Khamis, 27 Mei 2010

Minyak nak naik 15 sen lepas tu Malaysia jadi bangkrup!

Apakah ramalan penganalisis yang kata harga petrol akan naik 15 sen seliter pad tahun ini benar?

Memang benar! Kalau nak turun harga petrol itu memang tak ada dalam kepala pemerintah. Harga petrol akan naik setiap tahun bermula tahun ini. Nak kurang subsidi kena penaik harga . Yang langsung tak rasa susah hati petrol mahal ialah golongan kaya dan taukeh-taukeh judi yang semakin berkembang biak di Malaysia.

Lapor Malaysiakini;

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.Baca lagi di sini.

Bila minyak dah mahal Malaysia juga akan jadi negara yang bangkrup dalam jangkamasa 9 tahun lagi macam negara Greece! Ini hanya ramalan betoi tak betoi hanya Allah yang maha mengetahui.Pemimpin Umno-Bn dabik dada merekalah yang pandai perintah negara, yang bijak urus negara supaya rakyat jadi makmur , tup tup bila Menteri JPM Datuk Idris Jalla kata Malaysia boleh bangkrup 9 tahun lagi jika subsidi berterusan terkejut kita kerana Malaysia kaya dengan hasil bumi dan kaya dengan hasil minyak nak jadi bangkrup!

Pemimpin Umno memang pandai, pandai perabih. Contoh pandai perabih ialah orang yang gadai geran tanah ,sandar di bank untuk pinjam duit. Bila dapat duit beli kereta mewah tak buat pusing untuk meniaga lama-lama hutang tak boleh bayar kereta kena tarik.

Orang yang cerdik tak payah modal .Bulan dengan matahari boleh bawa letak atas riba. Ambik besen letak air dalam besen nescaya bulan jatuh atas riba!

Yang bangkrup negara ,pemimpin belum tentu bangkrup. Yang tanggung derita rakyat marhaen dan miskin.Bermula dengan bangkrup politik akan menyusul bngkrup negara. Inilah bala halalkan yang haram jadi halal.

1 ulasan:

  1. Salam...
    keberkatan itu akan dtg apabila yg haram kt haramkan dan yg halal kita halalkan...pemimpin la ni kna ada sifat amanah dan sikap prihatin thdp nasib rakyat..cbalah skali skala ltak diri tu sbg rakyat...cba rasa byr bil sendiri, minyak sendiri dll...br tau beban yg rakyat tanggung...wawahua'lam

    BalasPadam