Ahad, 2 Mei 2010

Malaysia menuju negara 'cowboy'?


Boleh dikatakan setiap hari ada saja orang mati kena bunuh di Malaysia. Tak payah buat kajian banyak-banyak tengok saja berita samaada di media baru atau di TV yang dikuasai kerajaan Umno-Bn hari-hari ada berita kes bunuh , terbunuh dan dibunuh.

Kalau ugut -mengugut, peras ugut nak bunuh berlambak-lambak .Budaya gengsterism dah jadi budaya dalam masyarakat. Yang bersemangat nak bunuh Tok Guru Nik Aziz tu Safuan Hilmi dalam face book nya kata, "kalau ada peluang sanggup bunuh Nik Aziz" adalah sebahagian manusia yang dah dilatih supaya membenci golongan agama tapi menyanjung tinggi tali barut Yahudi yang dah mula bersepah dalam Malaysia.

Yang mengajar agama setiap minggu hendak dibunuh, ditikam dan sanggup ke tali gantung, yang puja Yahudi, jadi talibarut Yahudi dijadikan dewa dalam kehidupan mereka.Adakah manusia yang bernama Safuan Hilmi tu sedar bahawa siapa itu Nik Aziz yang hendak dibunuhnya?Adakah Nik Aziz tu cara hidupnya macam Tun Mahathir, Tun Lah, Najib dan Muhyidin Yassin?

Apa pun itulah sebahagian daripada ajaran nasionalisme Melayu, 'bapa borek anak rintik'.Inilah hasilnya yang hendak dibanggakan?Aah apa nak dihairankan sedangkan para Nabi pun diancam, dibunuh,kepala digergaji dan di Malaysia Ibrahim Libya dan pengikutnya ditembak mati dalam peristiwa Memali 1985.

Baca juga;
Apco: Pas Pengkalan Chepa kemuka usul tergempar
-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam..

    betul tu...para ahli ulama dan agama dianggap enteng pada zaman skrg ni..mereka dinggap bertaraf rendah dan dketepikan...sdrkah mereka...tanpa mereka ni..mgkin Malaysia telah lama mendapat bala' seperti apa yg terjadi di Indonesia dll..dengan berkat doa mereka inilah Rakyat Malaysia masih lg hidup dlm keadaan aman dr bencana lah...akhir zaman...org baik akan diketepikan org jahat akan disanjung tinggi...skrg H1N1 kembali menular..adakah itu petanda Bala'???..wawahua'lam..renung2kan dan fikir2kan sejenak

    BalasPadam