Isnin, 3 Mei 2010

Polis tendang pelajar kolej, semakin dikecam semakin menjadi

Malaysiakini dalam laporannya Polis serbu program belia S'langor, seorang pelajar cedera melaporkan;

Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.


Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.-Malaysiakini

Baca juga;
Remaja terlantar di hospital, dakwa dikasari anggota polis-TVselangor.com

2 ulasan:

  1. salam...
    hmmmmm, pelah nak jadi...makin bnyk tindakan pihak polis yg semakin bertindak ganas kpd org awam tanpa usul periksa..adakah krn baju yg dipakai itu memberi kuasa spt superman...superman pun dpt kuasautk bantu org...berbuatlah baik dan sentiasalah berbelas ikhsan sesama manusia...jika kt xberbuat begitu Allah jua xkan bantu kt...wawahua'lam

    BalasPadam
  2. semakin aku benci polis

    BalasPadam