Jumaat, 27 November 2009

Adun Bukit Kayu Hitam Tayang Duit Hina Mangsa Banjir

Sewaktu banjir melanda Changlun sebanyak tiga kali pada tahun ini telah berlaku kejadian yang nampak sangat kelaku buruk Adun Bukit Kayu Hitam ,Hj Zaini Jaafar (Umno-Bn). Kejadian yang menghina mangsa banjir itu berlaku di Surau Kampung Belukar, Changlun pada banjir kali kedua yang melanda kampung tersebut pada 13 november Khamis malam Jumaat sewaktu adun berkenaan singgah di penempatan mangsa banjir di Surau Kampung Belukar.

Seorang mangsa banjir yang bernama Sharif Ishak menceritakan sewaktu Hj Zaini hendak pulang telah mengeluarkan seikat wang kertas daripada kocek bajunya dalam jumlah yang agak banyak dan menayangkan kepada mangsa-mangsa banjir sambil berkata ;

"Sharif,Kalau nak jadi wakil rakyat , kena ada duit macam ni, kalau tidak tak payah jadi wakil rakyat." Selepas itu Hj Zaini simpan kembali wangnya ke dalam poket dan keluar daripada Surau berkenaan tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mangsa-mangsa banjir pula tidak mengharapkan sebarang bantuan daripada beliau kerana bantuan makanan telah diberikan lebih awal daripada Ngo seperti PEMBELA dan juga bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). Mereka mengucapkan banyak-banyak terimakasih kepada PEMBELA dan JKM.

Mangsa-mangsa banjir hanya kesal dan menganggap Adun Bukit Kayu Hitam itu telah menghina dan merendah-rendahkan mereka dengan menunjukkan wang, bersikap takbur dan bongkak dengan kekayaan yang beliau miliki.

2 ulasan:

  1. apa mau bikin.....kalau tak reti2 juga nak ajar...pilihanraya akan datang.....mampuh la...

    BalasPadam
  2. Sebagai pemimpin kita tidak harus takbur. Manusia yang takbur akan binasa issyaallah. Pilihanraya ini patut dan wajib bagi rakyat menolak Adun yang bongkak dan takbur. Inilah buah-buah yang busuk dihidangkan oleh PM untuk rakyat bukan nak bela tapi hina orang.Takbirrrrrrr Hancur ummmnooooooooo

    BalasPadam