Sabtu, 21 November 2009

Korek Jangan Tak Korek

Mayat Teoh Beng Hock sudah pun digali semula dan telah di bawa ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat kali kedua ekoran kenyataan Pakar Patalogi daripada Thailand Dr Ponrthip yang mengatakan 80 peratus Teoh telah di bunuh manakala 20 peratus saja bunuh diri.

Untung keluarga Teoh kerana masih dapat cari keadilan untuk cari apa sebenarnya yang menyebabkan Teoh mati. Dr Pornthip wakili Kerajaan Selangor manakala SPRM pula upah pakar patalogi daripada Britain untuk tengok punca kematian Teoh.

Bagaimana pula keadilan untuk keluarga Altantuya yang mati kena bom c4? Jika mayat Altantuya tidak berkecai sudah tentu pakar patologi boleh buat kajian punca kematian Altantuya yang sebenar. Altantuya hanya jumpa abu mayat sudah tentu pakar mana pun tak dapat buat andaian yang sebenar. Hanya kenyataan demi kenyataan P. Balasubramaniam penyiasat persendirian yang menimbulkan semula ingatan rakyat Malaysia kepada pembunuhan Altantuya.Siapa pembunuh sebenar Altantuya?Siapa perancang utama bunuh Altantuya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan