Selasa, 22 Mac 2011

Rogol: Bekas Presiden Israel Dipenjara 7 Tahun

Ini kejadian yang berlaku di negara haram Yahudi Laknatullah yang setiap hari bunuh orang Palestine yang juga ada Apco yang bersahabat dengan kerajaan Umno-BN.

Bekas Presiden Israel Moshe Katsav(gambar) didapati bersalah oleh mahkamah Israel dalam kes rogol dan dijatuhkan 7 tahun penjara.Pertamakali berlaku dalam sejarah negara haram Israel di mana bekas seorang presiden Israel dihukum penjara kerana merogol.Kejadian rogol dikatakan berlaku sekitar tahun 1998 semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelancongan dan sekitar tahun 2003-2005 lakukan gangguan seksual ke atas dua wanita semasa jadi Presiden Israel.Katsav letak jawatan sebagai presiden Israel pada tahun 2007.

Mangsa rogol memberitahu mahkamah kejadian pertama berlaku di pejabat Menteri Pelancongan dan yang keduanya di hotel Jerusalem.Baca di sini.

Negara kita ada bekas menteri didakwa raba punggung wanita tapi tak kena apa-apa tindakan, bebas melancong ke luar negara.Negara kita ada kes bekas Ketua Menteri terlibat kegiatan seks tapi terselamat hingga kini.Isu bunuh wanita Monggolia model cantik manis yang juga dipanggil manja dengan nama 'Aminah' dibom hingga berkecai tapi masih ada yang dakwa siapa pembunuh sebenar Altantuya?Ada yang kata ada Menteri rogol amah tapi ini katanya tidak benar .Macam-macam ada semua terselamat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan