Rabu, 16 Mac 2011

Kitab Injil Bahasa Melayu...semua orang Islam setuju ka?

Adakah semua orang Melayu yang beragama Islam setuju Kitab Injil yang ditulis dalam bahasa Melayu yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching diluluskan penggunaannya?Tak kira la orang Pas ka, Umno ka , PKR ka semua setuju sangat-sangat ka?

Atas dasar akta apa pun Kitab Injil bahasa Melayu walaupun di tag penggunaannya 'Untuk penganut agama Kristian saja' ia tetap membimbangkan orang Islam.Ini tak boleh dinafikan.Apa pun kehendak politik mengatasi segala-galanya di Malaysia.Politik yang boleh kenyangkan tembolok parti apa pun tambah-tambah dekat dengan pilihanraya umum jadi keutamaan daripada memikirkan masa depan generasi anak muda yang beragama Islam.Masih ingat lagi dengan beberapa tahun lalu Mufti Perak ada sebut bilangan orang Melayu Islam yang murtad cecah beratus ribu ..menyeramkan! dah la undang-undang murtad keluar daripada Islam hanya macam 'kuih tad' saja.

Nampaknya pemimpin Umno-Bn dan PR yang beragama Islam nampak bersepakat demi kepentingan politik dalam isu Kitab Injil berbahasa Melayu! Mampoih pi la hang pa nak sokong sokong la ...tang aku tetap tak setuju. Peduli apa aku..bukan semua benda boleh berkira..ada benda tak boleh berkira.Ini hak aku untuk tak setuju.Buku Interlok yang tulis perkataan paria pun dah berbulan-bulan tak selesai pakat main kong ka li kong punya nak jaga undi orang bukan Melayu bukan pasai apa pun! Mengalah jangan tak mengalah.Apa yang boleh gadai, gadai bagi perabih janji boleh untungkan kepentingan politik masing-masing.

Berkaitan;
Bincang antara tokoh agama isu Injil bahasa Melayu-Harakahdaily
Kitab Injil BM:Meskipun kabinet benar , naskhah di Klang subjudis-Themalaysianinsider
Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik-Malaysiakini
Kitab BM Injil selesai, kes mahkamah kalimah Allah jadi tumpuan-Themalaysianinsider
Syarat sekatan , pengimpot tidak mahu kutip kitab-Malaysiakini

4 ulasan:

  1. saya terkeliru...!
    PAS kata boleh sebab kebebasan berugama!
    DAP kata boleh sebab nak memartabatkan Bahasa Melayu!
    PKR kata boleh sebab semua ugama sama!
    UMNO..????

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=CJ7HWmLLcFM

    Fahaman Wahabi Deobandi???

    BalasPadam
  3. Hmm bagus lah kalau ade terjemahan melayu... Tapi yg pokoknya terjemahan God/Lord kepada Allah jer.. Hmm kalau itu setel, dah kc edar jer la.. saya pun nak baca yang melayu punya.. senang nak faham...

    BalasPadam
  4. kalau ada buku quran dalam versi BM..saya pun nak baca untuk tambahkan ilmu.

    BalasPadam