Ahad, 1 November 2009

Kalau Semua Muka Macam Selipar Jepun...

Murshidul Am Pas telah diundang untuk sampaikan ceramah dalam Majlis Penutup Konvensyen Pakatan Rakyat di Ipoh, Perak. banyak kata -kata menarik Tok Guru yang penuh dengan gurauan yang tajam dan juga kritikan beliau terhadap Umno yang rampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Berikut adalah kata-kata Tok Guru yang dipetik daripada harakahdaily(Klik)


"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."


"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasny-harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan