Sabtu, 14 November 2009

Hubungan Kami Macam Isi Dengan Kuku-TGHA

Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai Presiden Pas tidak terjejas kerana masih dapat sokongan akar umbi dan pimpinan parti walaupun ada pihak beri gambaran yang berbeza

Hubungannya dengan Tok Guru Nik Aziz juga baik kata Presiden Pas itu. Tidak ada sebarang masalah

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini," kata TGHA-Bernama Kedudukkan Sebagai Pemimpin Nombor Satu Pas Tidak Terjejas

Mustafa Ali pula sambut baik saranan Bekas Menteri JPM, Zaid Ibrahim yang syorkan Tok Guru Nik Aziz jadi Ketua Pakatan Rakyat . Baca di sini

Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 , siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%-harakahdaily

1 ulasan:

  1. Org yg dihina...dipandang keji akhirnya yg memberi kata hikmah.......bagai isi dgn kuku!!!! Mendamaikan...menyejukkan. Bkn membakar lagi sekam yg dibara. Seperti hilang pertimbangan dan kewarasan berugama.
    Zaman late Ustaz Fadhil dulu2...beliau telah buka pintu PAS seluas2nya kpd sesiapa pun utk masuk PAS krn nak mengambil peluang dari perpecahan UMNO. Byk sokongan moral dan undi diperolehi. Tindakan beliau wajar utk zaman beliau. Dari sudut itu...beliau boleh diiktiraf sebagai pemimpin yg bijak mengambil kesempatan.
    Skrg zaman TGHA...hasil kejayaan tersebut...kini beliau kene balance pandangan2 dan tindakan2 puak2 dari pelbagai school of thoughts yg dah masuk PAS. Ingat senang ke nak kawal pelbagai ragam anak2 yg datang dari aliran yg berbeza2. Bkn keluaran aliran agama sahaja mcm dulu2...ada jurutera, professor, doktor, jurusan sains politik dan lain2 juga. Ingat senang ke????? Setiap mereka mempunyai otak pemikiran yg dididik oleh guru2 yg berbeza.
    Mcm gak klu sekolah rendah kalau dijadikan satu aliran...akan muncul pelbagai ketegangan bila puak2 yg berbeza matlamat bernaung dibwh satu payung. Islam sendiri pun mengalami kekecohan yg sama dari zaman nabi yg tertumpu hanya di jazirah arab sehingga lah apabila islam itu mula dianuti oleh mereka2 yg berkulit hitam...kuning, coklat dan pelbagainya dari seluruh pelusuk dunia. Tidakkah masyaf quran pertama di buat oleh Usman krn utk mengelakkan perbezaan bacaan dan fahaman akibat kepelbagaian ragam umat Islam diwaktu itu? Tidakkah mazhab itu lahir krn kepelbagaian pemahaman?
    Tapi ramai dari kita penyokong2 PAS yg taksub dgn aliran masing2 sehingga merasakan...either you with me or hway. Tidak menerima kepelabagaian itu sebagai satu rahmah. Kerakusan krn merasakan diri lebih baik....sehingga mencapai tahap menghina Presiden sendiri...umpama sokong membawa rebah!!!!

    BalasPadam