Rabu, 18 November 2009

Balasubramaniam: Kerajaan Tahu Saya Dimana


Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri.

Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai.

Bala memberitahu, ketua pasukan cawangan khas itu dikenali sebagai ACP Muniandy.

Bala berkata, pada 7 Julai 2008, pegawai perhubungan cawangan khas di kedutaan Malaysia di Bangkok menghubunginya dan memintanya memberikan kenyataan pada keesokannya. Bala berkata, ini menunjukkan kerajaan memang mengetahui setiap pergerakannya.

Di sebalik, soal siasat di Bangkok dan dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain yang dibuat dalam tempoh 24 jam, tidak ada sebarang arahan dibuat sama ada polis mahupun pejabat Peguam Negara supaya penyiasatan dibuat terhadap kes Altantuya.

Akhbar arus perdana tidak langsung membuat liputan terhadap pendedahan terbaru Bala ini, berbeza dengan laman-laman web yang memberi fokus utama sejak minggu lalu.

Bala dipetik berkata demikian dalam laman web Malaysia Today.

Tv Selangor.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan