Rabu, 18 November 2009

'Haji Taja' Laporan Akhbar Pun Dah Boleh Siasat- Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat isu tajaan haji Menteri Besar Kelantan berdasarkan laporan akhbar walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada suruhanjaya itu.

Beliau berkata setakat ini tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM berhubung isu tajaan haji Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"SPRM boleh menyiasat kes berkenaan berdasarkan laporan akhbar yang memetik pengakuan Menteri Besar itu pada 10 Nov lepas," katanya kepada pemberita selepas bertemu Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.-Bernama-Di Sini

Tak ada laporan polis dan aduan kepada SPRM pun boleh siasat. Siasat jangan tak siasat. Kepada yang dedahkan isu PMBK dalam blog mereka lebih baik pergi buat aduan kepada SPRM supaya SPRM cepat-cepat pergi siasat. Kalau ada bukti tak payah dok tulis dalam blog nanti lama-lama orang anggap lain pula.Lebih baik pergi pejabat SPRM buat aduan habis cerita.
Baca juga di sini- Apa Yang 'digegekan' Oleh Kicdefella (klik)

1 ulasan:

  1. "Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang

    SIAPA TAJA MOHD JAMIL untuk Khalid Samad ceramah Agama dlm Masjid.

    BalasPadam