Sabtu, 21 November 2009

Wujud Konspirasi Terhadap Saya-Husam

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Malaysian Insider- Baca Di sini

4 ulasan:

  1. Saudara Misai Merah, suruh YB Husam Musa amalkan Doa pendinding "Jawsyan Kabir" 40hari. InshaAllah musuh layu dan datang mengadap. Tuan Hj Mohamad Sabu amalkan ini sehingga kini musuh beliau dalam Pas mula melutut. Rakyat dahagakan keadilan dan kebenaran. InshaAllah pemimpin keadilan dan kebenaran akan muncul atas rintihan dan tangisan rakyat.

    ZolSatibo

    BalasPadam
  2. Imam Ja'far al-Sadiq(as): Apabila kalian menanti zuhurnya Imam Mahdi(as), maka angkatlah senjata kalian. Orang bersenjatalah yang sebenarnya menanti Imam Mahdi(as). Dan orang yang tidak siap siaga mengangkat senjata, maka penantiannya palsu. (Kitab Safinah al-Bihar,juz2,hal705)

    Mojtaba, Bukit Kayangan.

    BalasPadam
  3. Memeranjatkan!

    Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L'gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu.

    Konspirasi untuk "mengawal" TGNA dan menjatuhkan YB Husam!

    Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.

    Apakah yang berlaku sekarang ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin.

    Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas?

    Kasssim Slamat

    BalasPadam
  4. Misai Merah, misai tuan merah betul atau bubuh inai. Setahu aku misai merah ni jenis baggali jaga. Kak kah kah !

    Intelligen JPM beritahu aku Exco Kelantan tu YB Takiyuddin. Ikut dia. Bila lagi nak buat duit.

    BalasPadam