Jumaat, 20 November 2009

SPR Nak Tegak Benang Basah

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.-Bernama

Sebenarnya SPR dah malu kepada rakyat Malaysia kerana dah buat keputusan mengatakan Dun Kota Siputeh tidak kosong tapi bila Hakim Mahkamah Tinggi kata DUN tersebut kena buat pilihanraya semula tu yang SPR pulun nak pertahan apa yang ia sebut sebelum tu. Maka merayu-rayulah SPR macam orang angau atau gila talak.Cuba kita tengok apa kata hujah Peguam Kanan Persekutuan yang wakili SPR;


Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Ini bukan soal rugi untung ini soal undang-undang tubuh Dun Kedah yang Umno sendiri buat sejak perintah Kedah 51 tahun lalu bukan baru buat semasa PR perintah Kedah sejak Mac 2008 yang lalu. Nak kira rugi , KTM beli Tren buruk pada harga RM30 juta lagi rugi , itu juga wang rakyat yang bayar cukai, bukan beli dengan duit Umno-Bn.

1 ulasan:

  1. Woit suruh SPR daftar sebagai parti politik dan bertanding la. Yg perlu merayu merenek ni parti politik. Apa punya EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

    ZolSatibo

    BalasPadam