Rabu, 11 November 2009

"Saya Bai'ah Lama Dah"- MB Kedah

Cuba tuan-tuan tengok cara Ustaz Azizan jawab isu bai'ah yang sedang dimanipulasikan media untuk dijadikan isu dalam media. MB Kedah tu memang ngaku di Kedah pun ada buat Bai'ah tapi Bai'ah taat setia kepada pimpinan dan parti. Bai'ah talak tiga tak ada di Kedah kata Ustaz Azizan.

Berikut petikan kata-kata Ust Azizan laporan bernama isu Bai'ah dalam Pas

"Saya memang bai'ah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.

"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Rabu.

"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? dahla kena tinggal, jatuh talak pula.

"Hat ni belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?," katanya . Baca di sini

1 ulasan:

  1. that is an intelligent answer to silent puak-puak UMNO ni.

    just wish that tuan president, timbalan & naib president boleh menberi jawapan yang bijak seperti itu

    BalasPadam