Sabtu, 1 Mei 2010

Lain kali jangan bela harimau bela kucing!

Dalam blog Husam Musa postingnya Murahnya nak jatuhkan PM kita dan juga diulas dalam berita harakahdaily yang bertajuk Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4juta-Husam mengulas isu blogger Kickdefella atau Sheikh yang mengulas beliau diupah RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah semasa jadi PM dan jalankan kerja-kerja burukkan Umno untuk pertahankan Kelantan terus dikuasai Pas. Aku tak mau nak kata apa isu itu hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Tapi aku tertarik dengan apa yang Husam kata dalam blognya;

"Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja."Yang lain baca sendiri.

Cuma aku nak kata kalau orang bela harimau kita pun nak bela harimau tapi tak belajaq ilmu nak bela harimau alamatnya harimau tu yang akan telan kita. Nak belajaq ilmu bela harimau kena pi belajaq dengan 'abang Ton Kedah ' yang boleh bawa harimau naik pick-up pusing-pusing dalam kampung dan dalam pekan.

Kalau tak pandai bela harimau lebih baik bela kucing yang seakan-akan harimau tapi perangai tak macam harimau.Harimau kalau tak pandai jaga ,tak pandai jamu ,makan tak cukup tuan dia pun dia terkam jadi lauknya. Kucing kalau tak cukup makan hanya mengiau-ngiau paling tidak pun hanya cakar -cakar pasir lepas tu dia berak dan kambuih sendiri .Dia tak suruh tuan dia kambuih taik dia.Kucing taat tuan harimau makan tuan...

Baca juga;
Komen tentang isu 'Kickdefella' -Al Bakistani

1 ulasan:

  1. Pak Long bela ayam saja, tu pun ayam kampung. Nak bela ayam sabung takut tak cukup duit nak bagi makan... hihi...

    BalasPadam