Rabu, 18 November 2009

Rasuah: Malaysia Turun Ke Tangga 56

Presiden TIM (Transparency International Malaysia) Datuk Paul Low berkata ranking Malaysia menurun ke tempat ke 56 tahun ini berbanding 47 pada tahun lepas, dari kumpulan 180 negara yang ditinjau.Laporan Bernama


Paul Low berkata penurunan Malaysia dalam CPI 2009, iaitu penurunan 0.6 dari 5.1 pada 2008 ke 4.5 tahun ini "mungkin disumbangkan oleh persepsi kemajuan kecil dalam membanteras rasuah, dan kurangnya azam politik dalam melaksanakan langkah-langkan anti-rasuah yang berkesan".

Contoh yang membawa kepada kebimbangan berat ialah kegagalan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan tahunan Ketua Audit Negara menonojolkan salahguna perolehan awam yang luar biasa, katanya.-Bernama

Laporan TIM itu menunjukkan Malaysia adalah negara terburuk di Asia dalam amalan rasuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan