Sabtu, 12 Mac 2011

Tak habis-habis dengan politik celah kangkang

'Kerajaan ,bukan Pakatan bawa pembangunan'-Bernama/Malaysiakini

Rakyat terutama di kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka, kata ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONEKatanya, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan BN yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti Pakatan Rakyat yang melaksanakannya.

"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.

"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini,” katanya ketika selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan anggota Dewan Negara yang juga ketua Umno Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di Putrajaya hari ini. -Bernama.

Tak habis-habis dengan politik jaja pembangunan, baik dalam kampung mau pun dalam bandar.Ini politik hanya berlegar dicelah kangkang saja pusing pi pusing mai jaja pembangunan,pembangunan, pembangunan.Berapa kali mau cakap..buat pembangunan duit sapa? Duit Umno ka?Buat PWTC, Menara KL, Putrajaya semua duit Umno ka?Dari mana kerajaan dapat duit? Adakah daripada Umno-BN?

Ini wanita cakap putar belit sampai hukum agama pun boleh pinda satu suami satu bini.Ini orang dah tak laku di Lembah Pantai .Cakap dalam kampung pun sama dalam bandar pun sama ingat rakyat bayar segala jenis cukai duit tuang dalam Sungai Gombak dan Klang ka?Mahu bodohkan orang bandar macam tipu orang kampung dan Mak Cik Felda.Satu sen pun Umno-Bn tak keluar duit buat pembangunan semua duit rakyat .

Buat Tol duit rakyat ..tapi seluruh Lembah Klang pusing kot mana pun ada tol ..semua kadar tol cekik darah rakyat bukan tolong rakyat ..pau rakyat tak habis-habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan