Khamis, 24 Disember 2009

Akan Ada Yang Gigit Jari

Ramai sudah pemimpin Pas Pusat yang bergelar Ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen yang bukan berasal dari Kelantan hasil belas ehsan Pas Kelantan yang mencalonkan mereka sebagai Wakil Rakyat untuk bertanding kerusi Parlimen yang ada di Kelantan.

Sebagai contoh Mat Sabu pernah bertanding di kerusi Parlimen Nilam Puri dan juga Kubang Krian di Kelantan menang dan bergelar Ahli Parlimen.Setelah 'di buang' Pas Pusat ke negeri Terengganu 'Darul Runtuh' dalam Pru -12 yang lalu Mat Sabu telah kalah dan sekarang jadi penceramah biasa di seluruh Malaysia. Sepatutnya Mat Sabu dalam pru-12 yang lalu bertanding di Kedah iaitu di kerusi Parlimen Baling atau di Parlimen Kuala Kedah tapi disebabkan 'masalah teknikal yang tak dapat dielakkan' maka tergelincirlah Mat Sabu yang digelar 'ayam sabung Pas ' satu ketika dulu jadi orang biasa, tak lagi jadi Ahli Parlimen.

Ok, biaqpila benda tu dah lepas, sekarang ni bila dibaca laporan Bernama yang bertajuk Pas Kaji Semula Calon Luar Bertanding Di Kelantan menyebabkan akan ada pemimpin Pas Pusat yang bukan orang Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain pula untuk bertanding kerusi Parlimen untuk bergelar Ahli Parlimen tu pun jika menang dan jika angin perubahan rakyat beralih arah bertanding di luar Kelantan nasib mereka juga akan senasib dengan Mat Sabu.

Laporan Bernama menyebut;

Pas Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dan Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Anggota Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).-Bernama

Nasib Nasharuddin Mat Isa atau Nasa yang jadi Timbalan Presiden Pas sudah tentu berada seperti telur di hujung tanduk di bumi Kelantan kerana beliau berada dalam 'senarai' yang akan terkeluar untuk bertanding lagi di kerusi Parlimen di Kelantan. Beliau dilihat sebagai pemimpin Pas yang pro- Umno oleh penyokong Pas yang menentang keras Kerajaan Perpaduan yang telah menimbulkan 'bala' dalam kepimpinan Pas sedikit masa lalu.

2 ulasan:

  1. Raja Muda Johor, Salahuddin Ayob kena buat jalan kat Johor. Kena jadi hero kampong sendiri baru le jantan kote. Kat Kubang Kerian beliau pun dah lama dah makan elaun duit rakyat. cukup lah bagi kat orang lain pulak.Lama dah. Tak teringat ke nak balik kampong. Bagi Husam ke Parlimen baru hebat Pas Malaysia.

    BalasPadam
  2. Kepada orang Melayu Pas ka Umno mesti jadi juara kampong dulu baru lah jadi juara tempat orang. Tengok contoh terbaik Hadi Awang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim. Jangan tengok bangsa Cina mereka ada cara tersendiri berpolitik. Tokoh ahli politik tempatan pun dah ramai yg muncul . Bagi lah pulak kpd orang tempatan.Oleh tu jika orang yg telah pernah jadi MP elok lah balik kampong asal atau pi kawasan yg open for all seperti KL, PJ, Putra Jaya dan Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Pencen pun ada, apa nak lagi. Politik hangpa semua pun tak kemana. Setakat takat tu jah. Kecuali hangpa semua seorang idealis yg menentang putaran ganas sistem kapitalis amerika israel yg menjarah kekayaan bumi rakyat Malaysia tercinta.

    ZolGoji

    BalasPadam