Jumaat, 30 Julai 2010

Zulkifli Noordin samakan Dap dengan Israel?Minta lenyap daripada peta politik Malaysia

Zukifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat kata Melayu yang bersekongkol dengan Dap sebagai bodoh, haprak. Beliau juga menyarankan supaya Dap dihapuskan daripada peta politik Malaysia. Kata Zul Noordin dalam blog beliau;

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!! Baca semua di sini.

Itulah wajah-wajah orang politik dan penjilat kelangkang pemimpin yang pernah beliau tatang dulu. Dulu lain sekarang lain. Dulu semua ok sekarang semua ko. Dalam Pas pun sama orang macam Zul Nordin pon ada jika dulu diberi jawatan dan pangkat mereka puji melangit kepimpinan kerajaan Pas, tapi bila dah hilang jawatan mereka memercikkan api ke muka pemimpin Pas. Kalau dulu bukan main puji bukan takat jilat malah bunga pinggan pun nak ditelannya!

Sekarang mereka jadi tukang jilat sisa -sisa yang Umno makan untuk terus hidup. Adakah mereka ada prinsip ? Mereka ada prinsip tapi prinsip untuk kenyangkan tembolok sendiri .Prinsip untuk tembunkan perut yang mengempes kerana hilang punca rezeki. Boleh pakai ka orang macam ni?

3 ulasan:

  1. oittt kukmang(zul) Lim Liong Sik Tipu Malaysia.. pehal... Tipu dlm islam lebih berdosa dari mansuhkan hak bumiputera.. banyak lagi isu lebih besar dr hak bumiputera..

    BalasPadam
  2. Salam...
    org kalo da skali berpaling...xkan diterima sampai bila2...wallahua'lam

    BalasPadam
  3. Yang patut dilenyapkan ialah PENYAMUN TARBUS tu...

    BalasPadam