Rabu, 23 Mac 2011

"Undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin..itu semua boleh dipadam"

Cuba kita baca berita fail ini pada khamis 1April 2010-mstar/Bernama lepas tu cuba tengok pengakuan 3T yang jadi penyerang Umno yang sumbat gol sendiri dan sepak bola ke muka Najib,Muhyiddin, Hishamuddin,Nazri dan yang seangkatan dengannya.

Video Lucah :75 jenis perkhidmatan sms tahun lepas digantung

Tujuh puluh lima jenis perkhidmatan SMS digantung sepanjang tahun lepas kerana didapati menghantar mesej yang tidak bermoral termasuk video lucah, dengan satu kes dibawa ke mahkamah.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie berkata kesemua perkhidmatan itu menggunakan 42 kod ringkas oleh 15 penyedia perkhidmatan SMS.

"Sepanjang tahun 2009, bilangan kes yang disiasat atas aduan ini ialah 66 kes," katanya ketika menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Firdaus dalam soalannya meminta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi membanteras SMS menawarkan video lucah yang makin berleluasa kebelakangan ini.

Heng berkata tindakan menyalur, menghebah dan menerima video lucah adalah salah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau berkata antara langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras SMS yang menawarkan video lucah ialah dengan menubuhkan Biro Aduan SKMM, yang merupakan pusat untuk menerima semua jenis aduan.

"Di samping itu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)juga telah ditubuh di bawah Seksyen 212 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai suatu badan kawal selia industri di bawah SKMM bagi menyelia kandungan yang disebarkan oleh media-media elektronik berangkai," katanya.

Menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang ingin tahu jika individu yang menerima SMS sedemikian boleh memajukannya terus kepada SKMM bersama nombor penghantar SMS itu, Heng berkata ia boleh dilakukan dan SKMM akan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya. - BERNAMA

Lepas tu sila tengok video ini.Masih ingatkah anda dengan pita video lucah Vijandran Timbalan Speker Dewan Rakyat? Baca di sini.

Seperti yang selalu saya kata jika Umno anggap Pas,PKR dan Dap sebagai parti yang tak berguna ..Umno 100 kali ganda daripada tu lebih jijik malah lebih busuk daripada segala yang busuk daripada bangkai anjing dan babi.Kita rakyat tida pilihan terpaksa sokong parti yang tak seteruk Umno dan rakannya dalam pru 13.

Baca juga ;
Video seks:Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno-TMI
Video seks:Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau-Utusan
Video seks:Polis mulakan sisatan , pengamal media dipanggil-Utusan
Shazryl Eskay (kiri) - lelaki misteri “Datuk T” bersama Abdul Rahim Tamby Chik pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini. — Foto oleh Choo Choy May Shazryl Eskay (kiri) - lelaki misteri “Datuk T” bersama Abdul Rahim Tamby Chik pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini. — Foto oleh Choo Choy May-Themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan