Isnin, 31 Mei 2010

Tanah sekangkang kera tu yang nak difaraidnya

Pemilikan 60-40 bakal gadai tanah Melayu Kg Baru

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata, cadangan kerajaan Umno memberikan 40 peratus pemilikan hartanah di Kg. Baru kepada bukan Melayu bakal menggadaikan tanah berharga orang Melayu di kawasan itu.

Menurutnya, status tanah tersebut lebih tinggi dari rizab melayu kerana telah dikurniakan Sultan Selangor kepada orang Melayu di bawah Malay Agriculture Settlement (MAS).

"Saya memang tidak bersetuju dengan 60:40 ini, Tanjung pagar pun 60:40, yang ini pun 60:40, saya tak faham kenapa dengan 60:40 ini.

"Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin sebelum ini memberitahu bukan Melayu berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah mengenai pembangunan Kampung Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 29 Mei lalu.-Harakahdaily.

Aku tak tahu Umno ni manusia jenis apa. Kata perjuang Melayu. Tapi hak seratus peratus Melayu tu saja yang tinggal di Kuala Lumpur tapi yang tu la nak difaraidnya kepada orang lain.Cuba tanah tempat lain yang kuasai nya bukan Melayu seratus peratus mau ka depa faraidnya kepada kita?Terserah kepada pemilik tanah Kg Baru setuju ataupun tidak tanah tu depa punya. Tapi jangan Umno nak tuduh parti selain Umno yang pelingkup bangsa sendiri tapi Umno lah perancang utama hapus hak seratus peratus bangsa sendiri.

Ustaz Fadzil Nor dalam kenangan

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)

Oleh: Riduan Mohamad Nor.

" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.-harakahdaily

Ahad, 30 Mei 2010

P.Pinang dan Selangor dah haramkan judi bola, Kedah dok tunggu apa lagi?

MB :Selangor tidak akan luluskan premis judi sukan

Kerajaan Selangor mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.

Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

“Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Khalid ketika parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengambil langkah membantah tindakan kerajaan pusat memberi lesen kepada judi sukan.

Sambil membantah keputusan kerajaan pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula bulan depan, Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.

Sebaliknya, tindakan kerajaan pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.-Malaysian Insider.

Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam , MB Kedah mendahului Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid istihar tolak judi dan haramkan judi bola berkenaan. La nie di Kedah musim buah derian , takkan buah derian jatuh atas kepala baru sedaq kata judi bola tu dah diharamkan di Pulau Pinang dan Selangor!


Sikit-sikit ISA!

Polis tidak teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang cuba menimbulkan sentimen menggugat keselamatan negara ketika pelancaran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Pusat Konvensyen dan Pameran Mines di Sungei Besi, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan akan bertindak tegas jika berlaku pelanggaran undang-undang.

“Kepada semua penyokong dari kedua-dua belah pihak iaitu sama ada pro atau anti-Samy (Datuk Seri S Samy Vellu) dinasihatkan menjaga tingkah laku yang boleh menyebabkan ketenteraman awam tergugat.

“Polis akan pantau perjalanan majlis dan jika didapati berlaku pelanggaran undang-undang, kita akan ambil tindakan tegas termasuk mengenakan tindakan mengikut ISA sekiranya berlaku kejadian yang boleh menggugat keselamatan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku kekecohan sekiranya berlaku pertembungan penyokong GAS dan penyokong Gerakan Anti-Mugilan (GAM) ketika berlangsungnya majlis berkenaan. -Sinar Harian Online

Sabtu, 29 Mei 2010

Tak rasa hairan kalau bukan Melayu sokong judi bola

Judi yang haram atas alasan apa pun kalau nak diperharamkan kita kena sokong. Atas alasan politik atau alasan yang benar-benar ikhlas nak kawal bentuk perjudian tak kiralah yang perintah tu bangsa apapun janji tolak judi kita kena sokong.

Berlainan dengan seorang adun Melayu yang beragama Islam kata Ketua Menteri Pulau Pinang haramkan judi bolasepak semata-mata kerana niat politik.Kalau bukan Melayu kata lagu tu kita tak hairan. Ni orang Melayu beragama Islam anggap batal judi bola di Pulau Pinang tuduh niat Lim Guan Eng itu kerana niat politik.

Yang batal judi bola dianggap serong yang pertahan judi baguih pulak.Lapor Malaysiakini Ariff: Pulau Pinang 'main politik' haram judi bola melaporkan;

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.-Malaysiakini.

Orang Melayu bukan mati kerana tak dak duit tapi mati kerana tak makan

Masih dok teringat cerita 9 tahun lagi katanya Malaysia diramal akan jadi negara muflis dan bankrup kalau lah subsidi untuk rakyat tak dihapuskan sedikit demi sedikit. Aku tak tau lah ramalan tersebut hanya sekadar untuk buat rakyat 'halalkan' jika subsidi dihapuskan.

Tadi dok sembang dengan orang tua aku dulu dia kerja kilang beras di Kedah selama 18 tahun. Masa tu Lembaga Padi Negara (LPN) ,Bernas tak wujud lagi. Tahun 80-an kilang beras Melayu di Kedah boleh dikatakan ada disegenap tempat. Sekarang nak cari sebiji kilang Melayu yang 100% nama Melayu dah tak dak lagi nak buat ubat pun payah! Yang banyak kilang beras bukan Melayu.

LPN yang dah jadi Bernas diswastakan yang kenyang sapa? Bernas joint dengan bukan Melayu lama-lama Bernas pun jadi 'macaai' saja . Masa zaman LPN dulu berlori-lori orang kampung hantar padi ke LPN sekarang dah jadi Bernas semua kilang beras Melayu dah mampoih .Kilang Bernas pun hidup segan mati tak mau. Semua padi sekarang dihantar ke kilang bukan Melayu macam-macam insentif tauke kilang bagi. Mula daripada drebar lori hingga ke atas. Daripada bawah meja sampai ke atas meja.

Kata ayah aku, taukeh kilang beras melayu tempat dia cari rezki dulu, dia pun dah mati dah, "satu hari hang akan tengok orang Melayu bukan mati kerana tak dak duit tapi mati kerana tak makan!" Aku tanya ayah aku , "awat taukeh kilang tu kata lagu tu?" Jawab ayah aku, "maksud taukeh kilang tu ialah bila taukeh -taukeh kilang yang bukan Melayu tu stop tak jual beras seminggu saja kita yang ada duit nak beli beras di mana?

Hapus subsidi untuk rakyat dengan tujuan tak mau bagi negara bangkrup tapi rakyat yang rata-ratanya masih miskin dan cukup makan hanya mengundang sengsara buat rakyat. Yang kenyang dan tak miskin-miskin taukeh-taukeh judi, bapa rasuah dan segala jenis lintah darat yang memeras keringat rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Nak selamat daripada negara bangkrup rakyat jadi mangsa,Nak hapus subsidi tapi cukai yang dikenakan ke atas rakyat tak dihapuskan. Makan menatang apa pun kena cukai. Servis kereta kena cukai, makan kfc kena cukai, beli barang pasaraya kena cukai, semua rakyat tanggung pemimpin hanya pandai cari jalan nak selamatkan negara daripada bangkrup rakyat mampoih pi la! Petronas untuk berbilion tapi duit tak tau pi mana. Lagi bodoh pikiran rakyat pemimpin Umno lagi seronok sebab sampai tua depa boleh perkuda kita.

Jumaat, 28 Mei 2010

Vincent Tan pernah mohon judi 4 nombor ekor di Kelantan-Husam Musa

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi.TV Selangor.

Negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat juga wajib contohi Kelantan. Kalau boleh mereka bersatu hapuskan terus judi dan segala maknikam yang ada kaitan dengan judi. Tanpa judi rakyat lebih selesa , lebih gembira demi masa depan anak cucu kita.

"Kita akan terajang pelacur politik"- Ketua AMK

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."

Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul Iskandar juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."

"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan kongres sayap pemuda parti itu Kota Bharu. -Malaysiakini 'Bersihkan AMK dari pengkhianat, pelacur politik'.

Yang pasti tindakan adun-adun PKR dan ahli Parlimen PKR lompat parti jadi bebas termasuk yang dipecat telah memalitkan tanggapan serong dan tak bermaruah.

Khamis, 27 Mei 2010

Minyak nak naik 15 sen lepas tu Malaysia jadi bangkrup!

Apakah ramalan penganalisis yang kata harga petrol akan naik 15 sen seliter pad tahun ini benar?

Memang benar! Kalau nak turun harga petrol itu memang tak ada dalam kepala pemerintah. Harga petrol akan naik setiap tahun bermula tahun ini. Nak kurang subsidi kena penaik harga . Yang langsung tak rasa susah hati petrol mahal ialah golongan kaya dan taukeh-taukeh judi yang semakin berkembang biak di Malaysia.

Lapor Malaysiakini;

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.Baca lagi di sini.

Bila minyak dah mahal Malaysia juga akan jadi negara yang bangkrup dalam jangkamasa 9 tahun lagi macam negara Greece! Ini hanya ramalan betoi tak betoi hanya Allah yang maha mengetahui.Pemimpin Umno-Bn dabik dada merekalah yang pandai perintah negara, yang bijak urus negara supaya rakyat jadi makmur , tup tup bila Menteri JPM Datuk Idris Jalla kata Malaysia boleh bangkrup 9 tahun lagi jika subsidi berterusan terkejut kita kerana Malaysia kaya dengan hasil bumi dan kaya dengan hasil minyak nak jadi bangkrup!

Pemimpin Umno memang pandai, pandai perabih. Contoh pandai perabih ialah orang yang gadai geran tanah ,sandar di bank untuk pinjam duit. Bila dapat duit beli kereta mewah tak buat pusing untuk meniaga lama-lama hutang tak boleh bayar kereta kena tarik.

Orang yang cerdik tak payah modal .Bulan dengan matahari boleh bawa letak atas riba. Ambik besen letak air dalam besen nescaya bulan jatuh atas riba!

Yang bangkrup negara ,pemimpin belum tentu bangkrup. Yang tanggung derita rakyat marhaen dan miskin.Bermula dengan bangkrup politik akan menyusul bngkrup negara. Inilah bala halalkan yang haram jadi halal.

Saudara Lutfi dah semakin sihat

Ketua Pengarang Harakah saudara Ahmad Lutfi dah semakin sihat. Berjalan pun dah tak payah pakai tongkat. Alhamdulillah semoga kesihatan beliau semakin baik. Saudara Lutfi ada hantar message pagi tadi;

"Semalam ke HUKM. Alhamdulillah ana kian pulih. Boleh berjalan tanpa tongkat. Salam buat kawan2...Tkaseh atas doa, sokongan..."

Daripada message beliau itu menunjukkan perubahan daripada keadaan beliau dua minggu yang lalu sewaktu melawat saudara Lutfi di rumahnya.

Judi Bolasepak , tanah KTMB dan telaga minyak tergadai bahana APCO?

YB Khalid Samad menegaskan ditubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan' pemimpin Umno-Bn yang melakukan pengkhianatan terhadap negara yang kita cintai ini. Dalam laporan Malaysiakini Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan' melaporkan;


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya-Malaysiakini.

Rabu, 26 Mei 2010

"Depa ingat nak ambik balik macam pinjam kawah kenduri ka "-Ust Azizan

Dalam harakah bil terbaru 1543 (edisi Jumaat) dalam ruangan 'koridor Pakatan Rakyat' m/s 13 memuatkan petikan ucapan MB Kedah Ust Azizan dalam ceramah perdana "Bubar Dun Kedah?" pada 22 mei lalu , antara lain Ust Azizan memulangkan paku buah keras kepada parti lawan Umno -bn yang yakin Dun Kedah akan bubar walaupun tak bubar-bubar hingga sekarang. Kata Ustaz Azizan;

"Khabar angin dan kekecohan ini berlaku sebab Umno tidak boleh terima hakikat bahawa parti itu sudah jadi pembangkang."

"Belajarlah jadi pembangkang dan berlawan secara anak jantan sewaktu pilihanraya akan datang!"

"Jangan bagi Ustaz Azizan kembali ke perangai lama(dengan membuat pendedahan tindak tanduk pemimpin Bn). Apa yang Umno buat sebelum ini segala kepincangan saya tahu dan saya diamkan. Tetapi jika Umno melampaui batas, saya akan dedahkan semuanya!"

Kata Ust Azizan lagi ," Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah.Sejak merdeka , sudah 50 tahun kita kalah tetapi kita bersabar. Dan bila kita menang , Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita."

Aku ingat bila Ust Azizan kata nak bubar Dun mungkin hanya sekadar 'gempaq keling' saja tapi bila sorang demi sorang adun pkr meloroih tentu kita rasa tak sedap hati termasuklah Ust Azizan sendiri...

Kata Ust Azizan lagi ,"Saya tidak akan bubarkan dun hinggga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan .Hanya orang gila saja yang hendak bubar.Saya belum gila lagi. Depa ingat nak ambik balik ( kuasa ) macam pinjam kawah kenduri kah...?"

Aku harap sangat-sangat moga Kedah teruih sampai pru akan datang Pakatan Rakyat perintah. Ya la daripada Umno-Bn yang mentekedarah harta rakyat perintah lebih baik Pas dan Pakatan Rakyat perintah. Tapi kalu dok cari pasai nak bubar jugak silap haribulan yang besa jadi Exco dan MB pakat gulung kain hisap rokok daun tepi bendang! Ust Azizan kena ceramah selalu baru rakyat Kedah rasa seronok ngan Ustaz!

Baca juga ;
Platform baru bantah judi di Kedah-Malaysiakini

Pandai dan cerdik semua bagi kat Singapura

Seorang anak muda lulusan ijazah Sains Politik kata kat aku ,"Bang orang kita ni banyak yang pandai tapi cerdik kurang." Dalam maksudnya.

Adakah PM Najib pandai hingga tanah KTMB di Tanjong Pagar Singapura boleh ditukar dan jadi hak milik Singapura?Pandai macam macam pandai ada. Pandai kelentong, pandai 'kencing orang' , pandai ubah hukum Tuhan daripada judi haram jadi judi halal pun ada!Pandai bagi rasuah semasa hari mengundi tapi dihalalkan atas nama pembangunan pun kira pandai jugak.

Cedik ? Siapa yang cerdik PM Najib atau PM Singapura? Yang pasti pusing pi pusing mai semua Singapura kenyang dan untung. Daripada sebesaq biji goli dah jadi sebesaq bolasepak!

Tapi kata MB Johor Abdul Ghani Othman Malaysia tak rugi apa-apa bila tanah KTMB di Tanjong Pagar tu jadi hak milik Singapura.

“Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, seperti yang dipersetujui pemimpin kedua negara dalam intipati perjanjian pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.

“Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa,” katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini.Sila lihat berita Malaysia tidak rugi, kata MB Johor.

Adakah MB Johor terlebih pandai,terlebih cerdik daripada PM Najib atau lebih bodoh ?

Berkaitan;
Najib ni bodohka?-Penarik beca

Mufti tak boleh jawab isu judi mulut penuh coklat-Mat Sabu

Kata Mat Sabu AJK Pas Pusat dalam ceramahnya semalam di Rembau menyentuh isu judi bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan 11 jun -11 julai 2010 apabila para Mufti berdiam diri tak jawab isu judi yang diluluskan PM Najib;

"Bila tanya Mufti kes judi bolasepak , mufti tak boleh nak jawab sebab mulut mufti penuh coklat. Sebelah kanan coklat Candos sebelah kiri coklat Feraro Rocher.Kalau buka mulut semua coklat jatuh!"

Berkaitan;
Pemuda Pas 'gempur' premis judi-Harakahdaily
Pemuda Pas Perlis dahului edar risalah di premis judi-malaysiakini
Judi bola:JAIS, mufti S'langor dibidas kerana membisu-Malaysiakini

Selasa, 25 Mei 2010

Lama-lama tinggal gusi dengan lidah

Umno juara rakyat dah bertukar jadi juara perabih harta merdak negara dengan sewenang-wenangnya. Harta negara bukan hak Umno, hak Pas , hak PKR, hak Dap dan lain-lain parti tapi hak negara dan hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman agama dan politik sekalipun. Ini yang kita semua rakyat Malaysia kena ingat .

Kita negara berdaulat dan merdeka tapi PM Najib dan konco-konconya begitu mudah pertaruhkan maruah negara ke darjat yang paling rendah. Kalau kira kasta sampai dah tak dak kasta lagi dah maruah negara diperkotak-katikkan Umno-Bn.

Tak guna Umno dabik dada, depang dada luas-luas tunjuk hebat di kampung-kampung kata Umno lah juara rakyat tapi bila libatkan isu antarabangsa jadi lembik dan melutut pada negara lain dengan begitu mudah.Nak ambik Pulau ambik lah, nak ambik tanah KTMB di Tanjung Pagar Singapura ambiklah, nak ambik telaga minyak yang bernilai berbilion ringgit ambiklah janji 'menang-menang'! Semua Umno kira 'menang-menang' tak dak sapa yang rugi. Lama-lama tinggal gusi dengan lidah saja untuk anak bangsa generasi akan datang! Selagi boleh bagi kat Singapura dan Brunei bagi jangan tak bagi. Satu Malaysia lagi haru biru daripada Islam Hadhari dan Mahathirisme.

Berkaitan;
Perjelas isu KTMB Tanjong Pagar di Parlimen-Harakahdaily
Anwar mahu PM dedah perjanjian pindah stesen KTM Tanjong Pagar-Malaysian Insider
Apabila kejantannya dipesembahkan kepada Singapura-Penarik Beca
Tanah KTMB-Siapa yang untung???-Pinkturtle

Harta Dalam Negeri Pun Kita Bagi Percuma, Tambah La Harta Di Luar Negara

Setelah dua telaga minyak Blok L dan M di Sarawak dibagi percuma kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion kini tanah KTMB di Singapura pulak bertukar tangan kepada hak milik Singapura. Semua harta negara kita bertukar tangan dalam sekelip mata. Mudah sungguh UMno-Bn buat kerja.

Pemimpin Umno -Bn bukan takat bagi free harta negara yang ada di darat malah yang ada di tengah laut macam Pulau Batu Putih pun Malaysia putih biji mata. Semua bagi kat orang . Harta negara macam harta mak-bapak pemimpin Umno. Pi jumpa sembang-sembang, pakat lawan gelak hang aku lepas tu kata Tanah KTMB milik Malaysia di Singapura dah ditukar dah!

Nak bagi harta negara sudah tentu dibawa ke Parlimen, bentang di Parlimen, jumpa Majlis Raja--Raja baru boleh buat kira. Ni dak terus kata tanah KTMB dah tak jadi milik negara dah, boleh selesai macam tu. Harta negara bukan harta pusaka pemimpin Umno.

Harakahdaily Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian? Melaporkan:

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini. Baca lanjut klik tajuk di atas.

Berkaitan;
Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura-Bernama/Malaysiakini

Isnin, 24 Mei 2010

Lepas Permit Judi, Permit 'Gerudi' Pula

PAS kawasan Tawau mendesak kerajaan menarik balik kelulusan permit Konsert 1 Inul yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan mengharamkannya terus dari datang ke Malaysia.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Nazrey Mokhtar, rakyat seluruh negeri Sabah mahu mendengar pendirian Umno negeri atau sekurang-kurangnya Pemuda Umno Kalabakan berhubung isu sama yang sehingga kini masih membisu.

“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Sabah khususnya Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.

“Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan yang akan berlaku akibat konsert itu terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata,” katanya lagi seperti dipetik media.-erapakatan.com

Bila sebut Altantuya Umno-BN rasa macam berjalan atas bara api!





Aku nak ulang sekali lagi punca utama akhbar tabloid Kabar eraPakatan jadi kambing hitam dirampas , disita, permit penerbitan dihalang adalah kerana menyiarkan berita mengenai Altantuya yang dikatakan ada kaitan dengan PM Najib dan pendedahan komisen berjuta ringgit pembelian kapal selam scorpene yang juga libatkan Razak Baginda dan juga PM Najib sendiri. Gambar di atas adalah daripada Malaysiakini.

Cerita KDN 'wang-wing- wang-wing'kata pasai salah guna permit dan mock-up yang dihantar kepada KDN tak sama dengan yang dicetak itu hanya sekadar wayang saja. Umno-Bn tahu akhbar tabloid berkenaan sampai ke ceruk kampung dan dibaca oleh golongan yang tak ada kesempatan nak guna media baru jadi itu punca utama tabloid Kabar eraPakatan dirampas dan disita .

Umno -bn mahu rakyat dikampung-kampung tak celik akan siapa sebenarnya terlibat dengan kes Altantuya maknanya 'master mindnya' masih bebas ke sana kemari. Umno-Bn tak mahu rakyat bawahan tahu siapa yang mentekedarah komisen berjuta ringgit bila kapal selam Scorpene dibeli. Nak bagi tau kat Ngo pro Umno, Umno-Bn dan puak-puak talibarut BN 'bangkai gajah tak boleh tutup dengan tudung saji', bangkai tikus tutup rapat pun bau busuk!

Umno-Bn tak boleh tahan ,panas telinga, kalau cucuh rokok pun boleh menyala bila akhbar berkenaan tulis tajuk 'Najib-Razak Baginda Tersenarai' . Umno -Bn tak boleh tahan rasa macam berjalan atas bara api bila tajuk muka depan Kabar eraPakatan tulis tajuk 'Siasat Hubungan Najib-Apco: Anwar'. Bila sebut komisen kapal selam scorpene akan timbul nama Altantuya tu yang Umno tak boleh tahan sangat-sangat!

Berkaitan;
KDN rampas tabloid Kabar eraPakatan-Malaysiakini
KDN:Kabar eraPakatan tiada permit penerbitan-Bernama/malaysiakini
KDN sita dan tahan penerbitan akhbar tabloid Kabar eraPakatan-Bernama/Malaysian Insider

Rampas Kabar eraPakatan:Umno-Bn lebih takut berita akhbar daripada media baru

Bila baca berita KDN rampas 3,000 tabloid Kabar eraPakatan di Malaysiakini aku dah tulis pada Sabtu 22-05-10 mengenai pihak penguatkuasa KDN yang datang ke kilang yang cetak akhbar tabloid tersebut dalam posting Kilang cetak 'Kabar eraPakatan' didatangi pegawai KDN.

Pihak Umno-Bn lebih takut berita dalam akhbar tabloid tersebut yang menyentuh PM Najib sedangkan media baru seperti blog dan berita terkini yang disiarkan secara online menyentuh isu yang sama tidak diambil tindakan.Berita akhbar seperti Kabar eraPakatan tu kira dah basi berbanding berita dalam media baru. Awat yang Umno -bn takut sangat? Kalau sentuh PM Najib, Altantuya, isu jual beli kapal selam scorpene dalam akhbar tabloid macam tu jadi panas punggung sampai nak rampas-rampas.

Akhbar tabloid 'Selangor Kita' yang tah ada permit penerbitan atau tidak memfitnah pemimpin pakatan rakyat di Selangor tak pula dirampas oleh pihak KDN.

Ahad, 23 Mei 2010

Nabi mana ajar halalkan judi?

Berkata seorang Ustaz dalam kuliah maghrib di Surau berdekatan rumah:

"Di Malaysia ada macam-macam fahaman ada assabiyyah, ada sosialis, kapitalis, nasionalisme dan juga pragmatisme atau matlamat halalkan cara. Benda yangTuhan haram dihalalkan janji tujuan dan pelaksanaan tercapai haram halal belakang kira. Judi yang sedia ada tak tertanggung dosa ditambah pulak dengan halalkan judi bolasepak Piala Dunia 2010. Nabi mana yang ajar halalkan judi?

Agama Islam sedang ditertawakan oleh orang bukan Islam akibat daripada kerja buat pemimpin yang jahil dalam agama. Hukum minum arak dalam Islam disebat 40 rotan tapi dijatuh hukum 6 sebatan . 6 sebatan pulak boleh diubah hanya dengan cuci jamban. Selesai masalah. Lepas tu kata jangan pertikai hukuman tersebut. Yang tak boleh pertikai dan ragu hanya hukum Allah bukannya hukum yang dibuat manusia."

Minta tolong sangat-sangat supaya alim ulama tolong ke depan bantah judi bolasepak yang dihalalkan pemimpin Umno.Jangan dok diam sampai sepatah haram tak kata apa.Taraf alim ulama bukan bantah dalam hati macam rakyat biasa yang tak sebijak alim ulama .

Menteri Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah dok sibuk ulas isu wakil rakyat Kedah nak lompat parti tapi isu judi bola hang tak kata apa. Jamil dengan Muhyiddin mana lagi pandai bab agama? Awat dok biaq bagi Muhyiddin kata nak teliti isu judi sementara yang ada kelayakkan agama macam Jamil hanya jadi tukang angguk dalam isu judi?

Baca juga;
Pas desak Dasar Judi Negara dikaji semula-Malaysiakini

SPRM sedia siasat PM berhubung 'janji' Sibu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kesalahan pilihan raya dengan menjanjikan bantuan kewangan sebagai balasan menyokong calon Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya kecil Sibu.

Ketua Pesuruhjayanya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat apa sahaja aduan yang dibuat termasuk yang membabitkan Perdana Menteri.

“Semua aduan berkaitan politik wang akan disiasat oleh SPRM. Kami akan menyiasat selagi aduan yang dibuat itu berkaitan dengan politik wang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri forum Transparency International Malaysia.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi The Malaysian Insider mendakwa ia tiada kuasa menyiasat isu yang dibawa oleh DAP, antara lain berkata ia terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

“Ini adalah tanggungjawab kita. Kami kena menyiasat siapa yang datang kepada kami dan aduan berkaitan dengan politik wang atau apa sahaja yang berkaitan dengan rasuah,” kata Abu Kassim.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali pula menambah aduan dibuat menyentuh tentang kenyataan Najib.

“Ya, kami ada menerima beberapa aduan daripada beberapa pihak ketika pilihan raya kecil.

“Jadi, kami telah memulakan siasatan. Kami akan menyiasat mana-mana parti (terlibat),” katanya.

Menurut beliau, pihaknya ada menerima dua aduan, masing-masing satu ketika di Hulu Selangor dan satu lagi di Sibu.

“Jadi, kami mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

“Kami ada menerima beberapa aduan dan kami akan mengambil tindakan.

“Aduan dibuat terhadap kenyataan dibuat perdana menteri,” katanya.

Najib membuat janji itu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon BN menang.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen pada hari Ahad, pada Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Boleh kita buat perjanjian? Kita buat! Anda mahukan RM5 juta, saya mahukan Robert Lau menang,” kata Najib yang juga Pengerusi BN ketika kempen ceramahnya itu.

Karpal mendakwa kenyataan Najib itu sesuatu yang “memalukan” dan “tidak pernah berlaku” sebelum ini.

“Saya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat Perdana Menteri. Ia satu kesalahan yang serius. Ia sangat jelas. Beliau berkata ‘kita adakan perjanjian, jika Robert Lau menang, kami akan memberi anda RM5 juta’,” kata beliau dengan merujuk kepada peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Kerusi itu dimenangi calon DAP.

Mustafar berkata, SPRM kemungkinan mempertimbangkan untuk memanggil Najib bagi tujuan siasatan.

“Bukan sakarang, tetapi jika perlu sudah pasti kami akan memanggil sesiapa sahaja intuk diambil keterangan dan relevan kepada kes ini,” katanya lagi.-Malaysian Insider

Teliti judi untuk tambah judi bukan kurangkan judi

Sikap berdolak dalik pemimpin Umno yang mengaku mau jaga kepentingan agama Islam dalam isu judi bolasepak Piala Dunia 2010 langsung tak boleh diharapkan. Mereka hanya pandai melambat-lambatkan permainan' tapi langsung tak hormat pandangan Islam dalam isu judi .Bagi Umno hukum agama ditolak tepi yang penting puaskan hati kaki judi , puaskan hati taukeh-taukeh judi yang juga memberi untung kepada Umno.

Hukum agama yang jelas kata judi haram itu tak penting.Buat cara haram pun Umno untung cara halal tapi juga haram disisi agama kerajaaan Umno juga yang untung. Kata Muhyiddin Yasiin Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno dalam isu judi bolasepak;

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.-Malaysiakini Kerajaaan teliti lesen judi Piala Dunia.

Kalau dah teliti dan belum teliti sekalipun takkan pemimpin Umno tak tahu judi tu haram. Mereka berdolak-dalik hanya sekadar menjawab soalan wartawan yang dikemukakan kepada mereka. Muhyiddin nak teliti judi sementara PM Najib yang luluskan judi kata;

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," . Baca di sini.

Bagi Umno dosa, pahala, haram halal tak penting , yang penting rakyat yang mau berjudi rasa puas dan selesa! Teliti judi untuk tambah judi bukan teliti untuk kurangkan judi atau haramkan terus judi.

Sabtu, 22 Mei 2010

"Bagi orang Islam judi tu haram"- Pak Lah

Kata Pak Lah bekas mantan PM yang ulas isu judi bolasepak Piala Dunia 2010, "Bagi orang Islam judi tu haram"-astro awani jam 5 petang. Dalam berita yang sama Bernama turut melaporkan akan pandangan Pak Lah yang pertikaikan PM Najib yang luluskan lesen judi bolasepak Kerajaan Perlu Dengar Suara RakyatBerhubung Lesen Judi Bola melaporkan;

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh pada hari Sabtu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.-Bernama.

Kilang cetak ' Kabar eraPakatan' didatangi pegawai KDN

4 pegawai penguatkuasa KDN negeri Selangor telah datang ke kilang cetak akhbar 'Kabar eraPakatan' kira-kira jam 12.45 tengahari tadi (22-10-10) untuk menyiasat permit penerbitan akhbar berkenaan. Pegawai KDN berkenaan mempertikaikan permit penerbitan akhbar 'Kabar eraPakatan' kononnya permit diluluskan atas nama 'Kabar" bukannya 'Kabar eraPakatan'. Ini adalah kali kedua pihak KDN datang ke kilang tersebut atas alasan yang sama.

Sebelumnya permit penerbitan akhbar berkenaan atas nama 'Konsep eraPakatan' tapi permit penerbitannya tidak disambung oleh pihak KDN. Siasatan pihak KDN itu mungkin ada kaitan dengan desakkan NGO pro Umno yang mahu pihak KDN buat siasatan atas akhbar 'Kabar eraPakatan'. Berita edisi internet akhbar berkenaan ada di sini.

Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'

Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali menggesa kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi bola Sepak kepada Kumpulan Berjaya serta merta kerana dikhuatiri mengundang gejala negatif.

Katanya, tindakan kerajaan "mengiktiraf perjudian" akan memberikan kesan buruk dan membimbangkan, khususnya generasi muda.

"Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar (judi) ini akan menjadi seperti pepatah 'guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.

"(Jadi) jangan marah kalau rakyatnya, terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'," kata Dr Halimah.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Halimah yang juga pengerusi jawatankuasa menangani masalah sosial Selangor berkata penglibatan dalam aktiviti perjudian menyebabkan pelbagai kesan langsung kepada sesebuah keluarga.

"Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah (yang) kompleks, yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa.

"Ini (baru) perjudian kecil-kecilan," katanya lagi.-Malaysiakini

Jumaat, 21 Mei 2010

Nak jadi Cikgu kena ada lesen woi!

Tadi aku tengok la berita TV melaporkan bidang perguruan kena ada lesen kata Fuad Zarkashi Timbalan Menteri yang jaga Kementerian Pelajaran. Rupa-rupanya berita tu betoi seperti yang dilaporkan Bernama Kementerian Pelajaran Pertimbangkan Wujud Tauliah Perguruan;

Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu adalah satu daripada beberapa inisiatif yang dipertimbangkan kementerian dalam usaha memastikan profesion itu terpelihara selain menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

"Pihak kementerian berasakan para guru perlu mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau perlesenan khusus sebagaimana doktor, peguam mahupun akauntan yang memiliki lesen dalam profesion masing-masing bagi menjaga profesionalisme," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih pada peringkat cadangan awal dan perlu diteliti lebih mendalam sebelum keputusan dibuat.

"Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ianya melibatkan seramai 390,000 guru di negara ini," katanya.-Bernama.

Bagaimana dengan cikgu-cikgu yang dimasukkan ke universiti perguruan macam UPSI dan lain universiti dan mereka dah ada ijazah takkan nak kena ada lesen pulak.Zaman dulu-dulu semua anak murid takut cikgu zaman sekarang anak murid tak takut cikgu. Anak murid pukul cikgu ,goda cikgu dan tumbuk cikgu. Cikgu zaman sekarang pulak rogol murid, liwat anak murid , cabul anak murid dan cikgu hisap dadah pun ada , sama naik dan sama deras dengan anak murid!

Eloklah bagi lesen kat cikgu. Yang tak ada lesen kira cikgu haram yang ada lesen cikgu halal. Sama macam judi yang halal ada lesen yang haram tak ada lesen. Umno-Bn suka cakap ikut nak terbit tak kira apa yang dicakap itu logik ataupun tak logik. Habuan nak perlepas bila timbul isu.

Bagi lesen judi :" Lebih pandai manusia daripada Tuhan"- TGNA

MB Kelantan , Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu judi bolasepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh PM Najib berkata;

Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh dibenarkan dengan apa jua alasan.

“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.

“Tapi kalau ada orang nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri Melayu dan beragama Islam.-Malaysian Insider.

Bangunan Umno (PWTC) dibina dengan duit rakyat?

Dalam berita Malaysiakini Wain:'Penyelewengan RM100 Bilion Dr Mahathir Disokong Bukti melaporkan bahawa bangunanUmno (PWTC) dibina dengan dana awam maknanya duit kita yang jadi rakyat yang lawan Umno turut difaraidkan untuk bina bangunan Umno yang berdiri megah ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kata Barry Wain penulis buku 'Malaysian Maverick ': Mahathir in turbulent times yang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Tun Mahathir ;

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.-Malaysiakini

Raja Judi Atau Bapa Judi?

Kata Mat Sabu PM Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi kerana ketokohannya meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia .

"Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan, kata Mohamad.

"Tetapi, kita tidaklah terkejut kalau akhirnya Perdana Menteri digelar Bapa Judi sebab dalam kabinet hari ini pun ada dua orang cucu tauke judi.

"Orang yang sudah biasa dengan duit judi tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi lesen kepada judi bola sepak Piala Dunia itu," katanya tanpa menyebut nama mana-mana tokoh.

Mengenai kesan dari tindakan kerajaan memberi lesen judi bola sepak kepada syarikat yang dikuasai Vincent Tan itu, Mohamad berkata, hanya orang tidak berakal sahaja yang boleh mempersetujui perkara itu.

"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.Baca di sini.

Khamis, 20 Mei 2010

Isu judi bolasepak:"Kita tak akan membincangkannya"-Najib

Mudah sungguh PM Najib ulas isu judi bolasepak yang diluluskannya. Walaupun banyak pihak dok menjerit dan keriau suruh batalkan judi bolasepak bagi Najib hanya dengan kata ,

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.-Malaysiakini Judi , Perkasa: Najib membisu.

Menarik;
Kes Altantuya:Bala sedia temu SPRM julai ini-Malaysia Insider
Demontrasi selruh negara bantah judi esok-Malaysiakini
Pemuda Pas cabar Menteri,Mufti bantah judi-Harakahdaily
Umno takut bangkang Najib lulus lesen judi-Suara-Keadilan.com

Najib dituduh rasuah di Sibu, SPR kata tak dak kuasa

Suruhanjaya Pilihanraya yang dituduh sengaja lewat-lewatkan pengumuman calon pemenang prk Sibu berkata mereka tak ada kuasa untuk siasat PM Najib yang dituduh buat janji yang mendorong berlakunya rasuah kepada pengundi dalam prk Sibu. Dalam laporan Malaysian Insider SPR: Kami tiada kuasa siasat, Najib berhak buat janji melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.

Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.

Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.

“Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM,” Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

“Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).

“Ada perkara yang polis boleh siasat dan ada perkara yang kami boleh siasat.

“Tetapi perkara ini perlu disiasat oleh SPRM... terserah kepada SPRM menentukan tindakan susulan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Itulah SPR jika libatkan PM Najib dan sekutunya. Matematik mereka mudah, macam main bolasepak, main 'passing-passing'. SPR tolak kepada SPRM, SPRM tolak kepada Polis, polis tolak kepada SPR, last-last tak ada apa pun. Sapa pun tak didakwa.

Berkaitan;

Karpal:Najib cabul undang-undang pilihanraya-Malaysiakini

Rabu, 19 Mei 2010

Kalah di Sibu : Tak dapat tanduk pulas telinga!

Dalam berita Malaysiakini Dun S'wak:Lagi adun Dap hadapi hukuman digantung melaporkan;

DAP mempunyai enam ADUN di Sarawak, manakala PKR memiliki satu kerusi di DUN yang mempunyai 71 anggota itu.

Menurut ahli parlimen Sibu yang baru dilantik, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam BN atas kekalahan kerusi Sibu, Ahad lalu. “Mereka menggunakan dewan undangan negeri sebagai pentas menghalau perwakilan Pakatan Rakyat,” katanya.-Malaysiakini.

Pengundi di Sibu sedang ternanti-nanti akan bantuan segera yang dijanjikan BN dalam prk Sibu pada Ahad yang lalu. PM Najib janjikan berjuta-juta ringgit ringgit projek pembangunan untuk rakyat Sibu. Bila BN kalah Najib kata akan teliti dulu sementara Muhyidin kata BN akan tunaikan janji yang telah dibuat.Mana satu betoi?

Tahniah Adun Sri Muda!

Sewaktu berita ini ditulis YB Suhaimi adun Sri Muda masih meranduk air banjir di Taman Kandis Permai di Sungai Kandis Klang untuk melihat sendiri penduduk di kawasannya yang hadapi masalah banjir dalam kawasan Dun Sri Muda. Sikap prihatin beliau itu patut jadi tauladan kepada lain-lain wakil rakyat di Selangor. Banjir di dun Sri Muda bermula sejak semalam lagi akibat hujan yang turun begitu lebat. Baca lanjut di sini.

Lama-lama depa kata babi pun boleh makan kalau..

Dalam laporan Mstar Online/Bernama PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia melaporkan;

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.-Mstar online/Bernama.

Lama-lama kita rakyat Malaysia terutamanya umat Islam ,khususnya generasi muda Islam akan anggap judi tak lagi satu benda asing bagi mereka. Nak berjudi cari yang halal pada hal dalam Islam semua bentuk perjudian adalah haram! Mudah sungguh perkiraan pemimpin Umno terhadap hukum agama.

Lepas ni boleh la anak muda langgan pelacur halal, malah pernah seorang Ustazah Umno kata boleh melacur untuk sara hidup jika darurat ! Ajaran baru pemimpin Umno Satu Malaysia terhadap hukum agama begitu mudah. Selepas Islam Hadhari sekarang ajaran Satu Malaysia pulak diperkenalkan. Semua boleh! berkawan dengan Yahudi pun boleh ,halalkan judi bola pun boleh.Lama-lama pemimpin Umno akan kata babi yang disembelih ikut syarak pun halal dimakan.

Baca juga ;
Polis tak kisah bunuh Mat Sabu-Penarik beca

Pengawal Istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini

Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, “pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.”

Beliau melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini petang semalam.

Peluru pada badan Ramli dikeluarkan hampir seminggu selepas ditembak.-Malaysian Insider

Ni orang bukan duit nak buat 'simpanan tetap'

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan Sabah dan Sarawak akan terus menjadi 'simpanan tetap' Barisan Nasional (BN) serta menolak tanggapan BN negeri sedang berdepan krisis kepimpinan.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang memihak kepada pembangkang tidak wajar dijadikan asas untuk mendakwa Sabah dan Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN.-Bernama- Sabah ,Sarawak akan terus jadi 'simpanan tetap' BN kata Salleh Said Keruak.

Cuma aku nak katakan manusia ni ada otak, ada fikiran dan ada akal anugerah Tuhan yang tak diberikan kepada binatang. Manusia boleh berubah fikiran dalam sekelip mata. Kita boleh tangkap dan kurung orang tapi fikiran dan akal manusia kita tak boleh nak kurung sesuka hati.

Selasa, 18 Mei 2010

Yahudi pun suka, judi pun suka yang tak suka kalah undi!

Pertama-tama aku nak ucap terimakasih kepada bekas wakil rakyat Umno yang tentang judi bolasepak yang diluluskan oleh PM Najib. Walaupun mereka daripada parti dan bendera yang sama tapi masih ada rasa nak bantah dan tentang dalam isu judi bolasepak, baguihla lagu tu.

Lapor Bernama;
Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini pada Selasa.-Bernama.

PM Najib masih berdiam diri dalam isu judi walaupun pemimpin bukan Islam turut bantah judi bolasepak yang diluluskannya.Kebanyakkan pemimpin Umno tak rasa apa pun isu judi bola yang heboh ini tapi mereka rasa sedih dan pilu kerana kalah dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.Mereka rasa tergamam macam nak hantuk-hantuk kepala di dinding dok pikir macam mana boleh kalah sedangkan peruntukkan dah berjuta dijanjikan untuk rakyat Sibu tapi kalah jugak.

Pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin mana ada ulas isu judi bolasepak yang heboh ni , kalau tanya depa buat-buat macam tak dengar , macam tak dak langsung rakyat yang bantah judi yang Umno luluskan. Depa ingat semua rakyat setujuuuu! Rakyat nak bantah, nak tunjuk perasaan, nak maki hamun mampoih pi la depa .Lama-lama rakyat jadi lupa, itu yang Najib dan Muhyidin ingat.

Yang ada dalam kepala otak pemimpin Umno ialah tak dapat terima kekalahan di Sibu. Isu judi , isu Apco lantak la hang pa nak kata apa pun. Hang pa tak mau main judi jangan beli! Banyak lagi orang lain nak berjudi. Itu saja yang Umno pikirkan isu judi. Umno hanya dok pikir sekarang ni kenapa modal berjuta di Sibu tapi kalah undi . Yahudi dan judi Umno tak pikir .

Kata Dr Haron Din Timbalan Murshidul mAm Pas dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam isu judi bola sepak yang diluluskan Najib;

"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.

"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.

"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.

Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.

Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.

"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.

Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.

"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.Baca lagi di sini.


SPR kata 70 peratus keluar mengundi bukan 59 peratus

Awat SPR jadi gelabah bila BN tewas di Sibu. Mula -mula SPR kata tak puas hati sebab ramai pengundi tak keluar mengundi hanya di sekitar 59 peratus saja.Tup-tup kelmarin 17 hb mei SPR puas hati bila yang keluar mengundi di prk Sibu ialah 70 peratus. Perbezaan ialah 11 peratus daripada perkiraan asal. Banyak tu yang beza.

SPR juga salahkan Dap punca pengumunan pemenang di prk Sibu jadi lambat. SPR apa pun tak salah. Kira peratus pengundi yang keluar mengundi tak betoi pun tak salah , umum calon yang menang jam 11 malam pun bukan salah SPR. Kalau pemenangnya BN di Sibu mungkin SPR tak akan jadi 'gabra ' macam tu sekali. Di Hulu Selangor peratus keluar mengundi boleh jadi tepat pulak dan umum pemenang daripada parti MIC seawal jam 9 malam. Nasib baik SPR tak tambah masa mengundi sampai jam 7 petang !

Baca;
Keluar undi 70 peratus:SPR akhirnya puas hati-Malaysian Insider
SPR salahkan Dap lengahkan keputusan undi-Malaysiakini/Bernama

Isnin, 17 Mei 2010

TGNA: 'Umno-BN beli undi macam beli ayam itik'

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.

“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.

“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.

Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.”

Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir dengan kejayaan Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas dengan majoriti 398 undi.

Narawi hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Wong sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri setelah 28 tahun kerusi Parlimen berkenaan dikuasai BN.-Malaysian Insider

Najib boleh dihumban ke penjara-Karpal

Kata Karpal Singh mengenai isu Bn beli undi di Sibu ;

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.-Malaysiakini Karpal :Najib cabul undang-undang pilihanraya .

Malaysian Insider turut melaporkan kata-kata Najib itu di kubu kuat Dap di Rejang Park;

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Kata Najib lagi;

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.-Malaysian Insider. Baca di sini

Melanau -Melayu penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu


Kejayaan Pakatan Rakyat merampas kerusi parlimen Sibu daripada BN memang mengejutkan . Sapa sangka cempedak jadi nangka. BN dengan segala kekuatan jentera pusat dan limpahan projek pembangunan berjuta ringgit yang dijanjikan di Sibu namun tetap kalah di tangan rakyat yang jadi raja dalam pilihanraya.

Kata Presiden Pas ,Umno-Bn setiap kali muncul pilihanraya raya mereka seolah-olah jadi macam mesin cetak wang untuk diberikan kepada pengundi yang dijanjikan macam-macam untuk sokong BN. Tapi rakyat Sibu ajar BN bahawa wang tak boleh beli segala-galanya.

Gambar atas aktivis Pas dan pimpinan Pakatan Rakyat semasa kempen di Sibu.

"Media pro Umno langsung tak buat lintas langsung berita kemenangan Pakatan Rakyat seolah-olah macam tak ada pilihanraya di Sibu. Mereka bersikap langsung tak profesional dalam bidang kewartawanan.Akhbar mereka 'padamkan' kemenangan Pakatan Rakyat. Mereka seolah-olah tak iktiraf pilihan rakyat di Sibu!" Tu kata Mat Sabu AJK Pas Pusat.

Dalam laporan Malaysiakini Tsunami politik kini sampai ke S'wak melaporkan;

BN juga kehilangan sokongan pengundi kaum Melanau-Melayu juga dilihat turut beralih kepada Pakatan Rakyat walaupun jumlah tidak sebesar pengundi Cina.

Bagaimanapun, keputusan pengundian hari ini juga menunjukkan pengundi dari kalangan kaum Iban pula masih taat menyokong BN.-Malaysiakini

Melayu Semenanjung juga dah muak dengan Umno-Bn yang bersahabat dengan Apco dan juga luluskan judi bolasepak tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat. Cuma Melayu Felda masih setia dengan Umno-Bn tu pun tak lama lagi mereka juga akan berubah sokong Pakatan Rakyat.

Berkaitan;
Kerjasama erat Pas -PKR-Dap menangkan Pakatan di Sibu-Harakahdaily
Husam dakwa untung judi untuk operasi politik kotor-Sinar Harian
Sibu: Perkasa lagi pertikai undi Cina kepada BN-Malaysian Insider
Sibu: Sokongan Melayu untuk Pakatan meningkat-Harakahdaily

Akhirnya BN tumbang dan 'runtuh' di Sibu

Prk Sibu telah dimenangi calon DAP yang wakili Pakatan Rakyat dengan majoriti 398 undi kalahkan calon BN dan calon Bebas. Sebelum campur undi Pos Dap menang dengan majoriti 2651 undi. Tahniah buat Dap kerana telah berjaya rampas kerusi BN yang dikuasai BN sejak 28 tahun yang lalu.Apa kita nak kata tentang kekalahan BN di prk Sibu?

Pertama-tama sekali seperti biasa bunga-bunga nak kalah dapat diketahui apabila media arus perdana yang menyokong Umno TV3, TV1 dan yang seangkatan dengannya tak siarkan lintas langsung daripada Sibu yang ada hanya di TV astro awani. Pengumuman kemenangan jadi lewat tak macam di prk Hulu Selangor.

Sikap takbur PM Najib dan Timbalannya Muhyidin Yaasin yang jadikan prk Sibu untuk longgok macam-macam pembangunan segera, wang segera tidak dilayan oleh para pengundi di Sibu.Mereka lebih bermaruah bukan boleh dibeli dengan wang ringgit.Mereka pengundi bandar bukan dok dalam hutan.

Keputusan prk Sibu juga kata penganalisis politik di TV Astro Awani boleh menjadikan nasib parti pimpinan Ketua Menteri Sarawak akan senasib parti Gerakan di Pulau Pinang dalam pilhanraya negeri tak lama lagi. Nasib parti SUPP akan jadi macam MCA dan MIC.

Kata penganalisis politik di tv astro awani lagi 'stunami politik ' 2008 atau pengundi yang menyokong parti-parti Pakatan Rakyat masih kuat cuma hanya sikit-sikit orang Melayu yang kembali sokong BN.

Kekalahan BN akan jadi 'satu Malaysia' tak lama lagi kerana jika keputusan prk Sibu diambil kira daripada Semenanjung ke Sarawak, Sarawak ke Semenanjung rakyat dah muak dengan janji Umno-BN setiap kali pilihanraya.

Kata Muhyidin Yaasin PKR adalah 'parti kian runtuh'. Samaada parti itu nak runtuh atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi di Sibu kekuatan BN dah runtuh selepas bertahan 28 tahun kuasai Sibu. Sebagai seorang TPM ucapan seperti itu hanya layak dicakap oleh JKK Umno dalam kampung .

Setelah seminggu BN berkampung di Sibu dengan segala janji pilihanraya dan berjuta-juta pulak umum projek untuk rakyat Sibu , adakah bila BN dah kalah segala janji kepada rakyat Sibu akan ditunaikan?

Orang Melayu kena belajar daripada orang Cina macam mana nak ajar Umno-Bn dalam pilihanraya. Umno luluskan judi bola tapi pengundi Cina di Sibu tolak! Malu-malu..

Berkaitan;
Dap berjaya rampas parlimen Sibu-Malaysiakini
Sah , Pakatan cipta sejarah kuasai Sibu-Malaysian Insider

Ahad, 16 Mei 2010

PRK Sibu : Undi BN dapat RM70

Dalam prk Sibu ,BN telah membeli undi untuk menang pilihanraya tersebut. Malaysiakini dalam beritanya Penyokong BN-DAP Bergelut melaporkan ahli Parlimen Bakri dari Johor , Er Teck Hwa mendakwa;



Er juga berkata DAP menerima banyak aduan mengenai dakwaan membeli undi oleh BN dekat pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sg Aup.

"Malah seorang penduduk menunjukkan kepada kami wang RM70 yang didakwanya diterima dari BN setengah jam sebelumnya, dan turut memberi kepada k ami nombor kad pengenalannya sebagai bukti," kata Er kepada Malaysiakini melalui emel ringkas.

Ahli parlimen Bakri itu berkata beliau amat menghormati keikhlasan pengundi kaum Iban dan merancang menubuhkan bahagian baru parti itu dalam kawasan Iban selepas pilihan raya kecil Sibu.-Malaysiakini

Jangan terkejut jika pelacuran dan rasuah juga dihalalkan!

PM Najib yang luluskan lesen judi bolasepak terus dikecam pelbagai pihak namun seperti biasa Umno dan gerombolannya hanya pekakkan telinga ,buat-buat bodo macam tak ada apa yang berlaku. Kata lah menatang apa pun depa buat pekak saja. Demi untuk tarik hati orang bukan Islam Umno sanggup jual hukum agama ,sanggup jadikan yang haram jadi halal janji puaskan hati kaum yang bukan Islam untuk sokong BN.

Satu hari nanti indusrti tertua di dunia iaitu pelacuran juga akan diberi lesen oleh Umno-Bn. Nak melacur kena ada lesen tak ada lesen tangkap! Lorong Hj Taib akan jadi lebih meriah begitu juga pelacuran di kawasan eklusif seperti Bukit Bintang akan bertambah serinya sebab para pelacur dah dapat lesen! Pelacur tak perlu lagi guna khidmat 'bapa ayam dan ibu ayam' kerana boleh apply lesen kat Majlis Bandaraya.

Rasuah juga akan dihalalkan janji Umno-Bn dapat terus berkuasa.Nak rasuah tak payah sembunyi-sembunyi lagi boleh buat cara terbuka apa mau kira ini negara Umno-Bn yang punya!

Jangan sampai satu hari nanti bila kita tanya anak kita , "Kenapa berjudi?". Lalu jawab anak, "Kan judi Umno-Bn dah halalkan ,dulu memang la haram sekarang ni dah tak haram semua dah halal!". Na uuzubilla min zaa lik.

Baca juga;
Pemberian lsen judi:PPIM kecam kerajaan-mStar Online
Rahman:Lesen judi supaya tak berlaku penipuan-Malaysiakini
Dangkalnya bila MP BN Melayu pertahan lesen judi-Harakahdaily

PRK Sibu: Kalau menang hari Isnin bagi cek! rasuah duit jadi angpau!

PM Najib sanggup lakukan apa saja untuk menang dalam prk Sibu sama macam segala janji di prk Hulu Selangor bulan lepas. Seratus juta lebih dibelanjakan Umno-Bn untuk menang di Hulu Selangor dengan janji pembangunan . Yang dapat rasa lega yang tak dapat dalam janji Umno di-Bn di Hulu Selangor gigit jari dan diucap padan muka kerana percaya sangat dengan Umno-Bn. Janji baru akan dibuat dalam pru akan datang !

Yang menarik kata-kata seorang Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib dalam laporan Malaysian Insider Najib janjikan dana saat akhir pikat pengundi Sibu yang memetik kata-kata Najib;

Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.

Pengumuman itu dibuat ketika tinggal tiga jam sebelum kempen yang memperlihatkan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, berakhir.

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Kata Najib lagi;

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.-Malaysian Insider.

Umno-Bn mau habis berapa ratus juta di Sibu untuk menang?Yang diberi sogokan atas nama pembangunan tapi itulah rasuah yang dihalalkan untuk menang. Tak kira apadah rasuah duit atas nama angpau kepada pengundi di Sibu pun boleh .Aah nak kira apa dengan Umno judi yang terang-terang haram pun boleh dihalalkan inikan pulak angpau.

Orang Cina bagi angpow masa tahun baru Cina saja tapi Najib bagi angpow masa pilihanraya! Rakyat dibutakan dengan duit. Rakyat dibisukan kezaliman Umno-bn dengan angpow!

Sabtu, 15 Mei 2010

Inilah Wajah Lutfi Ketua Pengarang Harakah



Tadi aku berkesempatan melawat saudara Lutfi Ketua Pengarang akhbar Harakah lidah rasmi Pas di rumahnya di Ampang.

Keadaannya agak stabil walaupun nada percakapannya agak lemah. Beliau berkata tidak lalu makan walaupun makanan jenis lembut seperti moi dan bubur.

Beliau sempat menceritakan bahawa setiap malam bermimpi hampir perkara yang sama berkaitan dengan pembedahan yang dilakukan.

Teringat aku akan saudara Lutfi yang pernah mengeluarkan akhbar Cabaran, Detik dan 'Memo" yang pernah dirampas oleh pihak polis di kilang cetak semasa proses percetakan dilakukan.

Beliau banyak berjasa kepada Pas dalam bidang akhbar dan majalah dan pernah jadi mangsa tahanan akta zalim ISA yang dilawannya hingga sekarang.Banyak membantu mangsa ISA melalui Tabung ISA yang diwujudkan atas inisiatif beliau.

Gambar bawah adalah salah seorang Pengarah kilang yang mencetak akhbar Harakah yang melawat beliau. Moga saudara Lutfi cepat sembuh.

Tambah sikit lagi saudara lutfi juga tidak pernah sekelumit pun keluar daripada mulut beliau untuk mengungki-ungkit apa yang beliau korbankan tenaga dan fikiran untuk bantu Pas terus kukuh dalam persada poltik tanahair. Pengorbanan Lutfi bukannya bernilai RM4 juta dan tak mampu dibayar oleh Pas! Hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya.

Isu lompat parti: Tak pa- tak pa lama-lama tinggal celepa!

MP Wangsa Maju Wee Cho Keong dah tinggalkan PKR dan jadi MP Bebas. Dua tiga hari lepas dok sembang dengan kawan-kawan daripada PKR yang masih setia dengan parti itu. Katanya walaupun Ezam Mohd Nor, Lokman Adam dah joint Umno beliau masih berjumpa dan tegur sapa kerana dulu semasa era reformasi sama-sama berjuang untuk lawan kezaliman Umno.

"Kawan-kawan tapi ideologi dah bertukar apa boleh buat . Kita tak boleh paksa orang." Kata sahabat daripada PKR.

Pemimpin PKR pulak bila nak keluar parti tunggu 'time' pilihanraya. Kalau keluar parti 'time' tak ada prk tak ada ummph. Baru nampak glamour sikit.

Kata sahabat daripada PKR tu lagi untuk tenangkan keadaan dan juga diri sendiri, "Apa kita nak hairankan ,dulu PKR dalam parlimen biasa hanya ada satu saja kerusi parlimen Permatang Pauh dan di Kelantan Pas hanya menang tipis untuk terus kuasai negeri Kelantan dalam pru 2004."

Ya la tapi masa tu zaman PKR tak menang lagi, ni zaman menang di beberapa negeri ramai pulak yang jadi curang terhadap parti PKR termasuk di kalangan 'parti lain' dalam Pakatan Rakyat yang nak menggatal dengan Umno. Pasai apa?

Kita ni yang tak ada kepentingan apa-apa rasa seronok sebagai rakyat bila Selangor di perintah Pakatan Rakyat ! Momokkan kata akan berlaku huru-hara jika selain Umno-Bn berkuasa semuanya bohong belaka. Yang kedengaran sayup-sayup di telinga ialah hak Melayu hilang! Baru dua tahun Pakatan perintah boleh kata hak Melayu hilang . Yang Umno perintah 50 tahun tu hilangkan hak Melayu. Mungkin kerana Umno yang tak pernah kalah jadi terbalik bila bercakap .Depa ingat Pakatan dah perintah Selangor 50 tahun Umno-Bn baru 2 tahun!

Apa pun politik boleh berlaku macam-macam.Hari ini berkelahi esok jadi sahabat. Esok berbaik-baik lusa dah jadi musuh tu politik kat Malaysia ni. Jangan semua kata tak pa, tak pa dia nak lompat, lompat pi la apa kita nak peduli, ni baru nampak yang mana sampah yang mana berlian. Betoi jugak la tapi kalau selang seminggu meloroih sorang-sorang mau tak rasa gayat! Semua tak pa lama-lama tinggal celepa!

Jumaat, 14 Mei 2010

Demo judi bola dan Pitbull 'diganggu' polis

Polis sepatutnya biarkan saja himpunan aman Pemuda Pas Pusat dan Pakatan Rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru bukannya menghalang peserta himpunan tersebut berucap untuk membantah sikap Umno-Bn yang luluskan judi bola dan jemput artis luar negara untuk hiburkan rakyat Malaysia 12 jam tanpa henti.

Kalau demo depan kedutaan Mesir bantah sikap negara itu tutup pintu sempadannya dengan Gaza dibenarkan tanpa sebarang gangguan pihak polis kenapa pulak demo judi bola nak dihalang?

Apa pun diucapkan syabas buat Pemuda Pas Pusat , pertubuhan pelajar dan pemuda Pakatan Rakyat yang berani dan lantang menentang kerajaan Umno-Bn yang luluskan judi bolasepak. Mana dia Pemuda dan Perkasa dalam isu judi bolasepak?

Berkaitan;
Bantah judi dan Pitbull, seorang peserta himpunan ditahan
-Harakahdaily
Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh-Malaysiakini

Isu nak lompat di Kedah:"Biar mati di hujung pedang"- Su Pas Kedah

Apakah betoi Pakatan Rakyat di Kedah akan tumbang? Parti Umno -Bn sedang bekerja keras untuk jatuhkan kerajaan negeri yang dipilih rakyat dengan memujuk wakil rakyat Pakatan untuk bersama Bn, supaya senasib negeri Perak yang pernah diperintah Pakatan.

Kata Yusuf Hussin Setiausaha Pas Kedah dalam berita Malaysiakini Lompat:Pas panggil adun PKR, Dap beri penjelasan ;

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Menurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya-Malaysiakini

Maukah buat campuran dengan parti judi?

Kata Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tak mustahil wujud kerajaan campuran di Malaysia. Memang tak mustahil. Pandangan SPR itu mungkin ada kaitan dengan perkembangan di Britain apabila parti pemerintah Parti Buruh yang tewas setelah 13 tahun berkuasa dan dikuasai parti Konservatif yang menang tapi terpaksa bentuk kerajaan campuran dengan Parti Buruh dan Perdana Menterinya daripada parti Konsevertif, Cameron.

Tu di Britain di Malaysia PM Najib bagi amaran jangan sampai Umno jadi pembangkang. Kalau Umno jadi pembangkang Umno nak jadi apa agak-agaknya? Di Malaysia Umno pulak parti yang halalkan judi , yang jadikan Zionis Israel sebagai penasihat untuk lawan Pakatan Rakyat bolehkah kita ni buat campuran dengan Umno-Bn?

Kalau tak mau buat campuran mungkin juga buat perpaduan...Bila agak-agaknya Umno nak jadi pembangkang di seluruh Malaysia?

Khamis, 13 Mei 2010

Tindakan Jais halang Nik Aziz di masjid terus dipertikai

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menyampaikan khutbah di masjid pada kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor lepas terus dipertikai.

Menurut Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai blogger Tulang Besi, tindakan Nik Aziz berkhutbah Jumaat di masjid bukanlah ceramah politik, seperti yang didakwa Jais.

"Apa masalahnya Tok Guru berkhutbah kerana itu suruhan agama, beliau tidak berpolitik, Jais menuduhnya berpolitik di masjid," katanya.

Sebaliknya, menurut beliau, khutbah Jumaat wajar disampaikan oleh sesiapa sahaja agamawan yang dianggap layak dan disegani, seperti Nik Aziz yang juga Menetri Besar Kelantan.

Berbanding PAS dan Pakatan Rakyat, Umno BN, menurut beliau, terbukti menggunakan masjid untuk berkempen memenangkan calon BN, P Kamalanathan, seperti yang didedahkan Malaysiakini.com pada 6 Mei lalu.

Baginya, tindakan Umno BN tersebut sekaligus jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor.

"Kain rentang ini sahaja dah cukup jelas untuk mengatakan tindakan Umno BN itu haram, bercanggah dengan titah Tuanku Sultan.

"Kenapa sibuk halang Tok Guru berdakwah di masjid, sedangkan Umno jelas berkempen atas nama BN di masjid," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tampil membuktikan bahawa tindakan menghalang Nik Aziz berkhutbah itu tidak didalangi oleh mana-mana pemimpin Umno.

"Apa kelayakan Khusrin nak halang Tok Guru, dia kena jelaskan adakah tindakan Tok Guru itu salah di sisi agama," ujarnya lagi.

Bercakap di lobi Jais, beliau menjelaskan telah membuat suatu laporan rasmi kepada Jais supaya Khusrin menyatakan penyalahgunaan masjid oleh BN untuk berkempen.

Tambahnya lagi, suatu salinan laporan turut dikepilkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar), Datuk Dr. Hasan Mohd Ali (Exco Agama, Adat Istiadat dan Infrastuktur) dan Theng Chang Khim (Speaker Dun) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam).

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan Malaysia pada 23 April lalu melaporkan bahawa inisiatif Khusrin menghalang Nik Aziz itu sebagai menjunjung titah Sultan.

Bagitupun, Khusrin tidak pula dilaporkan menghalang majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat bagi memenangkan Kamalanathan yang dianjurkan oleh Umno BN sendiri.

Khalid Samad turut mempertahan tindakan Nik Aziz, selain mempersoal tindakan Jais berdiam diri apabila Umno BN sendiri menggunakan masjid untuk berkempen politik.

Harakahdaily-Dzulfikar Mashoor

Takziah juga buat keluarga Ashaari Muhammad ketua al-arqam yang telah meninggal dunia. Semoga Allah ampunkan segala dosa beliau .

BN rasuahkan judi bolasepak untuk prk Sibu


Inilah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan yang luluskan judi bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung Julai nanti. Setelah dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek yang juga pemimpin Umno dan beragama Islam Menteri Kewangan Najib bersetuju untuk luluskan judi bolasepak.

Perancangan nak buat judi bolasepak ini memang dah lama tapi sengaja diumumkan selepas prk Hulu Selangor memandangkan pengundi majoriti di Hulu Selangor beragama Islam dan Umno tidak mahu isu ini dipolitikkan di Hulu Selangor. Bila dah menang baru umum buat judi bolasepak. Umno semasa prk Hulu Selangor cuba jadi juara kononnya amat benci arak dan jadikan calon PKR Zaid Ibrahim sebagai kambing hitam untuk burukkan Zaid yang dikatakan pernah minum arak tapi dah insaf.

Sebagai hadiah kepada pengundi-pengundi di PRK Sibu yang majoritinya pengundi yang bukan beragama Islam Umno-Bn umumkan hadiah istimewa iaitu judi bolasepak untuk pancing undi kaum Cina. Di prk Hulu Selangor tak berani umum judi bolasepak tapi di prk Sibu berani pulak umumkan judi bolasepak.
Berkaitan;
Hadi:Pemimpin bukan Islam Pakatan sokong haram judi-Malaysiakini
Kerajaan mangsakan rakyat dengan ketagihan judi-Harakahdaily
Pemuda Pas demo bantah konsert, lesen judi-Malaysiakini

Rabu, 12 Mei 2010

Lirik lagu judi ni ditujukan khas buat Menteri Kewangan dan ulama yang berdiam diri

Ni lirik lagu M. Daud Kilau ditujukan khas buat Menteri Kewangan yang luluskan judi dan Timbalan Menteri Kewangan yang syorkan judi bolasepak Piala Dunia. Tak lupa juga buat ulama-ulama yang berdiam diri dan para mufti di seluruh Malaysia. Semoga anda semua 'sihat' selalu hendaknya! Jika berani sokong judi , perjudikan nasib anda semua di Padang Mahsyar kelak..

Banyak orang gila judi
Hai judi merosak diri, merosak diri
Banyak yang setengah mati, setengah mati
Akibat judi
Kalau tengah main pakau
Banyak orang jadi angau
Mereka selalu risau
Sama-sama jadi sasau..

Berkaitan; Sebut Umno, teringat judi. Sebut Umno teringat Yahudi-Penarik beca

Kerajaan Umno-Bn akhirnya luluskan judi bolasepak

Berita Malaysiakini -'Berjaya perolehi lesen judi bolasepak' melaporkan;

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.-Malaysiakini

Makin didesak dan dikecam makin menjadi perangai pemimpin Umno untuk buat kerja haram yang dikutuk Allah. Redha dengan maksiat, maksiat yang kita dapat. Tok mufti pulak berdiam diri langsung tak berani tegur takut hilang jawatan dalam isu judi ini. Mereka hanya berani dalam isu kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Judi dan hiburan hingga 12 jam tanpa henti yang diluluskan kerajaan Umno-Bn mereka tak berani nak bersuara.

Seronok Tok Mufti sapu gaji dan elaun tiap-tiap bulan tak payah kata apa hanya cerita bab nak pi haji ,puasa, zakat, bab bersuci hadas kecil dan besar. Mungkin sebab para ulama yang makan gaji pikir bab judi yang diluluskan Umno-Bn ini termasuk dalam bab politik jadi tak boleh campur dengan agama ! Kat Malaysia ni fahaman politik suku agama suku masih dibincangkan dan didebatkan tapi bab judi yang terang-terang haram tak berani kata apa. Politik tak boleh bawa masuk dalam masjid itu boleh bincang bab judi tak boleh bincang itu urusan lain!

Adakah Umno akan mengamuk sakan jika dah tak berkuasa?

Kata PM Najib jangan sampai Umno jadi pembangkang! Dah jadi dah pun tapi cuma di Selangor, Kelantan ,Pulau Pinang dan Kedah. Perak pun hanya nyawa-nyawa ikan tu pun guna Mahkamah untuk rampas kuasa di Perak.

Kata -kata PM Najib itu jelas beliau sendiri rasa takut dan goyang dengan kedudukan beliau yang dipalit dengan macam-macam isu termasuk skandal kapal selam scorpene dan Altantuya.Dalam dunia ni mana ada kerajaan yang kekal berkuasa sampai bila-bila! Ya memang BN menang di Hulu Selangor, Bagan Pinang tapi bolehkah pilihanraya kecil jadi ukuran untuk pilihanraya umum? Pilihanraya kecil di Ijok Pakatan Rakyat kalah mai pilhanraya umum Pakatan Rakyat menang.

Banyak tafsiran boleh dibuat bila Najib kata 'jangan sampai Umno jadi pembangkang'!. Umno akan lakukan apa saja untuk terus berkuasa perintah negara. Tak boleh cara baik cara ugutan, main kasar ,gedebe Umno guna! janji terus berkuasa.

Demi untuk terus berkuasa berkawan dengan zionis pun Umno sanggup, cium ibu jari kaki Obama Umno sanggup, buat iklan berjuta pun sanggup nak promote bini, apa-apa saja janji menang!

Cuba kita tengok di Britain setelah 13 tahun Parti Konsevertif kembali berkuasa mengalahkan Parti Buruh yang jadi talibarut Amerika Syarikat bunuh umat Islam Iraq akhirnya tumbang . Rakyat Britain yang bukan Islam tolak Parti Buruh. Kita boleh turut tumbangkan Umno . Kuasa ada pada kita ,pada rakyat untuk tumbangkan Umno! Adakah Umno akan mengamuk sakan jika tak lagi berkuasa jadi pembangkang buat selama-lamanya?