Khamis, 12 November 2009

Borang Subsidi Beras Kena Dapat Tandatangan Ketua Umno Bahagian

Dewan Rakyat hari ini kecoh bila berlaku pertikaman lidah antara Datuk Noh Omar dengan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mendedahkan berlakunya penyelewengan dan penganiayaan dalam pemberian Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) kepada rakyat yang memerlukan.

Baucer borang SUBUR itu perlu dapat tandatangan Ketua Umno Bahagian untuk diluluskan, sedangkan SUBUR adalah agensi Kerajaan.Berikut apa yang disiarkan Bernama


Kekecohan bermula apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang didedahkan sebuah akhbar Cina tempatan.

Dr Lo'Lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan isu itu mempersoalkan keperluan mendapatkan kelulusan daripada Umno sedangkan Subur merupakan program kerajaan.

"Saya mahu tanya ini duit Umno ke duit kerajaan sebab kalau duit kerajaan ia adalah daripada duit rakyat, kenapa perlu dapatkan tandatangan Ketua Bahagian Umno?," soal beliau.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pula bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer SUBUR hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.-bernama Dewan Rakyat Ditangguh 10 Minit Kecoh Perkataan 'Anjing'

Noh Omar menafikannya hingga keluar perkataan 'anjing' kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

1 ulasan: