Isnin, 16 November 2009

Dedah Salahlaku Umno Tak Laku

Isu Bai'ah, Tok Guru Nik Aziz hajinya ditaja orang , Umno gesa SPRM siasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pendedahan demi pendedahan oleh Sheikh (Kicdefella) gara-gara kena diberhentikan kerja dengan PMBK mewarnai politik Pas yang nampak tak habis-habis dengan isu yang dibangkitkan media.

Umno yang buat banyak penyelewengan seolah-olah dilupakan. Kenapa? Sebab Pas selama ini dianggap parti yang memperjuangkan Islam, jadi bila timbul isu berkaitan PMBK dan Haji yang ditaja sudah tentu mereka mainkan isu ini semau yang mungkin.

Adakah jika berlaku penyelewengan dalam Pas dan negeri yang dikuasai Pas kita hendak sembunyikan saja ? Bak kata orang 'sorok bawah karpet'. Boleh kah buat macam tu? TGNA pun biasa sebut SPRM boleh siasat 25 jam Kerajaan Negeri Kelantan jika buat penyelewengan dan rasuah.

SPRM juga tak siasat pendedahan ahli Parlimen Batu , Tian Chua yang mengatakan MB Negeri Sembilan hantar duit ke luar negara RM10 juta. Duit tu bagi kat sapa untuk apa? SPRM juga tak siasat Kementerian Pengangkutan beli keretapi buruk pada harga RM 30 juta seperti yang didedahkan di Parlimen sedangkan harga sebenar di pasaran RM 10 juta saja.

Pas jadi tumpuan kerana Pas parti yang memperjuangkan Islam sementara Umno hanya parti Melayu saja jadi siasatan tak perlu disegerakan jika buat rasuah dan penyelewengan!Dedahlah salahlaku pemimpin Umno banyak manapun orang dah tak berminat nak ambil peduli. Mungkin kerana rasuah itu dah jadi budaya Umno dah jadi perkara biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan