Khamis, 19 November 2009

"Itu Tak Betul"- Ariffahmi


Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman menafikan yang beliau telah diminta oleh Menteri Besar Kelantan itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang kini menjadi tumpuan kontroversi.

"Itu (dakwaan) tak betul," kata Ariffahmi ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai tulisan Syed Azidi mengatakan yang beliau telah diarah meletakkan jawatan, Ariffahmi memberitahu, "mungkin dia salah maklumat atau dia buat cerita, nak beri tekanan kepada Tok Guru."


Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada mengunjungi Kuala Lumpur semalam tetapi ia tidak kena-mengena dengan urusan PMBK.


"


Ketika ditanya sama ada beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kelmarin, Ariffahmi berkata, "hari-hari meeting dengan Tok Guru (Nik Aziz)."

Sehubungan itu Ariffahmi menjelaskan, Nik Aziz meminta beliau agar bersabar menghadapi isu semasa.

"Dia suruh saya bertenang, sabar kerana ini sebahagian dari jihad, tak ada sebut soal letak jawatan,"

Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Nik Aziz and Nudin Awang share more than just initials. It seems that Nudin was the guy who offered to pay the PAS' spiritual leader's VIP package to Mecca. Nik Aziz said there was no conflict of interest. But my sources said Nudin Awang (aka Nordin Mardi because he was a driver with Mardi before he got his riches) has benefited from the Kelantan state government that Nik Aziz's PAS administers. He's more than just a billboard operator.

    BalasPadam