Gambar ni aku tangkap di pasar kat Pekan Changlun,Kedah.Ada modal habuan nak tulih.Sebelum pru 13 BN bagi macam-macam tapi bukan duit mereka duit rakyat jugak tapi diputar belit kata ini BN bagi.Contoh bagi duit BR1M,bagi tayar teksi, bagi susu,bagi gula,bagi beras dan segala mak nikam agar rakyat undi BN.
Kini setelah BN menang rakyat tak dapat harga minyak murah,pendidikan Percuma,hapus PTPTN.Yang ada kini akan dilaksanakan cukai GST,Kamera AES sedia menunggu untuk kutip balik duit yang telah BN labur kepada rakyat sebelum pru 13.Semalam lalu kat lebuhraya PLUS aku dua kali kena AES yang dipasang di negeri Perak.AES pun kena polis trafik yang tunggu bawah jambatan pasang perangkap laju pun kena.Depa kira nak kaut ja la ni selagi mana yang termampu.Nampak sangat kata kerajaan sekarang macam dah kebulur duit rakyat! Di Kedah BN dah tak sabar nak pasang kamera AES untuk kaut duit rakyat.Padan muka hang pa!
Rakyat jadi macam ayam dalam bakul tu la.Jamu kenyang-kenyang kena jual dan kena sembelih.Bukan takat yang dalam bakul tu yang duduk luar bakul pun kena ikat untuk disembelih.Tak boleh lari mana dah.Pusing kot mana pun yang untung BN jugak..Rakyat yang lawan BN kena tangkap dan dilokap.Puashati semua!
Jumaat, 31 Mei 2013
Khamis, 30 Mei 2013
Syabas Khalid Samad!
Khalid Samad hentam pembodek pemimpin Pas -malaysiakini
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.
"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.
"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.
"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.
Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.
Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.
Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.
Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.
"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.
Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".
"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".

Rabu, 29 Mei 2013
Ni tibai nak perambat Najib
Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura-M'kini
Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.
"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.
"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.
Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.
Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.
Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.
"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.
"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.
"Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan."
Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.
Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.
"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya.-Malaysiakini

Ni tibai nak perambat Najib nak angkat Muhyiddin jadi PM.Tapi ada satu masalah Tun Madey kata buat masa sekarang tak ada sapa yang layak ganti Najib jadi PM.Ni yang buat Muhyiddin jadi tak sedap hati,malu bukan kepalang,geram pun ada..
TGNA bagi amaran
TIADA PENYATUAN PAS-UMNO SELAGI SAYA HIDUP-Harakahdaily
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
Isnin, 27 Mei 2013
"Pengerusi SPR dan timbalan tak letak jawatan rakyat berhimpun sampai kerajaan Najib gugur"-Mat Sabu
Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu
Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.
PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.
“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.-TheMalaysian Insider
'Demokrasi dah nazak'
Kata seorang ustaz dalam kuliah;
"Kita redha dengan kekalahan tapi kita tak boleh terima dengan penipuan pilihanraya.Macam drebar teksi bawa 4 penumpang yang kentot dalam kereta,drebar tanya sapa pon tak mengaku sapa yang kentot.Bila turun semua pakat bayaq duit. Drebar kata yang kentot belum bayaq.Salah sorang penumpang kata tadi saya dah bayaq. Tau lah drebar kata dia yang kentot! SPR menipu tapi tak mengaku".
Hebat-hebat regim BN,amaran demi amaran ugut rakyat yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya hebat lagi anai-anai yang makan kayu sampai reput tiang.Pernah tengok gigi anai-anai macam mana? Ada pernah anai-anai pi klinik gigi?Lihat betapa besarnya kebesaran Allah SWT . Tu baru anai-anai.Kuasa rakyat dengan kuasa yang BN ada mana lagi hebat?
Baca;
Adun kata kejadian lampu padam memang berlaku-Malaysiakini
Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok-Malaysikini
Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal-Harakahdaily
Gandingan Khalid dan Zahid kembali ke zaman Mahathirism-Harakahdaily
Sabtu, 25 Mei 2013
"Apa lagi yang ada pada Umno?,Umno sudah sampai jalan mati"-TGNA
Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati
Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.
PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.
Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong. Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.
Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Umno bagi umpan PR dok pikir nak makan tak makan
Saya tulih dalam FB;
Taraf MIC sekarang lebih rendah daripada Hindraf.Dulu Umno kutuk Hindraf la ni jadi kawan baik Umno.MCA dah tutup kedai.Umno pulak di negeri yang depa kalah teruk macam Selangor kentot pun dah tak bunyi.Jadi tak heran apabila ada suara dalam Umno yang ajak DAP bersama BN.Ajak Pas bersama UMno.POlitik macam-macam boleh jadi.Kapiaq Harbi ka depa tak kira ,sokong Pas sesat ka depa tak baca dah janji kena UG.Jadi kalau ada pemimpin PR dok cakap kita kena bincang demi pembangunan negara dan rakyat dengan BN..tu kira baru dia punya bunga ja haha..
Kelantan 23 tahun kena dera dengan BN,Selangor dalam masa 5 tahun dikuasai PR begitu jugak Kedah dan Pulau Pinang media Umno sabotaj apa saja isu supaya rakyat di negeri tersebut kembali kepada BN tapi tak berhasil kecuali Kedah.Rakyat dah benci dengan BN bukan kerana rakyat suka kat PR sangat.Ini kita kena ingat!
BN bagi macam-macam umpan,guna profesor kangkung ajak kepada perpaduan demi perpaduan tapi hingga kini umpan yang dibaling belum dimakan.Cuma dok keliting tepi umpan dok pikir nak makan tak makan..nak makan tak makan.BN sedar walaupun mereka masih berkuasa tapi kuasa yang ada semakin nipis kalau tak UG Umno jugak tutup kedai!
Baca;
Azmi sedia berdialog dengan BN..-Malaysiakini
Palanivel mahu unit hal ehwal India diletakkan di bawah MIC,bukan Hindraf-M'insider
Azmin tolak perhimpunan jalanan cadang dialog bersama-Sinarharianonline

Jumaat, 24 Mei 2013
PR makin berhantu BN jadi tak menentu
Minggu-minggu seterusnya kita akan lihat regim tua BN akan terus mengamuk sakan perambat rakyat,halau rakyat ,tangkap rakyat dan lokap rakyat yang melawan BN
Sebelum pru 13 rakyat digula-gulakan dengan janji manis,ditatang macam minyak yang penuh kini selepas pru 13 rakyat yang lawan BN jadi mangsa dendam politik walaupun BN menang tapi jadi kerajaan minoriti.Rakyat terbanyak yang jadi majoriti jadi 'makanan' BN kerana geram BN menang tak dapat 2/3 majoriti di parlimen.Ya la duit dah habis banyak untuk beli undi rakyat tapi BN menang tak berbaloi dengan jutaan duit yang dibelanjakan.Kalau buat bisnes kira rugi la.
Selepas tangkap aktivis mahasiswa Adam Adli kini pihak polis yang ditunjangi BN tangkap pula aktivis politik PKR Tian Chua,Tamrin Ghafar aktivis Pas dan Haris Ibrahim NGO Asalkan Bukan Umno.Mengulas tangkapa pemimpin PR ni Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu kata,"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudah tunjuk belang.Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.Baca di sini.
Kebangkitan rakyat yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini menyebabkan BN kini jadi tak ketawan hala..PR semakin berhantu BN jadi tak menentu.Bukan takat tangkap aktivis politik mereka kini kembali ke zaman undang-undang rimba dengan merampas surat kabar tabloid Roket,Harakah dan Suara Keadilan.Ni satu kerja bodoh dan nampak sangat nak balas dendam hilang undi popular yang dikuasai PR.Tabloid tu semua boleh dibaca dalam internet.Rampas la kalau boleh!
Betullah kata Naib Presiden Pas Haji Mahfiuz Omar kepada Noh Omar,"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.Noh Omar baru-baru mintak rakyat yang tak mau ikut undang-undang sila pindah duduk dalam hutan.Noh Omar terlupa kata majoriti parlimen dalam bandar dikuasai oleh PR.BN banyak menang di luarbandar.Sapa sebenarnya yang kena duduk dalam hutan?
Khamis, 23 Mei 2013
Rakyat jangan buat apa-apa duduk diam-diam dalam rumah ,BN perintah 100 tahun lagi
Sistem pilihan raya Malaysia dicipta untuk kekalkan kuasa BN, kata ahli akademik
Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi.
Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.
“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.
“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.
Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.
Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.
Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula.-TheMalaysianInsider
Rakyat yang lawan Umno-BN ,tak puas hati dengan pilihanraya dimintak berambus oleh Zahid Hamidi Menteri KDN,Noh Omar pulak sarankan rakyat yang tak puashati dengan sistem pilihanraya pergi duduk dalam hutan.Yang kedarah rasuah ,tibai duit rakyat,salahguna kuasa,cekik darah rakyat,hisap darah rakyat kalahkan Drakula kenakan macam-macam cukai nak hantaq pi mana?
Pemimpin Umno seronok kalau rakyat ikut apa saja yang depa cakap termasuklah apabila depa cakap macam orang bodo sekali pun rakyat kena ikut!
Rabu, 22 Mei 2013
BN yang menang tu pun dok gasak Cina sebab tak puas hati tambahla kita yang kalah ni lagi la tak puas hati!
Saya tulih dalam FB;
"Tak ada dalam perlembagaan Malaysia yang kata undi parti selain Umno-BN salah daripada segi undang-undang.Kalau tak boleh undi Pas ,Dap dan PKR kena buat petisyen jugak la haramkan parti-parti selain BN.Tahun 1999 Melayu sokong pembangkang,tahun 2004 orang Cina bagi undi terbanyak kepada BN,2008 orang Cina,Melayu dan India bagi undi kepada Pas,Dap dan PKR hingga BN hilang 5 negeri.Tahun 2013 orang Cina termasuk Melayu bandar sokong PR sementara orang Melayu majoriti luar bandar sokong Umno-BN hingga tumbang Kedah ke dalam tangan BN.Tak puas hati lagi BN, Kedah dapat balik kat hang pa?Kalau BN yang masih berkuasa selepas pru 13 tu pun dok tak puas hati sebab menang tambah la kita yang tak dapat tawan Putrajaya lagi la tak puas hati!"
Tambah-tambah dok geram dakwat penipu yang tak tahan lama macam ubat kuat!Bab dakwat kekal yang kata boleh tahan sampai seminggu tapi penipu adakah masih perlu lagi Pengerusi SPR dan timbalannya pegang jawatan.Mereka sepatutnya didakwa kerana menipu rakyat!Letak jawatan la bagi rakyat cool sikit!
Lagi satu rakyat tak puas hati isu warga asing yang hadir di tempat mengundi dan ada IC ni yang lagi tak puas hati!Lagi satu peti undi luar kawasan boleh masuk dalam kawasan lain ni nak kira lagu mana?Tak geram ka?
BN nak tutup malu kalah undi popular hingga digelar kerajaan 47% marah orang Cina,kata orang Cina nak bolot kuasa politik selepas kuasai ekonomi.Nak tanya sikit la di Pulau Pinang dulu zaman Gerakan berkuasa Melayu ka yang berkuasa?Bukan orang Cina jugak ka yang bolot kuasa politik?
Baca;
'Pengkhianatan orang Cina tu benar'-Malaysiakini.

Selasa, 21 Mei 2013
Rakyat berhimpun menteri jadi sewel
Bermula dengan tuduhan Stunami Cina,dikuti dengan Apa Cina Mau?,Boikot Barang peniaga Cina,mintak rakyat yang tak puas hati berambus dari negara ini,Boikot Airasia dan terkini kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabery Chik mintak rakyat boikot himpunan rakyat yang menentang BN menunjukkan bahawa Pak-pak menteri ni berada dalam keadaan gayat dan sewel.
Mereka kata himpunan suara rakyat suara keramat,Blackout 505 adalah himpunan untuk guling kerajaan.Gila ka apa?Kenapa takut yang teramat ,rakyat cuma pertikaikan sistem pilihanraya di negara ini yang tempang,cakap tak serupa bikin bukan nak guling kerajaan.Mereka tidak boleh ditegur,putar belit dan berkuntau lidah supaya rakyat tidak didedahkan dengan agenda BN yang semua orang tahu tidak pernah dipandang telus tapi penipu.
Mereka mahu rakyat hanya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh kerajaan minoriti ini jangan dengar pihak lain kecuali TV3 dan Utusan Meloya.Mereka tak senang duduk apabila rakyat tak layan media mereka yang menyerang pihak lawan 24 jam.Mereka kata berhenti main politik tumpukan kepada pembangunan negara tapi media mereka adakah buat perkara yang sama daripada membuat fitnah dan adu domba?Media mereka mainkan isu perkauman tapi yang ditangkap adalah aktivis mahasiswa dan mendakwa pemimpin PR di mahkamah.Sapa boleh tahan dengan sikap haramjadah macam ni?
Gerombolan mahu balas dendam kerana tak dapat tawan Selangor,kerusi BN dalam parlimen makin kurang,marah kerana orang Cina dan Melayu bandar tolak Umno-BN.Zahid Hamidi kata loceng amaran kepada rakyat yang berhimpun menentang BN sudah tamat kini mereka nak buat apa dengan rakyat?Nak tangkap?Berapa banyak nak tangkap?Rakyat berhimpun hanya bawa dua tangan bukan bawa senjata.Nak dakwa macam mana?
Sepatutnya regim yang ada buat kerja basmi jenayah yang semakin meningkat dan ngeri.Kes jenayah bunuh orang kini di Malaysia semakin teruk, ini yang patut jadi keutamaan bukan bagi amaran demi amaran kepada rakyat yang berhimpun secara aman.

Sepatutnya ini kali bukan lain kali
Memang sepatutnya ini kali
Bukan lain kali
Tengok apa sudah jadi
Demokrasi semakin mati
Rakyat berhimpun tak puas hati
Pertikai dakwat tak lekat di jari
Menteri gila rakyat bayar gaji
Menghalau rakyat ke luar negeri
Anak muda tak puas hati
Dilokap dan digari
Direman berhari-hari
Penyamun dan perompak duit rakyat ketawa senang hati
Rakyat bangkit di setiap negeri
Walaupun kecewa dan hilang negeri
Memang ini kehendak Ilahi
Jadi iktibar setiap hari
Memang sepatutnya ini kali
Kini rakyat digertak setiap hari
Ingat sikit rakyat bayar gaji
Kuasa yang ada hanya kerajaan minoriti!
Ucap syabas kepada Adam Adli
Anak muda yang berani
Menentang kuasa kuku besi

Isnin, 20 Mei 2013
Nikmat pertama Pas jadi pembangkang di Kedah
Hang pa ingat MB baru Kedah Muhkriz anak kepada Tun Madey yang datang ziarah bekas MB Kedah ust Azizan lembut hati nak bagi Pas dan PR di Kedah guna stadium untuk berhimpun?Mukhriz yang nampak macam lembik tu langsung tak bagi chance kat Pas! Sori la kalau Umno tu baik macam mana pun aku tak percaya.Kita ja mudah termakan pujuk rayu Umno.
Tu la masa kita pegang 5 tahun dulu baik sangat dengan Umno.Syarikat GLC negeri Kedah banyaknya orang Umno bila depa buat taik tempiasnya kena kepada Pas di Kedah.Sampai tak dak beza apa dengan Umno semasa Pas berkuasa di Kedah.Orang kata la.Tu yang depa pakat bagi balik Kedah kat Umno.Kampung aku dapat la canopy 'Kedah Sejahtera' dua biji 5 tahun Pas dan PR berkuasa di Kedah.
Ada ahli Pas di Kedah bagi tau kat saya betapa syoknya puak-puak yang bertelagah di Kedah bila Pas hilang kuasa kerajaan negeri Kedah.Depa pakat lompat dan loncat sampai buah teloq macam nak masuk dalam mulut.Masing-masing yang pakat taram atau dendam antara satu sama lain rasa puas hati!Kalah jadi abu tewas jadi arang.
Nak habaq bagi la buat baik dengan Umno ni macam sua tangan dalam mulut buaya!Kita dok syok nak menang lagi kerana terpengaruh dengan media yang dok main isu Mukhriz-Bashah yang kononnya tak sebulu antara satu sama lain tengok-tengok kita yang terbalik habis satu negeri Kedah.Depa bergaduh nak menang kita bergaduh untuk kalah.Hasilnya kita boleh lihat sekarang betapa peritnya kalau tak ada kuasa.
Berkaitan;
Kedah tak benar guna stadium untuk perhimpunan pembangkang-Malaysiakini

Pujuk takut cabut lari
Ahli parlimen BN yang tercicir ditenangkan dengan ikrar rombakan kabinet,kata sumber
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.
“Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran.
Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Datuk Seri Shaziman Mansor dan Datuk Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.
“Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin,” tambah beliau.
Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.
“Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi,” tambah sumber tersebut.
Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.
Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.
“Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil,” kata seorang panglima perang Umno.
BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.
Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Datuk Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Datuk Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.
Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.
Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.
Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.
“Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan itu,” soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Johari Jailani.
Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu.-TheMalaysian Insider
Semua Umno dah sapu,semua nak jawatan kalau tak dapat mereka nak cabut lari lagi pening kepala Najib.Hindraf dapat jawatan dalam kabinet Najib.Perkasa,Pekida,Jati,Kimma takkan tak dapat?Lagi banyak kementerian diwujud untuk puaskan nafsu pemimpin UMno-BN lagi koyak duit rakyat dibelanjakan untuk mereka.
Sabtu, 18 Mei 2013
Ni Hadiah Buat Zahid Hamidi
Lebih 50,000 hadiri 'blackout 505' Seremban-Harakahdaily
Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat peringkat Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 50,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.
Himpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam tadi itu berlangsung di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini.
Seperti siri himpunan di beberapa negeri sebelum ini, lautan hitam mewarnai himpunan sebagai tanda matinya demokrasi di negara ini pada hari pengundian 5 Mei lalu atau lebih dikenali sebagai 'blackout 505'.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir malam tadi termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub serta pimpinan DAP termasuk Anthony Loke.
Anwar dalam ucapannya malam tadi turut menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya keluar dari negara ini.
Kenyataan itu dinyatakan Zahid dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.
Menurut Anwar kenyataan Zahid itu angkuh dan pada masa sama cuba menghina rakyat di negara ini.
"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar.
Sebelum ini, selain pimpinan Pakatan Rakyat, kenyataan Zahid itu juga turut dibidas Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Agus menjelaskan beliau terkejut dengan kenyataan tersebut dan menyifatkannya tidak wajar diungkap keluar dari mulut seorang menteri.
“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.
Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.
“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.
Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.-Harakahdaily
Hari ni Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri memberi amaran baru kepada rakyat yang lawan Umn-BN dengan berkata ,"Tiada kompromi dengan pembangkang dalam bantahan di jalanraya (The Malaysian Insider).Kata Zahid Hamidi,“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,”
“Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah”.
Rakyat bersuara secara aman tak bawa senjata,rakyat dah bosan dengan amaran .Bukan perkara baru BN bagi amaran dah lama dah..

Zahid Hamidi sembang deras tak sedar diri
Malaysian defense minister visits ‘home’
The Jakarta Post | Fri, 03/22/2013 11:11 AM |
Malaysian Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi revealed his Javanese heritage on Thursday in Yogyakarta during his state visit.
He said he had Javanese blood as his paternal grandparents originally came from Kulonprogo in Yogyakarta.
“I am coming home,” Zahid told The Jakarta Post, adding that he would be staying in Yogyakarta for two days with his wife, having attended the Jakarta International Defense Dialogue (JIDD) on Wednesday.
While in Yogyakarta, Zahid plans to meet relatives including Yogyakarta Mayor Haryadi Suyuti and friends including the Yogyakarta sultan’s brother, GBPH Joyokusumo, as well as visiting the royal cemetery in Imogiri, Bantul.
Zahid said that his grandparents moved from Kulonprogo to Malaysia in 1932, while his mother’s grandfather had come from Ponorogo, East Java, and later married a Malaysian woman. He added that the fact that he had Indonesian blood made it easier to handle political disputes with the Indonesian government. -Jakarta Post

Baru-baru ni Zahid Hamidi kata,rakyat Malaysia yang dok kutuk BN yang jadi kerajaan minoriti 47% undi popular sila berambus daripada Malaysia.Zahid pun keturunan Indone sembang deras apa!"Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,”kata Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru.
Pendatang haram kat Malaysia ni macam cendawan tumbuh di musim hujan.Halau mai lagi,usir mai lagi tak pernah kurang.Perambat macam mana pun depa tetap penuh kat Malaysia ni.Kita rakyat Malaysia sejak azali lagi pulak nak kena perambat sebab tolak BN!
Rakyat berhimpun suarakan bantahan takkan salah?Kalau tak menipu kenapa takut?Kenapa bimbang?Takut Tumbang?

Kalau ceramah tak laku jangan la buat cerita karut!
Kata pejuang kenapa takut mati.Bukankah kalau berani sampaikan kebenaran tak takut mati?Mati yang mulia bukankah mati syahid?Betulka ada orang nak bunuh?Buat la repot polis.
Aku tak dengar pulak ustaz Azhar Idrus diancam untuk dibunuh.Beliau juga adalah pendakwah paling popular ketika ini jadi icon anak muda.
Kalau ceramah tak laku jangan la buat cerita karut.Macam orang takut hantu la pulak buah nyoq timpa bumbung rumah waktu malam pun kata hantu nak terkam.Baca di sini.

Jumaat, 17 Mei 2013
Apabila cacing roman korek jubuq mana boleh dok diam
Nasharudin ulang Umno-Pas perlu bersatu
Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.
"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.
Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.
"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.
"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.-Sinar harian online
Saya tulih dalam FB saya: Dok bercakap dalam aircond , dapat elaun tiap-tiap bulan sedap la bercakap.Apa rasa orang bawah pasang bendera,pasang poster malam-malam sampai kul 2-3 pagi?Dah pasang poster kena rentap,kena sabotaj?Dok dalam kabin mewah kapal bocoq mana nak sedaq.Musim pilihanraya senyap lepas pru saja gatai mulut nak ajak peluk Umno .Cacing roman dok korek jubuq mana boleh dok diam.
Macam ada satu kekuatan apabila Presiden Pas tolak perpaduan dengan Umno apabila beliau kata,“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia raba(tarik) kita tenggelam sekali,”.Moga apa yang disebut Presiden Pas itu tidak pulak jadi u-Turn!
Tanpa bersatu dengan Umno pun Pas dah 23 tahun kuasai Kelantan.Pas kena lanyak kaw-kaw ,dizalimi daripada segenap segi,dituduh sebagai parti ajaran sesat,bekas MB Kelantan TGNA satu hari pun tidak dibenarkan buat ucapan dalam radio dan media massa yang dikuasai Umno tiba-tiba ada tangan dalam Pas nak beromen dengan Umno!
Hasan Ali,Braheng Ali dan Zul Noordin dah jadi sampah dalam politik.Tak lama lagi Nasha juga akan terima nasib yang sama.Rakyat yang lawan Umno bukan bodoh mereka bijak menilai setiap ucapan yang dikeluarkan.Cuba kaji kenapa Zul Nordin kalah di Shah Alam,Braheng Ali kalah di Pasir Mas?Tak lain tak bukan kerana mereka ahli politik yang suka cakap putar belit.Akhirnya mereka dihukum di peti undi.Nasha kena kaji kenapa dia kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.Ahli Pas benci nak ajak Pas buat perpaduang dengan Umno takkan tak reti-reti.
Dalam perjuangan di medan politik ni apabila ada pemimpin yang tewas dalam pilihanraya pasti ada yang akan kecundang dan rasa kecewa.Mereka beralih angin walaupun dulunya dipuji dan dipuja kerana bijak bermain kata.
Saya pernah tanya kepada orang yang pernah hisap ganja,"Hang hisap ganja tak ketagih ka?" Tau apa dia jawab,dia kata,"Aku bukan ketagih ganja tapi cuma penggemar ganja ja..ada aku hisap tak ada aku tak hisap."Agak-agak ust Nasha dan perpaduang ni penagih parti Umno atau penggemar Umno?

Khamis, 16 Mei 2013
Zahid Hamidi cakap macam zaman purba
Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.
Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.
“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.-Malaysiakini
Negara ini bukan kepunyaan Umno tapi negara ini kepunyaan rakyat Malaysia dan warganegara yang sah!Bukan kepunyaan Mat Bangla,Mat Myanmar,Mat Nepal,Mat Pakistan!Pengkhianat negara yang sebenar ialah yang berikan IC kepada warga asing untuk jadi pengundi tetap BN!Ini terbukti berlaku di Sabah dan diakui saheh oleh Tun Madey bukan cakap kosong.
Rakyat pertikaikan penipuan dalam pilihanraya macam mana Mat Bangla boleh hadir di tempat mengundi.Patut puak ni yang dihalau bukan dirai!Rakyat pertikaikan kenapa tiba-tiba lampu padam dan blackout ketika undi dikira.Ini zaman IT bukan zaman purba,bukan zaman Tok Demang berkuasa.Ingat sikit kerajaan yang ada ni kerajaan 47 persen bukan kerajaan majoriti senang-senang nak halau kerajaan rakyat yang majoriti!

Kalau macam tu Pas Kedah berjuang untuk kalah bukan untuk menang
Takziah kepada keluarga bekas MB Kedah kerana betapa sedihnya mereka ketika ini kerana bekas kapten dan PJ Pas Kedah itu dalam keadaan yang tak sihat yang amat.Semoga Allah SWT cepat sembuhkan beliau dan diberi kekuatan untuk terus berjuang walaupun kedua belah kakinya telah hilang.Semoga ust Azizan dapat jadi Ketua Pembangkang dalam dun Kedah tu pun kalau dia berminat dengan jawatan tu.
Dalam sejarah Islam Mus'ab bin Umair ketika dalam Perang Uhud tangan kirinya yang memegang bendera atau panji telah dipotong oleh pihak musuh lalu beliau memegang pulak panji dengan tangan kanannya.Tangan kananya juga dipotong lalu beliau pegang pulak panji tentera Islam dengan kedua belah pangkal lengannya.Itulah kehebatan Mus'ab bin Umair!
Tu sahabat Nabi kita pulak berjuang ikut perangai sapa?Ikut nafsu syaitan atau ikut kepala sendiri?Apabila baca dalam Free Malaysia Today yang melaporkan Setpol bekas MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menulis bahawa bekas MB Kedah tu kata kat dia,“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,” kita rasa lagu mana?Adakah kita berjuang untuk kalah?Berjuang untuk puaskan diri sendiri?Betullah kata setengah orang Pas di Kedah bahawa ust Azizan mahu cipta sejarah bahawa hanya beliau seorang saja dari Pas berjaya jadi MB di Kedah!
Adakah tanpa ust Azizan Pas Kedah akan bungkuih?Kenapa ust Azizan begitu buruk prasangka kepada orang lain sampai sanggup kata lagu tu?Baca di sini.Sikap berpuak-puak dalam Pas di Kedah ni jadi petunjuk bahawa mereka bukan berjuang untuk menang tapi untuk kalah.Pentingkan diri sendiri,tidak mahu mengaku salah dan silap jauh sekali apa yang ditinggalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.
Jika ust Azizan rasa beliau amat hebat nilah masanya untuk meminta maaf kepada semua ahli Pas di Kedah termasuklah kepada penyokong PR sekali.
Ada yang kata ust Azizan hebat lawan penyakit yang dihadapinya ayah saya juga hebat lawan penyakit yang dihadapinya hinggakan betisnya yang bernanah kerana kencing manis,dan masalah jantung disembunyikan daripada anak-anak,dan kata beliau tetap sihat semata-mata tidak mahu dibawa ke hospital.Akhirnya beliau meninggal atas kerusi di rumah selepas solat Zohor pada 19-1-13 yang lalu.
Selamat hari guru..buat semua guru,ustaz dan juga Tok Guru..moga anda semua dirahmati dengan limpah kurnia Allah SWT.

Rabu, 15 Mei 2013
Dunia dah terbalik
Manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang bertaqwa bukan kerana dia kaya dan banyak duit,boleh beli undi,boleh belanja kita makan sampai 10 meja dia tak heran sebab dia duit banyak.
Dalam pru 13 orang Cina dan Melayu bandar dikatakan tolak Umno-BN.Oleh kerana nak jaga hati Melayu pemimpin Umno dan Utusan Malaysia naikkan darah Melayu supaya marah Cina dengan kata Orang Cina tak kenang budi,apa Cina Mahu?,semata-mata mereka tak undi BN?Betoika kita ni tak kenang budi.Kenapa Umno hanya marah orang Cina yang tak undi BN tapi berdiam diri apabila Melayu di Kelantan tolak Umno sejak 23 tahun yang lalu?Melayu Terengganu hampir tumbangkan Umno-BN di dalam pru 13 yang lalu di mana PR dapat 15 kerusi dun dan BN dapat 17 kerusi dun.
Kita dok lawan Umno-BN ni dituduh pengkhianat bangsa,pengkhianat agama sedangkan ramai pemimpin Umno yang kedarah rasuah,salahguna kuasa,tibai duit rakyat sesuka hati dipaksa kita undi mereka untuk terus berkuasa!Yang cerdik dan bijak memang dah tak undi BN.Saya yakin orang Cina dan Melayu bandar tolak BN bukan kerana mereka ada kepentingan apa-apa tapi cuma mahu selamatkan negara daripada terus rosak kerana salahguna pemimpin Umno-BN.Bukan kerana depa tak dapat duit BR1M,tayar kereta 4 biji,susu 1Malaysia dua tiga tin yang diMalaysiakan.
Mana satu pengkhianat negara dan pengkhianat kepada amanah rakyat?Rakyat yang tolak BN atau pemimpin Umno-BN.Kalau rakyat lawan salahguna kuasa dianggap pengkhianat dan tak kenang budi puak-puak yang tibai duit rakyat nak panggil apa?

Dr Asri mintak Anwar bersabar sekejap
Dr Asri Bekas Mufti Perlis menulis dalam twitter beliau saya tak edit ;
@anwaribrahim apa kata jk DS bersabar shingga selesai petition d mahkamah. Beri ruang rakyat brnafas skejap. Skadar cdngn.
Semalam berlangsung satu lagi himpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang berjaya himpunkan rakyat sekitar 30,000 orang kerana tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di Kuantan dan malam ini di Johor Bahru yang juga di kenali Blackout 505.
Baca juga;
Anwar mahu serah bukti penipuan pilihanraya kepada Obama-M'kini

Selasa, 14 Mei 2013
Dah tak dak kerja ,tak ada jawatan pakat jual 'Minyak UG'
Nak hadapi pru 14 lambat lagi jadi la ni yang syok baik kita tibai dan pelokoh mana-mana pemimpin yang nak sangat beromen dengan Umno.Mentang-mentang la TGNA dah tak jadi MB dan dah 'letih' dengan dunia politik ingat senang tukang jual minyak UG nak jual minyak supaya Pas-Umno bersatu?
Suara-suara yang sama sebelum dan selepas pru 13 nak sangat Pas-Umno berUG tak lain tak bukan Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden Pas,Norman Toha bekas setiausaha Pas Selangor ,Hasan Ali,budak mentah yang katanya bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Noordin.Puak-puak ni dah jadi sampah politik dan kini jadi alat Umno dah tak laku dah.Bak kata orang setakat jadi Pak Yet dalam politik.Budak Hafiz tu kata ini perintah Allah.
Apa cerita dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.Mentekedarah hasil minyak negeri tanpa bayar royalti ni perintah Allah jugak ka?Perintah Allah jugak ka MB Terengganu kata hanya rumah mampu milik di kawasan yang BN menang?Balas dendam ni ikut ajaran mana?Takkan ajaran Islam?Macam mana dengan tuduhan Tok Lebai Pondok Umno yang kata undi Pas haram,TGNA sesat, Pas parti ajaran sesat?
Terkini Presiden Pas mengulas isu berUG Pas-Umno ni kata ,“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia raba(tarik) kita tenggelam sekali,”.Presiden pun kalau nak lemas sama dengan puak tu tak akan jadi lagi pemimpin yang dihormati!Dah la isu pertindihan kerusi dalam pru 13 dia kena kritik teruk.
Tepuk sebelah tangan tak bunyi tapi kalau pakat-pakat tepuk kedua belah tangan bunyi jadi deras.Berapa dapat komisen kalau Pas -Umno berUG?

BN belanja RM100 juta untuk pru 13 tapi tak berbaloi
The Malaysia Insider melaporkan ;
Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.
“Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami,” tambah beliau.Baca semua di sini.
Kini apabila semua strategi tak menjadi maka ditiupkan api perkauman untuk tutup segala kelemahan BN yang dilihat semakin tak ketawan hala.Pemimpin Umno tidak mahu dalam keadaan sekarang ahli Umno bangkit memberontak buat undi tak percaya kepada Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN.Jika ini berlaku dan kita yakin akan berlaku tak lama lagi maka habislah karier Najib dalam politik.Muhyiddin sedang mengintai peluang terbaik untuk jadi PM.Jika Najib pintas Muhyiddin dengan melantik orang lain sebagai PM maka lagi teruk jadinya!Dalam politik macam-macam boleh jadi.
Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi sedang mengumpul bukti di 27 parlimen yang didakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya.Jika ada bukti kukuh Najib pasti tak senang duduk.Kata Rafizi Ramli,“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,lapor keadilandaily.com.
Langgan:
Catatan (Atom)