Khamis, 19 November 2009

Sibuk Dengan Tauliah Rumah Urut Bersepah

Tadi aku pi makan di sebuah restoran di seksyen 17, Shah Alam, berbual dengan taukeh Restoran tu, dia kata kat aku;

"Bang apa ni rumah urut sekarang di Selangor bersepah macam cendawan musim hujan." Aku kata mana u tau?

Taukeh restoran tu kata sekarang ni kalau mohon lesen atas nama rumah urut atau 'massage' memang tak dapat tapi atas nama reflexsology memang lulus punya. Dia sebut la satu nama tempat urut tu seperti di Sri Muda, Shah Alam nama 'reflexsology' tapi dalam tu urut benda lain.Kat Damansara dan Puchong pun ada.

Kata taukeh restoran tu lagi yang menyedihkan ramai perempuan Melayu jadi tukang urut kat dalam premis yang berwayangkan 'reflexsology'.Kata taukeh tu lagi;

"Reflexsology tu urut tapak kaki tapi kalau urut 'benda' tu RM50 ! Tak percaya jom pi ikut ."

Beliau bagi cadangan supaya JAIS , Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan buat pemantauan di premis reflexsology. JAIS jangan hanya sibuk dengan tauliah sedangkan ramai anak remaja perempuan Melayu terjebak dengan kancah maksiat.

Kata taukeh tu lagi-"Kita bagi undi kepada mereka sebab tak mau benda ni semua semakin merebak, jangan asyik dok kata kat Umno saja, sekarang bukan zaman Umno perintah, kita yang perintah kena hapuskan ,malah jangan libatkan perempuan Melayu bekerja di rumah urut.". Beliau juga syorkan supaya semua premis rumah urut di tulis papan tanda 'ORANG ISLAM DILARANG MASUK'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan