Isnin, 7 Mac 2011

Pas: Bersiap sedia angkat bungkuih

Keputusan prk Kerdau dan Merlimau seperti dijangka Umno-Bn menang.Menang pulak dengan majoriti lebih besar dan bergaya.Ini yang lebih menakutkan Pas dan juga PR.Takat Umno-BN menang saja tu tak jadi hal yang jadi hal bila Umno-BN menang besar yang bisa menyebabkan pemimpin Pas tidur tak lena makan tak lalu.

Setakat nak kata 'ini pilhanraya kecil bukan petunjuk pru 13', 'kita akan terus berjuang', 'kita berlawan bukan setakat lawan Umno tapi lawan jentera kerajaan' , 'Perang Badar kita menang, perang Uhud kita kalah'dan macam-macam lagilah tu rasa dah lama dengar dan basi!

Ketika semua pemimpin Umno dan BN berkubu di Kerdau dan Merlimau walaupun ini kubu kuat BN kalau tak buat kerja kuat pun boleh menang,di mana ahli-ahli parlimen dan adun Pas berada..bukan semua..yang tak turun langsung pun ada dok sibuk jaga kawasan sendiri , sibuk dengan kuliah sana-sini di luar kawasan sendiri sebab dapat duit bersampul, sampai langsung tak turun ke prk Kerdau dan Merlimau.Mereka mengharapkan kemenangan daripada jauh mai buat kerja tak mau lepas tu dok berdoa kepada Allah SWT nak bagi menang.

Depa sibuk nak merayakan sambutan 3 tahun PR perintah negeri depa menang.Kalau Tok Guru Nik Aziz yang uzur dan bertongkat, begitu juga dengan Presiden Pas boleh turun berkempen di Kerdau dan Merlimau masih ada ahli parlimen Pas dan adun Pas di seluruh Malaysia dok seronok dengan kemenangan pru 12 yang lalu.Periuk nasi ahli parlimen dan adun Pas kalau dok seminggu pun berkampung di Kerdau dan Merlimau tak terjejas sebab elaun yang mereka dapat tak berkurang tiap bulan, jangan hanya serahkan bulat-bulat kerja pilihanraya kepada ahli parti tapi muka-muka yang bergelar wakil rakyat tak turun ke prk hanya bagi ulasan daripada jauh saja!

Begitu juga hanya ramai yang suka tanya, "Apa macam kita boleh menang ka?". Tapi turun ke prk Kerdau dan Merlimau , jenguk muka pun tak dak..tanya ja lebih! Banyak yang datang melancong ke prk daripada yang datang buat kerja!

Mungkin Pas ingat prk ini sebagai pemanas badan atau 'warm up' saja tak perlu perabih tenaga tapi dah 'warm up' banyak kali dah di Manek Urai, Bagan Pinang, Galas, Tenang dan kini di Merlimau dan Kerdau tapi hasilnya membahayakan kedudukan Pas dalam politik negara untuk menuju ke Putrajaya.

Umno-Bn masuk pilihanraya kalau tak bagi rasuah pembangunan, guna samseng , ugut pengundi,sebar risalah fitnah dan buruk-burukkan calon parti lawan tu bukan Umno namanya. Ini dah lumrah dan sebati dengan Umno dulu , kini dan selamanya.Semua orang tahu ini lah Umno , tapi bagaimana pulak dengan peningkatan undi bukan Melayu dan orang Melayu sendiri beralih sokong Umno-Bn di Kerdau dan Merlimau?

Jawatan Pengarah Pilihanraya Pas pusat mesti ditukar kepada orang lain.Dah kalah banyak kali tapi tak mau letak jawatan.Jangan ketegaq sangat pru 13 dah dekat.Kelab bolasepak dunia pun kalau coach tak bagus kena pecat atau letak jawatan berapa kali nak cakap.

Ahli-ahli Parlimen Pas, adun Pas kena bersiap sedia angkat bungkuih (beg) keluar daripada jawatan yang mereka pegang jika masih seronok dengan keputusan pru 12 , 2008. Imej di bawah dicopy daripada Themalaysianinsider.

Berkaitan;
Keputusan 2-0;BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk-Themalaysianinsider
Walaupun kalah, Pas tetap opitimis-harakahdaily
BN menang besar di Merlimau , Kerdau-Malaysiakini
Rasmi:Bn kekalkan Kerdau , Merlimau majoriti besar-Themalaysianinsider
Majoriti besar BN tanda kejatuhan Pas, dakwa Muhyiddin-Themalaysianinsider
Kerdau pilihanraya 'paling melampau' kata Tuan Ibrahim-Malaysiakini

4 ulasan:

  1. salam...
    nampak gayanya PAS khususnya dan Parti Pakatan Rakyat umumnya perlu dan wajib mengatur strategi agar PRU 13 ni kt xkecundang...ahli2 parti perlu bekerja keras membantu pimpinan mereka dan bukannya mngutuk di belakang sekiranya ada yg diminta tidak dipedulikan...kerja berjuangkrn Allah..mgkin kemennagan ini satu ujian kpd parti yg menang bhw bkn mudah utk menawan dan terus mnawan hati...apa yg perlu dilakukan usaha dan bertawakal krn hanya Allah shj yg membenarkan semuanya terjadi..jika kt bkerja keras tpi Allah xizinkan kemenangan tersebut..jgnlah kt berputus asa krn pasti ada hikmah disebaliknya..tahniah diucapkan kpd petugas2 parti di Merlimau dan Kerdau..krn tidak berputus asa berjuang walaupun stiap prk kt kalah tpi ingatlah Allah sentiasa bersama org2 yg bersabar...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Mai time pilihanraya, hgpa berjuang di atas keredhaan Allah s.w.t. Tapi bila hgpa dah menang, hgpa perintah di atas keredhaan manusia....

    Kedah pada pendapat aku tak lama mana.... Hgpa lantik MB yg duk rasa syok sendiri. Pentadbiran yg penuh dgn hipokrasi..

    BalasPadam
  3. Selagi para adun dan mp pas yg ada pangkat ustaz macam kerbau kenyang tengah bendang, tunggulah masa untuk mengenal langit tinggi atau rendah. hangpa semua dah ada elaun pencen adun dan mp yg caboknya masuk pas lepas pencen lepas tu jadi adun dan mp dengan perubahan undi Cina. Dah menang, batang hidung pun tak nampak untuk menjenguk ahli pas yg bekerja siang malam dok lawan gerombolan (hulur pun tarak). Jenis ni semua elok join dengan ustaz2 gerombolan yg berselerak dengan hubbun dunya.

    MASTER G

    BalasPadam
  4. Ustaz Azizan pun dah tukar kereta Merc 350 dah wei...

    Yusof Husin pun bergaya dgn CRV..

    Yb Amirudin pun dah menikah sorang lagi...kasi semangat kat awang dik dia...

    BalasPadam