Rabu, 30 Mac 2011

Mufti Malaysia tak sehebat Al-Marhum Ishak Baharom

Alamarhum Dato' Ishak Baharom (gambar) yang pernah menjawat jawatan Mufti Selangor selama 12 tahun telah dipecat daripada jawatannya semasa memegang jawatan Mufti Selangor hanya kerana mengeluarkan pendapat pertandingan ratu cantik adalah haram hukumnya pada tahun 1997.Pendapat beliau itu telah dipolitikkan dan tidak disenangi pemerintah Umno-Bn. Beliau sanggup hilang jawatan demi mempertahankan hukum Allah daripada jadi hamba kepada pemerintah yang jahil dengan hukum agama. Baca di sini.

Kini tidak ada lagi para mufti yang sehebat beliau berani tegakkan kebenaran tanpa memihak kepada politik kepartian.Mulut para mufti dah jadi bisu dan takut kepada pemerintah dan biarkan begitu saja tanpa sepatah pun berani buat kenyataan yang boleh menamatkan sengketa politik Malaysia yang jijik dan kotor.

Mereka hanya berani berhujah dan buat kenyataan mengenai hukum poco-poco,nikah kahwin, perkara yang berkait dengan ibadat saja.Bila muncul isu politik dan pemerintahan mereka akur dengan pihak pemerintah.Mulut mereka jadi kelu dan bisu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Gam kasut cap apa yang pemerintah bagi kepada mereka hingga jadi begitu penakut suarakan kebenaran.Negara kita ada 13 mufti paling banyak dalam dunia untuk satu negara seperti Malaysia tapi mereka tak bersatu hati untuk tegakkan kebenaran dan melawan kezaliman pemerintah.

Baca juga ;
MB:Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco-Malaysiakini
Mufti wajar nyata pendirian ,kata Dr Asri-Malaysiakini
Letak ancak :Mufti Perak kata Zambry tak syirik-Malaysiakini 11 november 2010

3 ulasan:

  1. Pemerintah mempunyai kuasa bagi menentukan itu dan ini, tetapi mereka terlalu jahil dalam erti kata yang sebenar.
    Walaupun mempunyai pendekar-pendekar agama yang hebat tetapi itu hanya digunakan sebagai menutup beberapa kelemahan yang sememangnya tidak betul!
    Mereka mengapi-apikan persoalan tentang hukum agama yang kita tahu tidak boleh dipersoalkan kebenarannya kerana agama Islam ini adalah pemberian ALLAH tanpa perlu merujuk kepada manusia. Kita hanyalah insan biasa yang serba kekurangan... wallahualam..

    BalasPadam
  2. Hari ini adalah detik penentuan..adakah Datuk Dr Hasan Ali Exco Selangor dari PAS akan tunduk kepada desakan pemerintah berhubung isu periksa gereja utk bendung kes murtad ataupun meletakjawatan Exco Selangor dan PAS sebagaimana tindakan bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom yang meletak jawatan Mufti semasa era Dato' Seri Abu Hassan Omar berhubung isu 3 orang gadis melayu menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997. Disepanjang zaman akan ada seorang pejuang yang mempertahankan kesucian agama Islam.

    BalasPadam
  3. Pemimpin negara la ni banyak yang lebih bodoh daripada lembu...lebih hina daripada anjing

    BalasPadam