Isnin, 17 Mei 2010

Najib boleh dihumban ke penjara-Karpal

Kata Karpal Singh mengenai isu Bn beli undi di Sibu ;

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.-Malaysiakini Karpal :Najib cabul undang-undang pilihanraya .

Malaysian Insider turut melaporkan kata-kata Najib itu di kubu kuat Dap di Rejang Park;

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Kata Najib lagi;

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.-Malaysian Insider. Baca di sini

1 ulasan:

  1. Salam...
    nampaknya pujuk rayu PM Najib xberkesan lg di sibu...Pakatan Rakyat telah mjadi pilihan rakyat di sibu...mga pemerintahan Pakatan Rakyat trus utuh bkn shj di beberapa negeri tpi Negara Malaysia..bagaimana nak mencapai hasrat ni???masing2 dberi Allah tangan utk memangkahkan???...pangkahlah Pakatan Rakyat utk PRU akan dtg...slamat mcuba(",)..wawahua'lam

    BalasPadam