Ahad, 30 Mei 2010

Sikit-sikit ISA!

Polis tidak teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang cuba menimbulkan sentimen menggugat keselamatan negara ketika pelancaran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Pusat Konvensyen dan Pameran Mines di Sungei Besi, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan akan bertindak tegas jika berlaku pelanggaran undang-undang.

“Kepada semua penyokong dari kedua-dua belah pihak iaitu sama ada pro atau anti-Samy (Datuk Seri S Samy Vellu) dinasihatkan menjaga tingkah laku yang boleh menyebabkan ketenteraman awam tergugat.

“Polis akan pantau perjalanan majlis dan jika didapati berlaku pelanggaran undang-undang, kita akan ambil tindakan tegas termasuk mengenakan tindakan mengikut ISA sekiranya berlaku kejadian yang boleh menggugat keselamatan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku kekecohan sekiranya berlaku pertembungan penyokong GAS dan penyokong Gerakan Anti-Mugilan (GAM) ketika berlangsungnya majlis berkenaan. -Sinar Harian Online

1 ulasan:

  1. Acah je tu... mana boleh jadi kecoh kalau ada permit. Lainlah kalau samy vello ada sb dia sendiri. Sekarang sb dimiliki oleh tawkey along. So, x payah nak risaulah.

    BalasPadam