Rabu, 19 Mei 2010

Pengawal Istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini

Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, “pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.”

Beliau melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini petang semalam.

Peluru pada badan Ramli dikeluarkan hampir seminggu selepas ditembak.-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailahirajiun...dari Dia kita datang..kepada Dia juga kita akan kembali...itulah lumrah hidup manusia yg bernyawa...setiap yg hidup pasti akan merasai mati...takziah buat keluarga Allahyarham..mga tabah mengharungi dugaan ini. Mga Allahyarham ditempatkan dikalnagan orang2 yang beriman..amin ya Rabb...nampaknya Malaysia ni makin xselamat untuk diduduki..makin bnyak pla bubuh membunuh..ada yg melibatkan polis..ada juga melibatkan individu yg xdkenali...selamatke kita duduk di Malaysia ini..hanya kepada Allah kt panjatkan moga dselamatkan dan dilindungi dr hasad dengki manusia..amin...

    BalasPadam