Isnin, 17 Mei 2010

Akhirnya BN tumbang dan 'runtuh' di Sibu

Prk Sibu telah dimenangi calon DAP yang wakili Pakatan Rakyat dengan majoriti 398 undi kalahkan calon BN dan calon Bebas. Sebelum campur undi Pos Dap menang dengan majoriti 2651 undi. Tahniah buat Dap kerana telah berjaya rampas kerusi BN yang dikuasai BN sejak 28 tahun yang lalu.Apa kita nak kata tentang kekalahan BN di prk Sibu?

Pertama-tama sekali seperti biasa bunga-bunga nak kalah dapat diketahui apabila media arus perdana yang menyokong Umno TV3, TV1 dan yang seangkatan dengannya tak siarkan lintas langsung daripada Sibu yang ada hanya di TV astro awani. Pengumuman kemenangan jadi lewat tak macam di prk Hulu Selangor.

Sikap takbur PM Najib dan Timbalannya Muhyidin Yaasin yang jadikan prk Sibu untuk longgok macam-macam pembangunan segera, wang segera tidak dilayan oleh para pengundi di Sibu.Mereka lebih bermaruah bukan boleh dibeli dengan wang ringgit.Mereka pengundi bandar bukan dok dalam hutan.

Keputusan prk Sibu juga kata penganalisis politik di TV Astro Awani boleh menjadikan nasib parti pimpinan Ketua Menteri Sarawak akan senasib parti Gerakan di Pulau Pinang dalam pilhanraya negeri tak lama lagi. Nasib parti SUPP akan jadi macam MCA dan MIC.

Kata penganalisis politik di tv astro awani lagi 'stunami politik ' 2008 atau pengundi yang menyokong parti-parti Pakatan Rakyat masih kuat cuma hanya sikit-sikit orang Melayu yang kembali sokong BN.

Kekalahan BN akan jadi 'satu Malaysia' tak lama lagi kerana jika keputusan prk Sibu diambil kira daripada Semenanjung ke Sarawak, Sarawak ke Semenanjung rakyat dah muak dengan janji Umno-BN setiap kali pilihanraya.

Kata Muhyidin Yaasin PKR adalah 'parti kian runtuh'. Samaada parti itu nak runtuh atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi di Sibu kekuatan BN dah runtuh selepas bertahan 28 tahun kuasai Sibu. Sebagai seorang TPM ucapan seperti itu hanya layak dicakap oleh JKK Umno dalam kampung .

Setelah seminggu BN berkampung di Sibu dengan segala janji pilihanraya dan berjuta-juta pulak umum projek untuk rakyat Sibu , adakah bila BN dah kalah segala janji kepada rakyat Sibu akan ditunaikan?

Orang Melayu kena belajar daripada orang Cina macam mana nak ajar Umno-Bn dalam pilihanraya. Umno luluskan judi bola tapi pengundi Cina di Sibu tolak! Malu-malu..

Berkaitan;
Dap berjaya rampas parlimen Sibu-Malaysiakini
Sah , Pakatan cipta sejarah kuasai Sibu-Malaysian Insider

3 ulasan:

  1. BN habis 20 juta kata Malaysia Insider, Dap habis berapa pulak? Dap ikhlas berjuang, wang bukan mainan mereka. Kitab injil mainan mereka kata Teresa Kock. Keikhlasan mereka Tuhan kabulkan.

    BalasPadam
  2. Contoh orang yang befikiran sebabkan Umno ditolak bukan Melayu ialah anon di atas.Padan muka.

    BalasPadam
  3. salam...
    betul tu, pengundi2 melayu di Hulu Selangor patut rasa malu dgn pengundi bkn melayu di Sibu...sbb pe???mereka xtrima sogokan tpi berani mengambil risiko utk bt perubahan...wawahua'lam

    BalasPadam