagaimana mungkin untuk memberi anugerah Nobel Keamanan kepada seseorang yang melancarkan serangan, pengeboman? Ia satu pencabulan, serangan, pencerobohan,” kata Morales, pemimpin Latin Amerika berhaluan kiri yang lantang mengkritik Amerika Syarikat.

“Obama adalah ketua kumpulan yang mengetuai serangan dan pencerobohan, dan tidak ada kena mengena dengan mempertahankan hak asasi manusia,” katanya.
Obama menerima anugerah berkenaan pada Disember 2009 kurang setahun selepas dilantik sebagai presiden Amerika.

Dalam ucapan beliau di Oslo, Obama merujuk dirinya sebagai ketua komander sebuah negara yang berada di tengah-tengah dua perang dan menyifatkan konflik bersenjata adalah tepat pada masanya.
Obama menghadiahkan AS$1.4 juta (RM4.2 juta) hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada 10 badan kebajikan termasuk kumpulan yang bekerja bagi pemulihan Haiti dan menyokong keluarga tentera. – AFP.

Amerika Syarikat polis dunia..semua negara nak dikawalnya.Tentera bersekutu membunuh rakyat Libya dengan mendapat lesen daripada PBB yang jadi kuda tunggangan Amerika Syarikat.Diktator Gaddafi mahu terus berkuasa walaupun rakyatnya terus menerus menentang beliau.Yang rugi umat Islam Libya yang jadi mangsa pembunuhan kejam pemerintah dan Tentera Pembunuh Bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat.

PENDUDUK Benghazi meninjau keadaan pesawat F-15E Amerika yang terhempas semalam tetapi juruterbangnya selamat.
PENDUDUK Benghazi meninjau keadaan pesawat F-15E Amerika yang terhempas semalam tetapi juruterbangnya selamat.

Berkaitan;
Turkey block no fly zone role for Nato-aljazeera
Anti aircraft fire erupts in Tripoli-aljazeera
AS mahu Gaddafi lepas kuasa-Beritaharian online
Defiant Gaddafi pledges victory-BBC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan