Khamis, 24 Mac 2011

Tanah Melayu Kampung Baru Tetap Kena Rembat

Putrajaya tidak akan tarik balik akta Kg Baru-Themalaysianinsider

Kerajaan tidak akan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 yang dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini, walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan telah memberikan tempoh yang mencukupi untuk memperhalusi semula draf rang undang-undang itu dengan mengambil-kira pandangan pihak-pihak yang berkepentingan di Kampung Baru.

“Kita tidak akan menarik balik rang undang-undang ini. Kita dah buat perjumpaan berkali-kali dengan wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, badan-badan bukan kerajaan (NGO) terbabit, sudah ada perjumpaan tertutup dengan semua ketua kampung yang lebih daripada sekali.

“Semua sepakat menyokong penuh penubuhan rang undang-undang ini dengan beberapa klausa diperhalusi sebab itu kita tangguh perbentangan rang undang-undang ini sehingga Jun,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru 2010 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2010 bertujuan menubuhkan suatu perbadanan yang bertanggungjawab merancang dan mengawal selia pembangunan Kampung Baru.

Bagaimanapun rang undang-undang itu yang dijadual dikemukakan untuk bacaan kali kedua dan dibahas pada persidangan kali ini ditangguh sehingga Jun bagi membolehkan beberapa klausa di dalam rang undang-undang itu diperhalusi.

Raja Nong Chik turut menolak dakwaan Dr Lo’Lo Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) bahawa beliau mungkir janji apabila mengemukakan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat sebelum bertemu dengan pihak berkepentingan di Kampung Baru.

“Saya tidak mungkir janji, tetapi oleh kerana saya diberitahu bahawa peraturan rang undang-undang itu tidak boleh diberitahu kepada rakyat sehingga ia dibentang ke Parlimen, jadi saya akur untuk tidak berjumpa dulu (dengan penduduk) tetapi apabila sudah bentang, saya jumpa dan saya memang sudah menjangka akan ada klausa yang perlu diperbetulkan,” katanya.-TMI

Sebelumnya Raja Nong Chik digelar berhati Yahudi oleh penduduk Kg Baru Mak Cik Zuriah gara-gara menyibuk kacau harta pusaka orang Melayu ditengah kota Kuala Lumpur.Kata mak cik Zuriah ,

“Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.

“Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?” katanya.Baca di sini.

Ini akta supaya senang nak rembat hak Melayu.Kalau tak ada akta tak boleh rembat hak Melayu.Akta kanun tanah negara juga telah menyebabkan tanah rezab Melayu senang kena rembat.Daripada segantang dan tinggal sekepol.Sapu jangan tak sapu tumpang boleh perintah ni tibai la hak bangsa sendiri walaupun yang hak tak setuju!

Tapi ingat sikit Melayu Kuala Lumpur bukan senang kena tipu macam mak cik Felda yang hidup 20 tahun pun tak habis-habis tiap bulan kena bayar hutang dengan Felda.Contoh bila pokok getah kena tanam semula getah tak boleh toreh tiap bulan makan hutang dengan Felda.Bila 4-6 tahun baru pokok getah boleh toreh dapat hasil bayar hutang lagi..sampai mampoih berhutang.Geran pula tak dapat walaupun dah 20 tahun duduk tanah rancangan Felda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan