Isnin, 21 Disember 2009

Di Dada Karpal Ada Bulan..Bagaimana Pula Dada Pemimpin Pas Sendiri?

Semasa ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu pada Sabtu 19--12-09, Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berucap dan beliau berkata 'di dada Karpal Singh pemimpin DAP yang kuat menentang negara Islam itu ada 'bulan'. Bulan yang dimaksudkan Tok Guru itu sudah tentulah bulan purnama lambang Pas.

Karpal Singh sudah tua dan tidak segagah dulu tapi beliau tetap dengan prinsipnya dan ideologi yang di bawa DAP . Karpal tidak pernah menimbulkan huru-hara sesama pimpinan Dap seperti yang berlaku dalam krisis kepimpinan dalam Pas yang membawa kepada hilangnya kepercayaan ahli dan penyokong Pas kepada sesetengah pimpinan dalam Pas yang berpunca daripada isu Kerajaan Perpaduan, pakatan dalam gelap, perjumpaaan antara pemimpin Pas dan Umno selepas pru-12 yang lalu untuk bentuk kerajaan secara senyap di Selangor atas nama Melayu-Islam tapi tidak jadi kenyataan.

Walaupun ada penafian demi penafian tapi akhirnya apabila Tok Guru desak diadakan Muktamar Khas untuk pecat mana-mana pemimpin yang cuba bersekongkol dengan Umno barulah semua ahli Pas dan penyokong Pas buka mata atas penafian demi penafian sebelum ini rupanya Pas sudah diambang perpecahan. Maka diadakan Mensyuarat Khas dan seterusnya diadakan pula Seminar di Taman Melewar membuktikan memang wujud anasir -anasir dalam kepimpinan Pas yang condong kepada Umno. Profesor Aziz Bari dikecam hebat kerana bersetuju dengan pendapat Tok Guru memang patut dipecat pemimpin -pemimpin Pas yang merosakkan Pas dari dalam. Akhirnya Prof. Aziz Bari sendiri tidak lagi akan buat sebarang ulasan untuk Pas, walaupun beliau di lihat antara tokoh akademik yang menyokong Pas dari luar.

Adakah di dada semua pemimpin Pas solid ada bulan atau bulan yang keris ditengah-tengahnya?Bolehkah Tok Guru meneka pula di dada pemimpin Pas yang mana satu ada bulan bersisipkan keris telanjang Umno?

Jika dalam isu Altantuya PM Najib yang dibabitkan dalam kes tersebut pandai menyelamatkan diri, begitu juga dengan adiknya seperti yang didedahkan P.Bala, penyiasat persendirian, mereka berdua guna taktik diam dan senyap menyepi daripada menyentuh isu tersebut dan masih selamat hingga sekarang tidak di dakwa.Taktik yang sama digunakan oleh pemimpin Pas yang didakwa mahu bersama Umno, mereka diam tak kata apa, tak banyak bersuara untuk kutuk Umno pendek kata tak macam dulu. Dalam Parlimen pun senyap saja tidak berani menyerang Umno lagi.Mulut mereka telah dipalam dengan habuan dunia yang tak berapa nilainya.

Aku yakin ahli Pas dan penyokong Pas peringkat bawahan mereka tetap istiqamah dengan Pas dada mereka memang ada bulan sama macam dada Karpal Singh yang juga ada bulan.Mereka tidak akan berganjak daripada menyokong Pas walaupun ada pemimpin Pas timbulkan perbalahan dan kesangsian dalam hubungan dengan Pakatan Rakyat. Mati hidup balik pun dada mereka ada bulan tapi dada sesetengah pemimpin Pas belum tentu ada bulan. Mungkin dada mereka ada projek yang boleh kaut keuntungan untuk hidup mewah sama macam dada Umno yang berlambangkan keris telanjang yang penuh dengan segala projek.

Kekuatan Pas yang digembelengkan bersama parti Keadilan dan Dap semasa lawan Umno-Bn pru-12 itu mesti terus diperkukuhkan bukannya jadi busuk dan jijik setelah menang bergaya selepas pru-12 jadi macam-macam isu dalam Pas selepas itu menuding jari kepada orang lain sebagai fitnah.Jika Pas terus lemah adalah salah pemimpin Pas yang bercekengrama dengan Umno bukannya salah pihak lain yang mengkritik Pas.

7 ulasan:

  1. bila pas dieja dlm rumi...ini bermakna
    P = Parti
    A = Agama
    S = Songsang

    bila dieja dlm jawi ini bermakna
    PA = Parti
    ALIF = Islam
    SIN = Semalaysia....

    anda pilih PIS atau PAS?.....

    BalasPadam
  2. "Didadaku ada kamu" .... hahaha... macam lirik lagu la pulak...

    Gua tetap bulan Purnama...

    BalasPadam
  3. lagkah mayat KARPAL dulu kalau PAS nak laksanakan pemerintahan islam di Malaysia..

    tapi Nik Aziz sanjung sangat Karpal..
    maka semua ahli PAS pun jadi sayang kat Karpal..

    bagus bagus

    BalasPadam
  4. Yang tak bagus tu UMNO dan BN... hehehe

    BalasPadam
  5. Wah dalam dada Karpal Singh ada bulan. Tok guru dah sahkan. Sejuk. Kalau PAS tinggalkan perjuangan Islam.

    Tapi saya lihat dalam dada Karpal Singh ada matahari. Panas membara bila PAS nak mendirikan negara Islam.

    Saya pilih K.Singh yang bela matahari di dalam dadanya. Biar dia terbakar hangus tapi tak mati-mati dari di dunia lagi. Asalkan PAS dapat mendirikan negara Islam.

    BalasPadam
  6. buat ape kalau name negara islam tapi tak laksanakan hukum islam sepenuhya...
    macam kerajaan malaysia...pilih mane yang perlu..
    BINA AGAMA ISLAM DULU..KUKUHKAN..BARU FIKIR NEGARA ISLAM..

    BalasPadam
  7. Karpal Singh minta langkah mayatnya jika cuba nak laksanakan HUDUD..belum apa apa dah membantah apalagi jika pemimpin PAS bersuara lagi..nanti Karpal Singh suruh bertaubat pula..
    Bagaimana jika pemimpin PAS jadi PM nanti..pasti macam macam kerenah timbul..ni baru merancang..(dah boleh menduga apa ada dalam dada Karpal Singh)

    BalasPadam